Sosilawati, Yunus, bibik & UPSR

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 22 September 2010

Sosilawati, Yunus, bibik & UPSR

Kes Sosilawati dibunuh makin meleret-leret. Dari kes jenayah hinggalah disuntik bau politik. Suspek pula, Datuk K Pathmanabhan Nalliannen bukan calang-calang, seorang yang pakar dalam hal bagaimana mahu mengelakkan diri dari disabitkan kesalahan. Pastinya, sangat sukar untuk mensabitkan bahawa Pathmanabhan ialah pembunuhnya. Kalau sekadar dapat membuktikan bahawa Sosilawati benar-benar kena bunuh, kena bakar, kena buang... itu tidak cukup bagi Yang Arif hakim mensabitkan kesalahan. Maka tidak hairanlah nanti kiranya Pathmanabhan dapat dibebaskan kerana kegagalan pendakwaan dan pensabitan.

Lokasi kejadian di Tanjong Sepat... Rata-rata rakyat Banting terutamanya saya hihii... tahu apa ada di Tanjong Sepat. Dua 'keistimewaan' Tanjong Sepat yang tiada di pesisir pantai lain di sepanjang Selangor agaknya, iaitu:

1. Penternakan babi yang air shit nya mengalir ke pantai Tanjong Sepat
2. Tempat pembakaran mayat Hindu yang abunya dibuang di pantai itu juga.

Maka tidak lakulah kerang-kerangan pantai itu. Tidak berseleralah penduduk mahu bermandi-manda di sepanjang pantai itu. Matilah nilai pantai itu hingga kelihatan tidak mempunyai nilai komersial lagi.

Kalau mahu dipolitikkan, maka jangan salahkan kerajaan yang memerintah sekarang kerana ini semua cerita-ceriti sejak puluhan tahun dulu. Masa itu siapa yang memerintah?

Yunus

Berbanding, Pathmanabhan yang tiba-tiba terkenal itu, saya lebih mengenali Yunus. Tidak ramai orang kenal Yunus. Tapi ahli keluarga saya sangat geram dan marah terhadap Yunus. Orangnya sederhana tinggi, perut buncit, berbadan gempal, berkulit cerah, mata sedikit sepet, dikatakan berbini dua (?) dan selalu berkereta mewah.

Semenjak mak meninggal dunia pada tahun 1994, Yunus selalu 'cium punggung' abah. Ada sahaja akal dia yang pelik-pelik untuk kerjakan poket abah. Ramai orang Banting tahu abah banyak harta, banyak tanah. Yunus anggap itu sebagai satu peluang. Dalam kesunyian abah apabila mak meninggal dunia dan ketiadaan orang yang ibarat memanda menteri memberi nasihat kepada tuanku raja, abah sering dipujuk oleh Yunus untuk melabur itu dan melabur ini. Abah jual tanah. Abah jual kereta. Abah habiskan banyak duit kerana termakan hasutan Yunus.

Projek karut Yunus?

- Seludup ikan bilis ke Arab Saudi melalui rombongan yang mengambil pakej haji/umrah. Yunus beritahu abah, boleh untung juta-juta! Caranya ialah selit ikan bilis di celah-celah beg jemaah. Modal? Poket abahlah.
- Buka padang golf di Terengganu. Kenapa Terengganu? Memang itu akal Yunus, semua projek yang dia cakap kat abah ialah projek yang jauh-jauh, yang dia tahu, abah bukan boleh pergi periksa pun.
- Lobi menteri dengan belanja makan kat hotel-hotel mewah untuk entah tujuan apa-apa. Itu kata Yunus, padahal sebenarnya dia cuma nak duit abah lagi supaya keluarkan duit lagi dan lagi. Lepas abah bagi beribu-riban, entah ke mana dia guna duit tu. Kemudian Yunus beritahu abah, nak lobi menteri di tempat lain pula, ahh.... penipu besar!
- mmm... banyak dan macam-macam lagi selama bertahun-tahun.

Abah jelas nampak gelisah sepanjang dibodoh-bodohkan oleh Yunus, tapi dia tidak rasa bahawa dia sedang ditipu. Setiap hari dia mengharapkan yang beratus ribu ringgit dia akan diperolehi semula dalam angka berjuta-juta.

Hingga ke akhir hayat abah (meninggal pada tahun 2004), dia hidup dalam resah dengan bayang-bayang Yunus.

Mahu dibuat laporan polis? Oh, sudah dibincang denga polis Banting, kalau yang empunya diri pun tak kata diri ditipu, macamana kita anak-anak nak buat dakwaan ke atas Yunus. Tanpa bukti pula. Hairannya, apabila disebut nama Yunus kepada polis Banting, mereka akan tersenyum terlebih dahulu. Mungkin kerana tahu bahawa Yunus sangat licik hingga sukar mahu mendakwa dia. Ada juga yang kata Yunus 'guna ilmu' untuk tundukkan abah, hinggakan kalau Yunus datang ke rumah, saya jadi takut untuk bersemuka. Bimbang 'ilmu' dia tertempias kepada saya yang tidak kebal.

Rakyat Banting, hati-hati jika didekati oleh Yunus (atau apa-apa sahaja nama palsu yang mungkin digunakan) !!!

Bibik

Apa kena mengena pula dengan bibikku ini? Oh, Yunus tak pernah kenal bibik saya. Bibik juga tak kenal Sosilawati mahupun Pathmanaban. Tapi, kacau-bilau bibik baru-baru ini menyebabkan saya sudah tiada masa untuk mengikuti cerita mereka.

Bibik balik mengejut hari Sabtu lepas selepas memohon untuk balik sehari sebelumnya. Alasannya anak di Indonesia sakit dan dimasukkan ke hospital.

Lintang-pukang! Haru-biru! Kacau-bilau! Itulah yang berlaku. Dengan lima orang anak, badan sendiri yang tak berapa sihat, kerja pula dan Hanan yang UPSR pada 21-23 September 2010, aduh... capek...

UPSR

UPSR 2010 dilalui oleh Hanan dengan begitu relax. Bila saya katakan 'begitu relax', maksudnya, dia memang benar-benar amat sangat relax. Aduhai anak sulongku ini. Anakanda ialah contoh untuk adik-adik.

اللهم أعنا، ونجدنا في الامتحان، آمين

8 comments

  1. Salam Dr.
    sabar ye....sesungguhnya dugaan maha berat hari semalam pasti menguatkan Dr utk tabah melalui hari2 ini....walhal Dr kurus keding and kecik molek jeh..hahahaha (*_*)

    ReplyDelete
  2. Dr....
    hanya utk kite2 ajer...saya baru kelmarin ditujah dengan tujahan kata2 yang amat tidak berasas dan amat pedas...
    saya masit ingat kata2 dr...
    status ibu tunggal,janda,balu akan menjadikan kita bahan fokus..kalau dulu kita buat takde org kesah...sekarang tak buat pun org amat2 kesah...
    terpaksa saya meminta maaf utk "mengair conditionkan" body temp org tu yang tengah panas...
    "tak hingin aku @*&( dier.... "

    ReplyDelete
  3. Salam Dr,

    Satu2nya istimwanya manusia jadian ALLAH ini, walau bagaimana cara, bila, dan dimana pun mayatnya pasti dihidu oleh org ramai. Walaupun roh dah lama pergi, ALLAH tetap mengizinkan penemuan jasad sekalipun tak sempurna lagi.

    kini Banting punya keistimewaannya lagi...:)
    Semuga dijauhi kita daripada mehnah "YuNUS"..Terkasima saya bila masih ada manusia yang mnggunakan org utk kepentingan sendiri..ALLAH jua mngetahui dan mngadilinya.

    Selamat menghadapi hari2 tanpa bibik dan segalanya harus beres...gudluck 4upsr

    ReplyDelete
  4. Ikin, relax aaa... relax....
    Ainhany orang Banting?
    Puteri, siapa dia tu?

    ReplyDelete
  5. salam.
    kehidupan ni macam-macam. Miskin orang benci, kaya orang dengki.. Yang bodoh makanan sicerdik. Bila manusia bertuhan kan materi jadi huruhara semuanya. Apa-apa pun kena banyak sabar dan doa semoga allah tak turunkan bala atas kita semua.

    ReplyDelete
  6. huhu..dier relax cam t-cer diala...sabaulaaa..

    ReplyDelete
  7. Naseebah budak kecik, tak paham lagi hihii... baca http://drhasanah.com/2010/tak-hingin-aku-kat-laki-dia/

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage