September 2010

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Sunday, 26 September 2010

Orang yang Cerdik ialah Orang yang Dapat Menakluki Dirinya

 

 

 




[caption id="attachment_1148" align="alignnone" width="400" caption="Abang di hospital sebelum pembedahan. Tiada kusangka bahawa detik sakaratul maut terlalu dekat menghampiri."][/caption]



Artikel berikut ialah sambungan penulisan al-marhum yang dikasihi Ustaz Rosdi Yusof bagi artikel bertajuk: Muhasabah Diri Sebelum Ajal. Sambungan artikel ini saya temui dalam salah satu folder yang ada di komputer kami.

Kadang-kadang kita mudah terpedaya dengan kemewahan dan tarikan duniawi sehinggakan kita terlupa tentang persinggahan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang semestinya pasti. Kata-kata Abu Darda’ mungkin boleh menginsafkan kita tentang matlamat kita sebenarnya. Abu Darda’ r.a. berkata:

“Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis.

Wednesday, 22 September 2010

Sosilawati, Yunus, bibik & UPSR

Kes Sosilawati dibunuh makin meleret-leret. Dari kes jenayah hinggalah disuntik bau politik. Suspek pula, Datuk K Pathmanabhan Nalliannen bukan calang-calang, seorang yang pakar dalam hal bagaimana mahu mengelakkan diri dari disabitkan kesalahan. Pastinya, sangat sukar untuk mensabitkan bahawa Pathmanabhan ialah pembunuhnya. Kalau sekadar dapat membuktikan bahawa Sosilawati benar-benar kena bunuh, kena bakar, kena buang... itu tidak cukup bagi Yang Arif hakim mensabitkan kesalahan. Maka tidak hairanlah nanti kiranya Pathmanabhan dapat dibebaskan kerana kegagalan pendakwaan dan pensabitan.

Lokasi kejadian di Tanjong Sepat... Rata-rata rakyat Banting terutamanya saya hihii... tahu apa ada di Tanjong Sepat. Dua 'keistimewaan' Tanjong Sepat yang tiada di pesisir pantai lain di sepanjang Selangor agaknya, iaitu:

Saturday, 11 September 2010

Falsafah Korban Menurut Islam

Artikel ini merupakan karangan al-marhum Ustaz Rosdi Yusof  yang telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Hari Raya Korban 1428H (2007M). Hari Raya Korban pada tahun itu merupakan ibadat korban terakhir yang al-marhum sempat lakukan. Artikel ini pernah diterbitkan dalam satu penerbitan dalaman di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah.

Al-fatihah buat yang dikasihi Ustaz Rosdi Yusof.

Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian  “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan  akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya.

Tuesday, 7 September 2010

Tazkirah Akhir Ramadhan- Tanpa Tajuk



Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Tak tertazkirah pula nampaknya sebab balik kampung awal sangat & tiada internet pula. Entri ini pun, tulis kalut-kalut sebab nak ambil barang di USM.

Semoga berbahagia di Aidil Fitri ini. Maafkanlah orang lain sebelum orang itu memohon maaf daripada anda.

Usah terlalu berseronok kerana Aidil Fitri kali ini, pada 11 September (911), sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat telah lama menyusun rancangan untuk MEMBAKAR AL-QURAN bagi mengenang peristiwa 911! Carilah di search engine dengan key word 'international burn a quran day', banyak info tersedia untuk anda baca dengan hati. Aduh, di luar sana Islam diancam. Di TV3 kita pun Islam diperleceh dan dimasukkan jarum Kristianisasi (merujuk kepada iklan raya TV3 yang ala2 santa claus dan masjid yang menaranya seperti ada salib serta banyak lagi dakyah halus di sebaliknya).

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage