Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid - menopause

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Saturday 10 October 2009

Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid - menopause

Sepi hati meniti hari

Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.

Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan... hah, yang ni panjang sikit ceritanya

Wanita yang tiada/tidak pernah/telah putus haid, iddahnya ialah 3 bulan dari perpisahan.
Wanita golongan ini termasuklah perempuan yang belum baligh, atau perempuan yang telah baligh tetapi tiada haidh dan juga wanita yang telah tua iaitu telah putus haid.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4, maksudnya:
"Dan bagi yang telah ya's (putus) dari haidh dari kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu, maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga bagi wanita yang belum haidh"

Jadi, di sini jelaslah bahawa bagi ibu-ibu, makcik-makcik yang telah berhenti haid (putus haid), jika diceraikan maka iddahnya ialah 3 bulan.

Penjelasan tentang 3 bulan

Hendaklah menggunakan kalender Islam, iaitu 3 bulan ini bermaksud 3 bulan qamariyah, iaitu sebanyak 90 hari.
Walaupun demikian, tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai bilangan 3 bulan tersebut. Menurut Muhammad Uqlah, para fuqaha sependapat bahawa jika perceraian berlaku pada awal bulan, maka bulan itu dikira 1 bulan pertama, jadi, bilangan hari mungkin kurang dari 90 hari.

12 comments

  1. Asskm, salam ukhuwwah dan mahabbah, sekadar explore blogs, bagus juga boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dgn Dr. Hasanah. Saya dari IIUM, Gombak, Dr Nadzirah dari Dept Quran and Sunnah, moga boleh berkongsi ilmu .... selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  2. saya ingin tahu tentang iddah kematian suami dan hikmah iddah.......
    adakah seorang lelaki mempunyai iddah???

    ReplyDelete
  3. SALAM..SYA NAK TAHU MAKSUD EDAH..SELEPAS P'CERIAN ADAKAH ADA PATANG LARANG SEMASA TEMPOH 3 BULAN SEPERTI TIDAK BOLEH BERMAKEUP, KELUAR B'SAMA LELAKI DAN MCM2 LG...

    ReplyDelete
  4. kenapakah penzina dan wanita yang belum disetubuhi tidak perlu beriddah?

    ReplyDelete
  5. Salam ukhuwah Dr. Nazirah (maaf lambat reply!). Ainis, lelaki tidak ada iddah kecuali jika ada 4 isteri dan ceraikan sebahagian isterinya. Selagi isteri itu tidak habis iddah, maka dia tidak boleh kahwin dengan perempuan lain.
    Fahimaj, ia merujuk kepada syarat pensabitan iddah dan hikmahnya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    saya ingin kepastian waktu eddah saya. 4 bulan sebelum diceraikan dan 3 bulan setelah diceraikan saya belum lagi datang haid. Dari apa yang saya baca dari Keterangan Dr sekiranya putus haid dikira dari mula ianya diceraikan. Bagaimana pula dengan masalah saya Dr yang lambat datang haid (haid tidak teratur)?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Ibu mertua saya sedang dalam iddah kematian suami di Terengganu. Beliau sudah putus haid. Empat daripada tujuh anak-anak beliau berkeluarga dan bermastautin di KL.

    Beliau juga uzur dan telah sekian lama mendapat rawatan pakar secara berkala.

    Bimbangkan kesugulan beliau akan memudaratkan lagi tahap kesihatan beliau, anak-anak beliau sepakat untuk memindahkan beliau tinggal di rumah anak-anak di KL sekiranya tidak melanggar larangan agama termasuk iddah.
    Mohon pendapat dan nasihat Dr Hasanah. Wassalam dan terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Nur Shaqhirin Marsidi..2 February 2012 at 18:19

    assalamualaikum,saya ingin bertanya saya kini berada dalam iddah (bercerai januari 2012)...anak saya berusia 4 bulan masih menyusu badan.seperti yg saya ketahuii,menyusu badan boleh melambatkan kedatangan haid..bilakah iddah saya berakhir?adakah pengiraannye 3 bulan ataupun 3 kali suci...

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum wbkt. Sy baru mengenali blog ini dalam rewang merewang mencari dan menambah ilmu. Blog yg bagus dengan ilmu yang amat bermanfa'at. Pohon izin utk menyebarkannya. Jazakallahu khairan kathiran.

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum..saya nak tanya,apa kah hukum nya kalau kiter membawa keluar ibu yang telah kematian suami,daripada rumahnya dan tinggal bersama kita walaupun edahnya belum tamat tempoh ..

    ReplyDelete
  11. radzlina abdullah3 October 2013 at 15:49

    assalaam...soalan saya sama dengan no.10..tk

    ReplyDelete
  12. Seorang perempuan 62 tahun, kematian suami. Selepas kematian suami, beliau tinggal berseorangan - anak2 kerja jauh. Seminggu selepas kematian suami, rumah beliau telah dipecah masuk pada waktu malam. Selepas kejadian itu, beliau keluar rumah dan tinggal bersama anak2nya kerana trauma dan takut.
    Macam mana tu? Minta penerangan...

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage