Untuk kita-kita: Istihadhah

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 6 March 2009

Untuk kita-kita: Istihadhah

 

Lanjutan tentang soal-jawab tentang haidh tempohari, hari ini saya akan sentuh pula tentang istihadhah (dieja juga dengan: istihadah)

ISTIHADHAH/ ISTIHADAH

S: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH

J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.

S: BOLEH JELASKAN DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH?


J: Secara mudah, darah istihadhah terdiri daripada enam jenis:
1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh terpendek haid.
2. Darah yang keluar melebihi tempoh terpanjang masa haid.
3. Darah yang kurang daripada tempoh terpendek nifas.
4. Darah yang melebihi tempoh terpanjang nifas.
5. Darah yang keluar melebihi kebiasaan haid dan nifas yang telah lepas (melebihi kebiasaan tempoh terpanjang keduanya).
6. Darah yang keluar daripada bahagian bawah rahim kanak-kanak yang belum mencapai umur sembilan tahun.

S: APAKAH KESAN ISTIHADHAH KE ATAS WANITA?

J: Istihadhah bukan penghalang bagi melakukan sebarang ibadat seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat yang boleh dilaksanakan sewaktu haid dan nifas.

Pernah diriwayatkan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: “Sesungguhnya saya ini menderita istihadhah sehingga tidak kunjung bersih. Haruskah aku meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jangan! Tinggalkanlah solat pada hari-hari kamu haid sahaja. Kemudian mandilah dan berwudhu’ tiap kali hendak solat. Kemudian, tetaplah solat, sekalipun darah menitis pada tikar.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Dawud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)

S: SAYA KELIRU UNTUK MEMBEZAKAN DARAH HAID DAN ISTIHADHAH KERANA DARAH YANG KELUAR BERLARUTAN UNTUK TEMPOH YANG PANJANG. KADANGKALA BERTERUSAN SEHINGGA DUA BULAN. ADAKAH KESELURUHAN TEMPOH DUA BULAN ITU DIANGGAP ISTIHADHAH TANPA HAID?

J: Terdapat wanita yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya. Dalam keadaan ini, apa yang perlu dilakukan ialah wanita itu perlu cuba membezakan antara darah haid dan darah istihadhah. Jika dia tidak mampu membezakannya, dia perlu melihat kepada kebiasaan yang dialaminya termasuklah dari segi jarak minimum antara dua haid dan tempoh terpanjang haid yang biasa.

Untuk menjelaskan lagi perkara ini, sila lihat pembahagian golongan wanita yang mengalami istihadhah seperti berikut:

1. Mubtadi’ah Mumayyizah: baru pertama kali keluar darah daripada rahimnya, tetapi sudah pandai membezakan antara darah haid dan istihadhah.
2. Mubtadi’ah Ghairu Mumayyizah: baru pertama kali keluar darah daripada rahimnya, tetapi tidak pandai membezakan antara darah haid dan istihadhah.
3. Mu’tadah Mumayyizah: sudah pernah mengalami haid sebelumnya, lalu suci, dan tahu kadar haid yang keluar dan jumlah hari suci.
4. Mu’tadah Ghairu Mumayyizah: sudah pernah mengalami haid tetapi tidak mampu membezakan antara darah haid dan istihadhah. Oleh itu, hendaklah dia berpegang kepada kebiasaannya yang telah lalu.

ADUHAI ISTERIKU ASYIK ISTIHADHAH…

S: ISTIHADHAH YANG PANJANG BENAR-BENAR MENGGANGGU HUBUNGAN INTIM KAMI SUAMI-ISTERI. SAYA SANGAT BIMBANG KERANA TIDAK MUNGKIN SUAMI SAYA DAPAT ‘BERSABAR’ LEBIH LAMA LAGI.

J: Darah istihadhah bukan sahaja membuatkan wanita yang mengalaminya kurang selesa, tetapi juga boleh mengganggu hubungan suami-isteri apatah lagi jika ia berlarutan berbulan-bulan lamanya. Dalam hal ini, para fuqaha berpendapat bahawa harus bagi pasangan suami-isteri melakukan persetubuhan walaupun ketika isterinya dalam istihadhah. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa jika dapat menghindarinya adalah lebih baik kerana darah istihadhah ialah darah penyakit. Terdapat juga pandangan segelintir fuqaha yang lebih tegas dalam hal ini dan berpendapat bahawa haram menyetubuhi isteri yang istihadhah.

DARAH YANG KELUAR DARIPADA WANITA YANG HAMIL

S: SEMASA SAYA SEDANG HAMIL ANAK YANG KEDUA, TERDAPAT DARAH YANG KELUAR UNTUK BEBERAPA HARI. PERLUKAH SAYA BERSEMBAHYANG JUGA ATAU TIDAK?

J: Para fuqaha berselisih pandangan mengenai hukum bagi darah yang keluar daripada faraj wanita yang sedang hamil samada ianya haid atau istihadah. Dalam mazhab Shafii, darah yang keluar sewaktu hamil boleh digolongkan sebagai darah haid asalkan ia tidak kurang daripada sehari semalam dan juga tidak melebihi 15 hari. Jika kurang daripada sehari semalam maka ia adalah darah istihadhah dan perempuan itu wajib mengerjakan sembahyang. Jika darah tersebut berlarutan pula sehingga melebihi 15 hari, maka darah yang keluar pada 15 hari pertama ialah darah haid manakala yang selepasnya dianggap sebagai istihadhah. Wanita yang dalam istihadhah wajib mengerjakan sembahyang.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dari sudut perubatan moden, sebarang pendarahan ketika hamil adalah merbahaya. Segera rujuk doktor jika anda melihat darah keluar ketika hamil kerana dibimbangi akan berlaku keguguran.

57 comments

  1. Assalamualaikum Dr.,

    Saya ingin bertanya.

    Tempoh cycle saya yg biasa selalunya 27-28 hari, dan saya mengalami haid selama 6-8 hari. Itu yg normal bg saya.
    Baru2 ini, haid saya dtg lebih awal, iaitu selepas hari ke-24 cycle saya. Maka saya kira ia sbg haid. Namun ia hanya berlaku selama 3 setengah hari sahaja. Kemudian tiada darah yg keluar, maka saya mandi wajib. Setelah 11 hari suci, hari ini sy dapati ada darah yg keluar. Sy juga mengalami cramps, stress dan lenguh2 badan, sama seperti simptom2 yg sy hadapi sebelum datangya haid.

    Soalan saya, adakah darah yg keluar hari ini merupakan darah istihadhah, ataupun sebaliknya? Saya ada baca satu artikel yg mengatakan darah istihadhah ini merupakan mainan syaitan, namun sy tidak pasti akan kesahihannya.

    Minta penjelasan drp doktor.

    Wslm.

    ReplyDelete
  2. Assamualaikum,

    masalah saya mengenai haidh.
    berapa lamakah biasanye jarak suci antara 2 haidh.
    contohnye baru-baru ini saya dapati ade keluar kekotoran seakan darah tapi lebih gelap & tak begitu lancar antara 1 -9 Ogos, kemudian darah seakan warna haidh biasa keluar dgn lancar dari 10 Ogos hingga 14 Ogos. selepas itu ianya bersih. Kotoran gelap itu datang lagi pada 21/8 hingga kini. bagaimanakah keadaan solat/puasa saya?. untuk pengetahuan ,saya telah meninggalkan solat sepanjang 1-14 Ogos lalu. Biasanye waktu haidh saya mengambil masa antara 5-7hari saja.
    Wasallam.

    ReplyDelete
  3. masalah saya mengenai haidh.
    berapa lamakah biasanye jarak suci antara 2 haidh.(kiraan max 15hari itu dari hari pertama atau hari darah kering).
    contohnye baru-baru ini saya dapati ade keluar kekotoran seakan darah tapi lebih gelap & tak begitu lancar antara 1 -9 Ogos, kemudian darah seakan warna haidh biasa keluar dgn lancar dari 10 Ogos hingga 14 Ogos. selepas itu ianya bersih. Kotoran gelap itu datang lagi pada 21/8 hingga kini. bagaimanakah keadaan solat/puasa saya. biasanye waktu haidh saya mengambil masa antara 5-7hari saja.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,
    spt cik suhaila di atas,,sy ingin bertanya..berapa lamakah jarak antr satu haid dgn haid yg ke 2..sy mengalami mslh spt keluarnya darah dalam bilangan yang sedikit dan tidak berterusan setelah 13 hari bersih dr haid. adakah ia dikira darah istihadah?

    ReplyDelete
  5. Maaf, nampaknya ada banyak soalan tentang istihadah tapi saya tak reply.
    Hal istihadah memang sangat memeningkan golongan wanita.

    Apa yang perlu dibuat ialah,

    - mula-mula kena pastikan betul2, yang mana haid, yang mana istihadhah... tengok la pada timing dia, warna & rupanya

    - kemudian pastikan jarak antara satu-satu haidh itu sekurang-kurangnya 15 hari. Jadi, apa2 darah atau kotoran yang keluar dalam tempoh 15 hari tu dikira sebagai istihadah.

    Kena ingatlah, bahawa minimum tempoh suci ialah 15 hari (jarak minimum antara 2 haidh), tapi, tiada tempoh maksimum antara 2 haidh.

    Perlu diingat juga bahawa tempoh maksimum haidh ialah 15 hari. Maksudnya, kalau lepas 15 hari, masih ada darah atau kotoran, maka ia dikira sebagai istihadah.

    ReplyDelete
  6. salam dr..
    sy msh ragu2 lagi... gni.. 1st day period 7/10 then last pd 14/10.. tp pd 18/10 ad seakn2 drh pd keputihn sy..(mcm beberape hr b4 laz period) besenyer cume 7-8 hr sy period, tp dlu sy pnh istihadhah 21 hr.. kali ni sy istihadhah or msh haid?

    ReplyDelete
  7. dr.

    1) bagaimana mengubati penyakit istihadhah?
    2) berapa besarkah kemungkinan wanita yang sering mengalami istihadhah tidak dapat concieve/megandung?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dr Hasanah. Saya sudah menopause lebih 2 tahun, kemudian ada pendarahan sedikit(spotting), tidak saperti haid. Adakah saya mesti mandi hadath besar setiap kali sebelum wuduk dan solat?

    ReplyDelete
  9. isteri saya mengalami pendarahan sedikit2 yang berterusan selepas 3 bulan hamil kali kedua dan telah dirujuk kepada doktor.Olehkerana ini kali pertama ianya berlaku,saya bimbang terhadap kandungan dan juga kesihatan isteri.Soalan saya adakah kehamilan akan terus terjadi selepas pendarahan berhenti ?dan berapa lama jangkamasa diambil untuk pendarahan tersebut berhenti?

    ReplyDelete
  10. soalan apa ni..kena p doktot hosptat laa..

    ReplyDelete
  11. salam doc... saya dsahkan mengandung tp selepas 5 hari saya keguguran. Setelah 6 hari heavy bleeding, saya hanya ada tompok2 darah shj, berlanjutan sehingga hari ke 12... dan saya ambil keputusan untuk mandi dan solat... namun darah tersebut masih ada sehinggalah hari ke 16... adakah ianya dikategorikan sebagai darah istihadah? betul ke tindakan saya mandi dan solat pada hari ke 12? Normal period cycle saya hanyalah 6 - 7 hari shj.

    ReplyDelete
  12. salam...saya keliru dgn tempoh akhir haid...cthnya pada hari ke 7 tiada lagi calitan berwarna dan saya bersuci utk solat n berpuasa ttp 2hari kemudian saya saja2 cek dgn tisu putih n dapati tdapat calitan kuning yg sgt cair warnanya,adakah saya masih dlm haid..perlukah saya mbuka puasa saya,adakah saya blh bsolat sekiranya tiada calitan warna pada waktu solat yg lain...cthnya zohor ada kesan warna kuning cair tetapi semasa asar tiada lg warna yg hadir....kelirulah saya ni tentang haid...haid saya x menentu jd susah nak agak tempohnya....harap doktor dpt bantu,tq

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Saya ada persoalan tentang isthihadah. Sehingga hari ini sudah masuk 32 hari saya mengalami masalah keluar darah yang tidak lancar. Hari 1-15 darah keluar sedikit-sedikit dan saya anggap ia sebagai darah haid. Hari ke 16 dan seterusnya masih keluar sedikit-sedikit dan saya anggap ia sebagai darah istihadah...jadi saya solat. Saya ingin bertanya sekiranya darah masih keluar tapi sedikit-sedikit dan sedikit kehitaman, adakah hari ke 31 hingga ke 45 dianggap sebagai darah haid?
    Harap menjawab persoalan saya ini kerana saya was-was sama ada boleh solat atau tidak kerana sudah masuk hari ke32.

    Sekiranya darah istihadah dikaitkan dengan penyakit, penyakit apakah itu?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. assalam, dr..nak tanye sikit, istihadhah tu same ke dgn intermenstrual bleeding...sbb yg sy faham, istihadhah tu mcm prolong menses (lps bace entry ni sy baru tau kalau kurang dr tempoh kebiasaan haid pun dikira istihadhah)..so, same ke? dua2 mcm darah penyakit

    ReplyDelete
  15. Hanisa, dari sudut medical saya tidak pasti. Tapi, ayat "kurang dari tempoh kebiasaan haid pun dikira istihadah", ayat saudari ini salah. Dalam artikel di atas jelas disebut "Darah yang keluar kurang daripada tempoh terpendek haid", iaitu 1 hari 1 malam bagi mazhab Shafii, maka ia dikiri istihadhah.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum saye ingin bertanye macam mane untuk memberhentikan darah istihadah

    ReplyDelete
  17. Dr,saya faham jika mengalami darah istihadah, memang perlu rujuk kepada pakar perubatan tetapi ada uztaz kata (keluar dlm WHI TV3)dalam masa yang sama kita kena juga semak dengan rawatan alternatif kerana darah haid keluar melebihi 15hari ada hubungkait dengan perkara sihir/santau.Ianya boleh dipercayai atau tidak dr.

    saya telah alami istihadah ni dari tarikh 7mac 2011 sampai hari ini 26april 2011 masih tidak henti-henti. sebelum tu haid saya saya tidak teratur.dan saya amat buntu memikirkan.

    ReplyDelete
  18. salam dr... sy ad stu soalan.. kitar haid sy x menentu sjak awl thun ni.. ni kitar die..
    bln Jan- 3hb selama 7 hari
    bln Feb- 3hb selama 7 hari
    bln Mac- 13hb selama 7 hari
    bln Apr- 12hb selama 7 hari dan 27hb- 4Mei (kerana mkn ubt resdung yg dlm mse yg sme melancarkan darah)
    tpi slpas tu sy dah brhenti mkn ubt tersebut..
    bln Mei- 24hb selama 7 hari
    bln Jun 13hb selama 10 hari
    bln Julai- 1hb (sikit2), 2hb dan 3hb(xde lgsung), 4hb(ada kembali berwarna kehitam-hitaman sehingga 5hb, turut berasa sengal2 di perut...
    soalan: adakah normal kitaran haid sy ini??
    adakah bulan julai itu sy dikira haid atau istihadhah??
    sy amat buntu memikirkan masalah ini... tlong sy dr.. tq..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum , sy ingn brtnyakn mslah istihadhah....
    1.beberapa hari lepas, saya baru sahaja mandi wajib dan tempoh haid saya sudah melebihi 15 hari. Tetapi, petang semalam saya mendapati ada tompokan coklat pada seluar dalam manakala hari ni pula keluar darah merah. wrnanya merah kdg2 spt darah haid,adakah itu darah istihadhah atau darah haid?

    2. jika menghadapi istihadhah wajib menunaikan solat, adakah tidak sah solat andainya darah tersebut keluar ketika sedang solat?

    3. apabila darah istihadhah sudah kering, adakah perlu mandi wajib?

    4. stiap kli msuk wktu solt prlu dbrshkan, jka ktka sdg brwuduk drah trsbut kluar, adkah prlu dbrsihkn lg??
    5. adakah darah istihadhah juga mmpunyai bau spt haid? bgaimna pula wrnanya??
    6.adakah sy prlu mandi wjib stelah sy tahu apa yg sy sdg alami ini hanyalah istihadhah??
    sy amt brhrap pnjelasan ini dpt mmbntu sy....trima ksih..

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum...
    kalau kita tidak mempunyai kitaran haid yang tertentu serta tidak dapat membezakah mana darah haid dan istihadhah..bagaimana hendak memastikannya? minta penjelasan dari dr...

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum.
    Pertanyaan saya sama dengan sysyikin...
    harap dr. dapat jelaskan pada saya..

    ReplyDelete
  22. salam Dr,...
    sy ingin bertanya, baru2 ini keluar kekotoran berwarna merah seakan darah tapi tidak pekat seperti darah haid yang biasa saya alami....maka, saya telah tinggalkan solat untuk beberapa hari. namun, aliran kekotaran itu tidak lancar dan hanya keluar sedikit sahaja. Adakah kekotaran itu merupakan haid atau istihadah?

    ReplyDelete
  23. org kata,kalau slalu kener darah istihadhah kene check doktor.is that true???one more,,bagaimana boleh jd nya istihadhah???

    ReplyDelete
  24. salam uztazah,sy nak tanya satu soalan,sy mula didatangi haid pd 4hb Ogos sehingga 11hb Ogos,jd selama tempoh itu sy tidak solat dan tidak berpuasa,setelah itu sy mula berpuasa dan solat semula pd 12hb sehingga 17hb,kemudian pd sebelah mlm 17hb sy sekali lg didatangi haid,jd bagaimana dengan puasa sy sblm ini?mengikut apa yg ustaz sy ajar dulu,darah tersebut dikira haid dr 4hb sehinggalah 18hb iaitu maksimum 15 hari,selepas itu ia dikira istihadhah dan sy perlu berpuasa dan solat seperti biasa...sy perlu menggantikan puasa selama 15 hari...betul ke mcm tu ustazah?

    ReplyDelete
  25. salam doc... sy mpunyai mslah kitaran haid... bru2 ni sy ada xdtg haid slama 3 bulan,then sy jmpa dktor,n doktor bg ubat tuk period... n then sy period.. but after that,next month sy xdtg plak period.. then sy jmpa lg dktor... n dktor bg lg ubat tuk haid... stelah 2 kali jmpa dktor.. akhirya sy period... pd 23/10 sy period... ttapi darah period sy xla bnyk cuma kcoklatan cmpur drah sdikit je... then pd 10/11 sy period lg skali... tp xtau itu istihadah ke period, sbb ada drah jgak... then pd 27/11 sy dtg blik period tu... skrg sy konfius mna yg period mna yg istihadah sbb drah nye sma.. cuma pd 27/11 ni darah nya lbih cket n bketul2...

    ReplyDelete
  26. salam dr. , masalah sy sama spt mrk2 yg bertanye, cume sy x dpt reply dr. specific pd soalan, jd x tau jwpnnye nk solat ke tidak hr ni. period terakhir is 24/11/11 - 30/11/11 (7hr), selalunya around that date or awal seminggu sy akn period if normal. dlm 17hb. sepatutnya. tp sy dh dtg darah on 11/12/11. gap hari bersuci is 10hr je. jd sy x tau ini darah istihadah or haid. ini 1st time sy kena sejak berkahwin 5 thn sudah, yg after 15hr drh masih dtg tu, sy tau drh istihadah. sila jwb ye, dpt memberi info pd wanita2 lain dgn masalah yg sama.

    ReplyDelete
  27. Salam doct.saya mmg mghdapi prblm istihadah lpas saya gg gur lg,saya cuba brubat dgn ustaz mkn pil utk ilangkan drh istihadah ni,istihadah ni ttp ada.apa lg ikhtiar yg saya prlu buat doct?saya tringin nk pregnant lg.Saya hrp doct dpt jwb sgla kemusykilan saya ini.

    ReplyDelete
  28. Salam..Dr, saya nak tanya...masalah saya ialah sejak melahirkan anak ke 2, 10 bulan yang lalu, saya hanya datang haid 3 kali sahaja antara 2-5 hari. Tapi pada bulan februari 2012 saya mula datang haid yang yang panjang dan bersmbung-sambung. Yang mana saya mula period pada 03.02.12 hingga 10.02.12. pada hari yang ke6 period saya telah memakai alat iucd. darah berhenti selama 4 hari dan kemudian keluar semula darah pada 14.02.12 hingga 18.02.12... bersmbung lg pada 21.02.12 hingga 24.02.12 dan pada 02.03.10 sehingga hari ini. keadaan ini sangat merisaukan saya. dan saya telah berjumpa dengan doktor yang memakaikan iucd tersebut dan beliau telah memberikan ubat "Sunolut" yang perlu dimakan selama 20 hari..tetapi masalahnya tetap sama darah keluar dan hanya berhenti beberapa hari sahaja. warna darah yang keluar adalah warna coklat dan kadang kala keluar bersama air kecil. Macamana solat saya? Saya harap dr dapat menjawap kemusykilan saya dan terima kasih.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum dr...masalah saya hampir sama dengan mreka yang bertnya...sy keliru untuk menentukan sama ada haid @ istihadhah...sy dah x dapat membezakannya melalui warna dan rupa...tempoh suci saya kurang dari 15 hari...jdi adakah cara terbaik untuk saya mgenal pasti haid @ istihadah dengan memstikan tempoh suci sy adalah 15hari( perlu solat seperti biasa) wlaupn darah masih keluar...

    ReplyDelete
  30. saya ada keraguan mengenai kitaran haid.
    kini saya tahu tempoh maksimum haid ialah 15 hari.
    tapi yang saya rasa pelik ialah,
    sebelum ini tempoh kitaran haid saya tidak pernah sampai seminggu.
    tapi tiba-tiba bulan ini saya telah haid lebih dari 1 minggu.
    ada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini dan boleh beritahu saya,
    kenapa perkara ini boleh berlaku?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..
    Doktor saya mengalami masalah haid tidak teratur..
    Saya berusia 19 tahun..
    Sejak hampir setahun ni haid saya dua/tiga bulan sekali..
    namun demekian sejak akhir-akhir ni haid saya dua kali sebulan.. tapi saya confuse sama ada itu darah haid atau istihadhah.. situasinya:
    haid kali pertama 7 hari.. kemudian setelah 16 hari, saya haid kali kedua,, warna darah pun hitam merah.. maksudnya darah haid atau istihadah?
    harap doktor dapat memberikan nasihat/pandangan. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  32. Waalaykumussalam, pegang pada hadis yang bermaksud masa suci ialah 15 hari. Hari ke16 ialah haid

    ReplyDelete
  33. Salam doc saya sudah bkahwin telah dtg haid 7 hari pada 10 june - 16 june kemudian stop,saya solat sperti biasa tetapi selepas 7 hari bersih sy dtg haid lagi pada 23 june sehingga lah sekarang..persoalan nya adakah sy mempunyai masalah rahim? dan boleh kan saya membaca quran?

    ReplyDelete
  34. Salam Dr,

    Saya ada mengambil suntikan pencegah kehamilan pada hari ke2 haid yg lepas (bln lepas). Kemudian, selepas 15 hari, terdapat kotoran masih keluar jadi saya beranggapan ianya adalah istihadhah. masalah saya, selepas 15 hari tempoh istihadah, masih terdapat kotoran yang berwarna coklat keluar. jadi saya keliru sama ada ianya haid atau istihadhah. Mohon bantuan Dr.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  35. salam....pada pagi sekitar jam 8 pagi hari ke 7 umat islam berpuasa,saya mendapati ada setompok darah di panties.....sya menganngap itu adalah darah haid.namun,selepas pada itu hinggalah apabila sampai hari ke 2..tidak ada langsung darah yang keluar.adakah itu dikira sbg darah haid?

    ReplyDelete
  36. Slm Dr.
    Sy nk tny. Sy haid pd 7hb. Normal 7 hari. Tp pd 23hb keluar darah lg. Byk. Sama mcm haid. Ada rasa senggugut. yg itu haid atau istihadah?

    ReplyDelete
  37. Salam dr..

    saya nak tanya sikit mengenai haid..haid saya normal 5-6 hari . pada bulan mac haid sy 5 hari 11/3 hgga 15-3 dan pada bulan 4 saya lewat datang dalam 7 hari dan saya pergi check up kut2 saya prgnt tapi keputusan nya negetif. keesokan hari perut saya sakit sgt dan rasa mcm nak haid tapi hanya keluar sedikit sahaja darah tak sampai 1 hari. soalan saya adakah itu darah haid atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  38. salaam,doktor,sy telah dtg drh istihadah sudah berlarutan selama 6 bln,adakah patut saya berjumpa dgn pakar sakit puan?

    ReplyDelete
  39. salaam,doktor,sy nk tanya satu soalan,sy tgh dtg drh istihadah,sudah berlarutan selama 6 bln,patut ke sy berjumpa dgn pakar sakit puan?

    ReplyDelete
  40. salam dr...
    sy nak tanya... ibu saya baru kematian suami (ayah saya)..
    sy sudah terangkan iddah kematian kpd ibu saya, mengenai keluar rumah.. tp mcm ada masalah sikit... ibu kata ada org kg ckp smpi 44 hari saja... saya x tahu dr mana org tu dpt maklumat tu......
    Masalah besar saya ialah ada org ckp iddah ini adalah jarak utk kahwin lain sahaja.... isteri boleh keluar kemana sahaja.. walaupun ke oversea.....

    saya dah bc yg dr terangkan.. saya faham.... Saya nak terangkan sefaham2 kpd ibu mcm mana??/

    ayah meninggl pd 21 / 3 / 2013

    ReplyDelete
  41. Salam dr, sy mahu brtanya mngenai hukum iddah. Sekiranya slepas cerai : (hidup) sy tlh mngadakn hbungn brsama bekas suami sy dlm tempoh iddah dlm bbrapa kali. Adakah sya tlh dikira rujuk wlupun tanpa lafaz? Tolong saya dr.. Trima kasih

    ReplyDelete
  42. Waalaykumussalam, maaf semua, banyak sungguh soalan berkaitan iddah yang tak sempat dijawab.
    Alin, 6 bulan istihadah adalah tempoh yang terlalu lama. Sebaiknya rujuk pakar sakit puan/ gynaecologist
    Rina, takziah atas kematian ayah, semoga diampunkan segala dosanya. Berkenaan ibu, tunjukkanlah padanya al-Quran dengan terjemahan surah al-Baqarah ayat 234.
    Ina, kenapa sampai begini? Mahu bercerai atau mahu terus berumahtangga? Memandangkan telah berlaku perceraian maka ia perlu dilaporkan kepada pejabat agama/ mahkamah syariah. Hubungan yang berlaku juga perlu dinyatakan.

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum, dr.
    bulan 6 ni, haid saya dtg selama seminggu, habis pd hari ahad.
    Peringkat pertama : ia kembali keluar pd hari rabu berikutnya, selama sehari.
    Peringkat ke-2 : haidnya keluar lagi pada isnin berikutnya, selama 14 hari.
    kemudian, saya dlm keadaan suci selama 6 hari,
    Peringkat ke-3 : ada darah yg keluar.

    saya ingin bertanya kepada dr., peringkat mana satukah darah istihadhah?

    ReplyDelete
  44. salam.. ustazah nak tanya.. hari tu saya tgk ade warna coklat2 pd seluar saya.. jadi saya fikir itu permulaan haid.. sehinggalah hari ke 9.. hari ke10 baru ade darah.. sehinggalah sekarang hari ke 18.. tapi hari ke15 tu saya dah mandi wajib.. dan saya solat dan puasa seperti biasa.. tapi saya keliru,, mana satu haid yg sebenarnya yg saya alami..???

    ReplyDelete
  45. Salam, dr. Saya nak tanya masalah tentang haid. Saya biasanya mengalami haid selama 10 hari dan akan keluar cecair berwarna putih yang menandakan saya suci dari haid. Masalahnya, setiap hari ke-14 pasti akan keluar lendir yang pekat, kental dan berwarna coklat ketika saya buang air kecil. Adakah ini dikira sebagai haid atau wadi? Adakah saya kena mandi wajib sekali lagi? Bagaimana dengan ibadah saya lakukan selepas hari ke-10 itu? Perlukah saya menunggu setiap hari ke-14 untuk mandi wajib?

    ReplyDelete
  46. Salam, dr. Saya nak tanya masalah tentang haid. Saya biasanya mengalami haid selama 10 hari dan akan keluar cecair berwarna putih yang menandakan saya suci dari haid. Masalahnya, setiap hari ke-14 pasti akan keluar lendir yang pekat, kental dan berwarna coklat ketika saya buang air kecil. Adakah ini dikira sebagai haid atau wadi? Adakah saya kena mandi wajib sekali lagi? Bagaimana dengan ibadah saya lakukan selepas hari ke-10 itu? Perlukah saya menunggu setiap hari ke-14 untuk mandi wajib? terima kasih

    ReplyDelete
  47. hafizah hassan5 March 2014 at 10:55

    salam dr..saya nak bertanya..saya ada terbaca di mana kalau seseorang tu mengalami demam denggi,,dia akan didatangi haid..adakah itu haid atau ape?pada awal bulan 2 hari tu saya disuspek demam denggi.sepanjang saya demam denggi tu ada keluar darah ttapi padahal saya baru suci dari haid seminggu bg bulan 1.4 hari slpas itu ade keluar darah lagi slma 15 hari dengan kadar yang sedikit.ada kala ianya keluar pada siang hari saja dn de yg keluar pada malam hari saja.hari yg ke 16 lagi banyak darah keluar dan saya mengalami sengggut.setiap bulan saya akan senggugut apabila didatangi haid.tetapi semasa darah yg keluar pada mnggu yg saya demam itu saya tidak mengalami senggugut.begitu juga darah yg keluar slme 15 hari tu pn saya tidak mengalami senggugut.pada hari ke 16 baru saya mengalami senggugut.jadi saya mahu penjelasan dr adakah darah itu darah haid atau istihadah.selama darah itu keluar saya tidak solat. adakah saya perlu menggantikan solat itu?

    ReplyDelete
  48. assalmulaikom doc....sy nk bertny isteri sy ni dh hampir bertahun2 haid x ber henti2 kdng2 isteri sy jdi serba slh dlm sbln dtg haid berterusan dlm bln dpn 2 mggu dtg 2 hari x dtg lps tu dtg x ber henti2.kertika byk byk....ketika sikit sikit tpi tetap ada.payah lh dlm sbln tu xda haid.isteri sy pernh g jmp doc cek dia ckp normal isteri sy tiada rasa sakit.isteri sy dh buntu nk solat posa g masjid ape yg blh isteri sy wt blh doc jelas kn.ape slh isteri sy solat dgn puasa dlm keadaan isteri sy mnci?blh doc jelas blh bantu isteri sy.

    ReplyDelete
  49. Assalam...sy nk bertanya sy mengalami pendarahan selama 7bln tanpa henti.dan sy tidak dpt membezakan waktu haid sy kerana warna darah dan keluar sma bnyk dgn hari2 biase..sblm nie period sy mmg x menentu...adakahblh sy melakukan solat,puasa dan hubungan intim dlm keadaan tersebut .dan adakah darah ini darah istihadah .warna darah tersebut kehitaman...berdosa kah sy melakukan solat ketika sy tidak dpt membezakan waktu haid sy...

    ReplyDelete
  50. Nur 'Aini Mohd Zain3 December 2015 at 12:08

    Salam, saya ada persoalan tntg haid ini. Bulan lepas sy baru menjalani histeroskopi kerana pendarahan 6 bulan tanpa henti. Selepas sebulan,sy didatangi haid dr hari 1 hingga hari 10. Tiba2 pada hari ke 20, keluar darah dr faraj disebabkan sy minum air halia asli terlalu kerap. Warna dan bau darah y keluar pd hari ke 20 sama macam haid. Warna merah kehitaman dan berbau hanyir. Adakah ini sakibaki haid atau darah istihadhah?

    ReplyDelete
  51. Nur Aini, perlu cukupkan tempoh suci minimum 15 hari terlebih dahulu. Pada hari ke 16 baru dikira istihadhah. Wallah a'lam

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum Doc.
    Sy ada sedikit kemusykilan.. sy mula haid pada 16/11/2015.. dan haid berlarutan sehingga ke hari ini 15/12/2015.. selepas 15 hari haid, bermaksud sy dah melalui 15 hari istihadhah ..dan hari ini sy masih lg keluar darah.. adakah selepas 15 hari ini adalah darah haid ?

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum
    saya dtg haid 8/6-16/6 (9hri)
    kemudian sye suci drpd haid 17/6-25/6
    tiba2 saya dpt thu trdpt coklat kemerahan terang ketika membuang hadas kecil,adakah ia drh isthihadah ,sambungan haid yang haritu atau haid baru?darah isthihadah kira dri hri prtme haid atau sehari slsp habis haid?mohon pnjlsn.tq

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum
    Saya sepatutnya dtg haid 04/06 tetapi lewat haid dtg pada 16/06,2 hri period cuma keluar sedikit darah berwarna coklet....hari ke 3 dah banyak keluar dan masih belum brrhrnti sehingga srkarang 20/07 ..mnta pnjlsan

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum saya suda berumur 57 tahun dan sudah menopauase kurang lebih 3 tahun. Selepas melakukan persetubuhan ada kesan-kesan coklat di seluar kecik dan apakah ini darah haid atau bagaimana

    ReplyDelete
  56. che haslina abdullah27 December 2016 at 04:08

    Assalam Dr,

    Saya ingin bertanya iaitu kenapa darah istihadhah dikatakan sebagai penyakit?

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum... Saya masih muda dan bersekolah.. Saya rasa saya sudah ada istikhadah tapi saya takut nak beritahu ibu saya.. Sebab saya baca istikhadah ni darah penyakit... Maksudnya saya perlu pergi ke hospital lah kan.. Saya takut saya dibedah atau lain lain...

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage