January 2010

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 18 January 2010

Hajar - mengenang 2 tahun kehadirannya

[caption id="attachment_758" align="alignnone" width="300" caption="Terlalu manis senyuman Hajar yang berlesung pipit di pipi kanan"]Terlalu manis senyuman Hajar yang berlesung pipit di pipi kanan[/caption]
Hari jadi Hajar dah dekat. Lagi 2 minggu. Terkenang 2 tahun dulu. Saat sendirian membawa hajar ke mana sahaja di dalam rahim ini. Dugaan Allah s.w.t. datang menguji hamba-Nya. 42 hari berpantang iddah kematian suami akhirnya terhenti apabila Hajar selamat dilahirkan. Getir yang tidak dapat dilupakan. Mengutip semangat Maryam melahirkan Nabi Isa. Meminjam semangat Hajar melahirkan Nabi Ismail. Wanita-wanita ini lebih besar ujian yang dipikul. Maka seharusnya daku juga menjadi kuat kerana ujian Allah s.w.t. untukku tidak setanding mereka.

Buat sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar yang sering keluh kesah mendepani dugaan. Sabar dan kuatkan diri. Semua orang Tuhan uji. Semua orang Tuhan duga. Ujian tuhan ada hikmahnya. Akal manusia tiada daya menduga.

Thursday 14 January 2010

Pertunangan - peluang untuk memilih jodoh

Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii...
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak 'diperkenan' oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr.... sabaaarrr..... "Inna Allah ma'a al-sabirin"
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.


Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu 'gambar' kambing.

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage