Hari jadi Hajar dah dekat. Lagi 2 minggu. Terkenang 2 tahun dulu. Saat sendirian membawa hajar ke mana sahaja di dalam rahim ini. Dugaan Allah s.w.t. datang menguji hamba-Nya. 42 hari berpantang iddah kematian suami akhirnya terhenti apabila Hajar selamat dilahirkan. Getir yang tidak dapat dilupakan. Mengutip semangat Maryam melahirkan Nabi Isa. Meminjam semangat Hajar melahirkan Nabi Ismail. Wanita-wanita ini lebih besar ujian yang dipikul. Maka seharusnya daku juga menjadi kuat kerana ujian Allah s.w.t. untukku tidak setanding mereka.
Buat sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar yang sering keluh kesah mendepani dugaan. Sabar dan kuatkan diri. Semua orang Tuhan uji. Semua orang Tuhan duga. Ujian tuhan ada hikmahnya. Akal manusia tiada daya menduga.
Social Footer
Follow saya!