Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 24 February 2009

Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)



Resah, resah juga, tapi, biarlah dalam minda separa sedar sekalipun, saya tetap akan terus menulis walaupun pada skala tidak stabil.

OK, berikut ialah soal jawab tentang hukum haid. Tak pasal-pasal je saya tulis pasal haid. Puncanya, ceramah saya lusa akan menyentuh hal sulit a.k.a rahsia wanita.

Disclaimer: Soal jawab ini sesuai untuk orang awam sahaja. Jika anda ada Ijazah Pengajian Islam, tak perlulah kutuk jawapan yang saya berikan kerana saya telah mengambil kira aspek semasa dan setempat apabila memberikan jawapan. (Kadang-kadang malas juga berdepan dengan orang yang ta'sub mazhab ataupun tolak mazhab dan cuma nak pakai quran & sunnah semata-mata. Simpati dengan orang seperti ini kerana mereka berasa diri lebih hebat daripada perawi hadith seperti Imam Malik dan Imam Syafii :( yang telah menggunakan fiqh & usul fiqh dalam memahami hadith)


Ops, sorry lah kalau
simpatimarah. I'm still in the unstable mood.
But one thing I'd like to let you know is that the QnA below had been written while I'm in a stable
moodmode.


================================================

HAID / HAIDH
================================================


S: APAKAH HAID?

J: Haid ialah darah kotor yang keluar dari faraj wanita yang sihat, bukannya keluar berikutan melahirkan anak atau pecahnya selaput dara.


S: BILAKAH WAKTU HAID?


J: Haid bermula selepas umur seorang kanak-kanak mencapai 9 tahun. Ini adalah pandangan kebanyakan ulama. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak mengalami pendarahan dari farajnya sebelum dia mencapai umur 9 tahun, maka , itu bukan darah haid, tetapi darah istihadah.

Darah haid yang keluar biasanya berlaku sekali setiap bulan sehinggalah putus haid atau menopause. Dalam hal ini, tiada dalil yang menunjukkan adanya batas umur tertentu bagi putus haid.


S: BAGAIMANAKAH PULA SIFAT DARAH HAID?

J: Darah haid berwarna seperti warna darah yang biasa iaitu merah, kuning atau keruh. Ia juga boleh jadi berwarna hitam dan perang/kelabu. Jika selain daripada warna ini, ia bukan dikira darah haid.

Diriwayatkan daripada ‘Urwah, daripada Fatimah binti Abi Jahsy, bahawa dia mengeluarkan darah, maka Rasululullah s.a.w. bersabda: “kalau itu darah haid, maka warnanya kelihatan hitam. Bila demikian halnya, maka berhentilah kamu solat. Tapi kalau tidak demikian, maka berwudhu’lah lalu solat. Kerana hanyalah gangguan otot.”

Bagaimanapun, mungkin terdapat setengah wanita yang melihat darah berwarna hijau. Dalam keadaan ini, sekiranya wanita tersebut memang telah biasa kedatangan haid, maka ia dikira haid. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekeliruan makanan. Tetapi jika yang dilihat hanya yang berwarna hijau sahaja, sedangkan ia tidak pernah melihat warna yang lain, maka itu bukan haid.


S: BERAPAKAH SEBENARNYA TEMPOH DARAH HAID KELUAR?

J: Paling kurang, darah haid keluar selama sehari semalam. Paling lama pula ialah 15 hari. Kebiasaannya, ia keluar selama enam hingga tujuh hari. Dalam hal ini, bukan bererti harus keluar berterusan tanpa ada hentinya dalam jangkamasa tersebut. Sebaliknya, jika darah mulai keluar, kemudiannya reda dan kemudiannya keluar lagi, maka semuanya dianggap darah haid.


S: JIKA DEMIKIAN, BERAPA PULA TEMPOH ANTARA SATU-SATU HAID?

J: Ia dipanggil masa suci. Masa suci antara dua haid paling kurang ialah 15 hari.

Masa suci yang terpanjang pula tiada hadnya. Ia boleh mencapai sehingga melebihi satu tahun, kecuali bagi wanita yang istihadhah. Wanita yang mengalami istihadhah, haidnya dikira sepuluh hari, masa sucinya pula 15 hari, manakala tempoh nifasnya dikira 40 hari.


S: BAGAIMANA PULA DENGAN WANITA YANG HAIDNYA KADANGKALA OK, TETAPI KADANGKALA TIDAK TERATUR?

J: Bagi wanita yang sudah biasa kedatangan haid, hingga dia tahu berapa lama kebiasaannya dia kedatangan haid, maka, jika pada satu-satu masa haidnya melebihi masa haid yang terpanjang yang dia biasa, maka dia hendaklah berpegang pada tempoh yang dia biasa kedatangan haid. Yang selebihnya pula dianggap istihadhah. Contohnya, jika dia biasanya haid selama enam hingga lapan hari, tiba-tiba suatu masa keluar darah hingga sepuluh hari, maka darah yang keluar pada lapan hari yang pertama dianggap sebagai haid, manakala hari yang kesembilan dan kesepuluh itu dianggap sebagai istihadhah. Walaupun maksimum tempoh haid ialah 15 hari, tetapi dia hendaklah berpegang kepada lapan hari tempoh haid sahaja kerana itu adalah tempoh yang dia biasa.

=============================================

Ok, dua hari lagi saya akan tulis entri yang panas sikit iaitu: errr..... haid dan suami-isteri (rahsia ye, jangan bagitau orang lain!)

- p.s. This time comment is allowed.

- p.p.s. 1.27 pagi... kaylah, saya nak solat untuk cari ketenangan. Semoga Allah tidak akan jemu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya...

74 comments

  1. bagus....selalu la solat malam, tapi tak tidur lagi ni, tak leh tahajjud lagi he3...jgn fikir sgt problema...tidur layan mimpi...

    ReplyDelete
  2. salam..Dr.. xpasal2 dr kena ceramah pulak... nak buat cane, dr.je yang saya kenal.. sepatutnya ustzh Rokiah kat maktab sebelah ni, tapi dia ada hal pulak.. nak buat camne.. dah rezeki dr. jumpe kitaorng..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dr! sy baru lg kt cni..n da skola mnengah..urm...sy knal dr mlalui web iluvislam..so, salam ukhuwah ye..! (n_n)

    ReplyDelete
  4. Sabar...hidup dan mati hanyalah ujian Allah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semuanya. Tak sangka betul saya, bila tulis pasal hal orang perempuan, ramai pula kaum sana yang singgah baca :)

    Errmm... Saya dah ok. Alhamdulillah. Masalah yang menserabutkan minda dah selesai.

    Wa ila Allah turja'u al-umur...
    (Kepada Allah lah dikembalikan semua urusan)

    hani_islam, dah lama saya tak singgah iluvislam. Dulu saya moderator, tapi bila dilantik jadi Penolong Penggawa kat USM, terus saya minta dilucutkan jawatan moderator tu. Tak sempat layan soal jawab dalam forum.

    Baru dua je artikel saya hantar dalam iluvislam:

    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1270
    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1397

    Mungkin Dr Nizam dan Dr Jasni minat dan sempat untuk aktif hantar artikel untuk remaja dan belia dalam iluvislam.com .

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Perbincangan ramai yang banyak mendatangkan idea dan
    berbagai ilmu untuk bertukar2 pendapat.Haid adalah sesuatu kotoran .Yang masa haidnya ada tempoh waktu tertentu.
    Ia akan membawa mudharat jika diterokai waktu itu.
    Sebab itu dalam agama islam, ia amat di larang .Sesuatu kotoran dalam badan yang berkumpul untuk di keluarkan.

    Disamping menyihatkan tubuh badan setelah bahan-bahan kotoran keluar.Sekarang ini ramai orang keliru dengan perjalanan era berteknologi tinggi dan pemikiran yang mahir/dan separa mahir. Mudah-mudahan jalan kita yang dilalui ini mengikuti jalan-jalan panduan AlQuran.Mudah-mudahan kita tak tersesat jalan.

    Jalan berliku didunia ini penuh dengan tipudaya dunia.
    Dimana jalan-jalan alQuran...penuh cabaran , dugaan , dan kesabaran adalah tangga kejayaan.Hati yang tenang , fikiran yang lapang.Sekadar bertukar-tukar pandangan sahaja.Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam...
    saya baru berumur 13 tahun..
    saya nak tanya...
    sudah 4 bulan saya tidak datang haid selepas kali pertama haid...kenapa yer...?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Dr,

    saya confuse and really need help..

    ok dua bulan lepas saya mengalami keguguran.

    lepas tu sebulan saya tidak ada datang haid

    selalunya haid saya normal 4 hari sebulan macam tu

    tapi bulan ni saya cuma dapat tompok darah hitam... (of cycle) tak ada cecair color lain pun.... 1 hari je... bau ada off sikit but not the normal smell....

    adakah darah ni diterima sebagai haid jugak?

    sekian Terima Kasih...

    Thanks in advance....

    ReplyDelete
  9. saya nak tanya ni..sudah hampir 3bulan sy tidak datang haid...
    saya sudah berjumpa doktor dan doktor hanya memberitahu bahawa hormon saya tidak teratur...dan dulu juga saya diberi pil pelancar darah..selepas saya makan pil itu saya datang haid..tp 2bulan selepas itu haid saya berhenti..saya masih muda dan berumur 19 tahun...adakah cara penyesaian lain untuk saya?

    ReplyDelete
  10. saya berusia 16 tahun... masalah saya ialah.. haid saya datang dalam tempoh jangka masa panjang iaitu selama 1 bulan setengah... saya malu untuk merujuk hal ini pada doktor dan bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan.. apa masalah saya sebenarnya?

    ReplyDelete
  11. saya dah lama nak tanya benda ni tp tak tau nak tanya kat ape.harap ruangan ni dapat memberi jawapan?apakah cecair yang keluar dari faraj selepas habis haid yg 7 hari tu?Ia berwarna putih,ia akan keluar lebih kurang selama 7 hari selepas habis darah haid keluar.kadang2 saya alaminya juga 2-3 hari sebelum haid?harap sangat puan dapat memberi jawapan.perkara ini benar2 merunsingkan saya kerana saya akan berkahwin tak lama lagi...

    ReplyDelete
  12. Aduh, saya dr. ustazah, bukan dr. sakit puan hihiii..
    My advice:
    - kalau darah tu tempoh atau rupanya abnormal, tanyalah dr. perubatan
    - cecair yang keluar dengan rasa gatal2 pada kemaluan dan berbau hanyir perlu dirujuk kepada dr. perubatan, kalau tak gatal dan putih2 biasa sahaja, it's ok. Hanya bersihkan kemaluan dan ambil wudhu seperti biasa jika mahu solat.
    - darah berwarna merah, hitam, coklat... itu adalah haid jika betul masa dan tempohnya.

    ReplyDelete
  13. salam, dr ada mengatakan "Bagaimanapun, mungkin terdapat setengah wanita yang melihat darah berwarna hijau. Dalam keadaan ini, sekiranya wanita tersebut memang telah biasa kedatangan haid, maka ia dikira haid. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekeliruan makanan. Tetapi jika yang dilihat hanya yang berwarna hijau sahaja, sedangkan ia tidak pernah melihat warna yang lain, maka itu bukan haid."

    1) kebiasaannya apabila uzur, cecairan yang keluar dahulu adalah warna coklat dan barulah darah merah, tetapi, sebelum warna coklat tersebut ada cecair warna hijau, adakah ia dikira warna haid (xda rasa gatal dan xda bau)...?

    2) warna kuning dan keruh macamna yang disifatkan sebagai darah haid..?

    ReplyDelete
  14. Tun Kamsiah binti Mohd Fathullah10 May 2010 at 10:52

    Salam Dr.
    Sy nak minta penjelasan ttg istihadah. Kalu haid biasanya 8 hari, tp bln ni 10 hari adakah itu dikira istihadah (2 hari tu). Pd fahaman sy tempoh haid plg lama 15 hari, jadi 10 hari tu semuanya haid. Wallahualam.
    Tolong betulkan sy jika sy silap..

    ReplyDelete
  15. Kalau selalunya 8, bila tiba-tiba jadi 10, maka yang 2 terlebih tu ialah istihadhah. Angka 15 hari tu untuk yang tak tetap/tahu je.

    ReplyDelete
  16. slm usth..mengikut ape yg saya tau, haid tu ada 5 jenis. hitam, merah, asyraq, keruh, kelabu.

    kalau keruh dan kelabu dtg di waktu suci, itu bukan haid. betul?

    macamana pulak dgn asyraq? blh usth jelaskan warna asyrq tu mcmana?

    ReplyDelete
  17. slm.ketika remaja,adakalanya hormon masih belum stabil. ada antara gadis yang mengalami haid pramatang yang mana lebih awal dari sepatutnya,tetapi biasanya usia sebelum 8-10thn.anda boleh tunggu dahulu,mungkin ia akan stabil sendiri,tapi jika selepas 6 bulan masih tidak dtg haid,eloklah buat pemeriksaan.

    ReplyDelete
  18. buln ni lain mcm period. sy mkn ubt, period mcm biasa hr ke 8 mdi wjib. tiba2 pd hr ke 9 ada drah coklt pd pntyliner sebesar 20 sen dh 2 hr mcm tu....rsau gile ada mslah ovari tau rahim ke? ingt nk wat pap smear kesan pe yg ptut pd rabu depan ok ke tindkan saya? kira period ke kira bleh mdi wajib dlm 2 3 hr ni?

    ReplyDelete
  19. Hai, popular sungguh ruangan ni... ;)

    ReplyDelete
  20. salam..saya baru berusia 12 tahun,saya cuma mahu tahu adakah normal sekiranya saya keluar haid yang agak panjang dari tempoh biasa..saya amat risau..kerana saya keluar sudah 9 hari tapi masih lagi banyak yang nak keluar...lagi saya risau sbb skarang nie bulan puasa..ape yang patut saya buat

    ReplyDelete
  21. salam..sy nk tnya ckt..sy bru2 ni period..biase la dlm tmpoh 7 hari..tp slps 4 hari,cecair wrne seakan2 coklet keluar..adakah itu dikira haid?sy x prnh mgalami situasi mcm ni..sy agak risau dgn keadaan ni..blh tlg jelaskn?

    ReplyDelete
  22. erm ,,
    maaf yer ,,
    nax tnya skit,,
    sy dtang haid dua mggu trakhir blan 0g0s ,,
    tp smpay 3 /9 p0wn ,,
    sy msih bl0m ptus haid ,,
    sy risaw dgan keadaan ini ,,
    b0le beri ktrangan tax ,,

    ReplyDelete
  23. saya nak tanya kenapa kitaran haid saya tak tetap setiap bulan?adakah saya ada peluang untk melahirkan zuriat.saya takut kerana saya akan menikah awal tahun ini,dapatkah dr membantu saya,ok thankse

    ReplyDelete
  24. macm mna kalau tempoh suci antara haidh pertama dgn kedua kurng 15 hari? hari ke 13 slps haid yg petame dh kuar darah blik?

    ReplyDelete
  25. saya ni alami masalah haid sudh hmpr sthun lbh....haid sye mmmg xpnh kurg dr 15 hari pd setiap bulan.kdg2 dtg 14 hri...kdg2 pulk lbh 15 hari.masalah ini menyebabkan sya xthu smada yg keluar itu drh haid atau drh pykit...bantulah saya.kluar kd2 terlalu byk n kdg2 sikit...ade msa dlm sehari xkuar lgsung....esk kuar smla drh...saya terlalu bingung....bantula saya

    ReplyDelete
  26. salam ustazah..
    soalan : tempoh haid sy slalunya 11 hari & ke ats (tak lbih 15 hri)..baru2 ni,tempoh haid sy 15 hari.,tapi sampai hari ke -8 ja darah merah.,hari ke -10 sy mandi sbb baru colourless(putih jernih)..esoknya,hari ke 11 kluar sikit kuning pekat..sy was2 & anggap still haid sbb lps tu,kluar koko & merah skit..jadi sy truskan sampai ckup2 15 hari..slps suci,sblum smpai 15 hari strusnya,iaitu msuk hari ke-9 ,kluar darh mrh..sy rs istihadah sbb tak berbau & alirannya kurang (kurang pad dgunakan)brbnding haid sy wlupun wrna ttp merah..sy tak tahu beza haid n isitihadah, jd psl bau & wrna sy tnya kwn..tpi yg pliknya sy ttp senggugut (teruk) spt kelazimannya..betul ka haid strusnya msti slps 15 hari slps suci?? & adakah istihadah dsbbkan tension krn sy agak stress dgn jadual kulliyyah sy...sy harap ustazah dpt menjelaskan...perhatian ustazah sy dahulukan dgn ucpn trima kasih bnyk2..

    ReplyDelete
  27. assalam...

    kalau darah haid telah berhenti lepas 7 hari, tapi ade cecair warna kuning yang keluar, tu pun dikira darah haid ke?? harap jawab

    ReplyDelete
  28. asalamualaikum,,
    saye ade masalah kelewatan dtg haid ..saye agak risau kerana kadang tempoh lewat haid sebulan lebih dan dua bulan..saye baru berusia 19 taun..tapi amat risau dengan hal ini...haid yang dtg pule sedikit je ...

    ReplyDelete
  29. anne,
    saya juga mempunya masalah yang sama sebelum ni.
    kemudian saya makan ubat EPO.
    walaupun agak lambat datang tetapi haid mula berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  30. salam ustazah.saya keluar darah brwarna coklat sedikit.hari prtama keluar,hari kedua n ketiga tiada tp hari keempat keluar semula darah brwarna merah gelap.ianya keluar hingga hari kesembilan.adakah darah warna coklat 2 bkn haid n saya perlu mandi wajib.hari kedua n ketiga saya boleh beribadat spt biasa.harap sgt penjelasan.tq

    ReplyDelete
  31. salam ustazah.... camna nak kita nak tau kita blh bersuci????? bila dluar x dak tp bila cuci kdlm sikit still ada lendir n darah... adakah darah tu still dppangil haid or saya dah blh bsuci..... n blh cerita secara ringkas cara terbaik nak tau bila blh bsuci...

    ReplyDelete
  32. bagaimana pula sekiranya pengantin perempuan tiba2 datang bulan pada tarikh akad nikah? blhkah dia memasuki masjid sewaktu mjlis akad nikah?

    ReplyDelete
  33. darah period saya berwarna hitam hanya beberapa sedikit sahaja. dalam titisan sahaja. kenapa itu berlaku? adakah normaL?

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum..sy nk tnye, sblum ni period sy dtg dlm tempoh 6-7 hri je, ...period bln disember ni agak lain ckit, priod sy dtg dlm 7 hri n dtg blek dlam hari 9, wrna darah pun merah mcm drah haid y normal dan agk banyak..mcm mne ni?..adakah drah haid atau istihadah?

    ReplyDelete
  35. salam , saya betul2 bingung n at the same time saye redha n syukur sb Allah pilih saye untuk dpt ujian ni :)
    permasalahan saya, tarikh datang haid saya sangat kerap. berikut saya sertakan tarikh haid saya tahun ini(2012).

    8.2 - 14.2 (normal)
    20.2 - 22.2 (haid sikit)
    18.3 - 24.3 (normal)
    5.4 - 11.4 (haid sikit)
    30.4 - 6.5 (normal)
    17.5 - saat ini

    darah yang keluar masa 'haid sikit' tu mmg mcm haid sebenar, kaler merah and bile nak habis dia akan jadi kaler gelap..
    saya keliru tp saya keep solat :)

    mintak penjelasan insyaAllah,
    jazakillah :)

    ReplyDelete
  36. salam DR, sy pun pening,mikirkan darah istihadah ni,kalau stress mesti kena istihadah ni,sy mcm ni kira 15 hari kira haid n 15 hari lagi sy kira darah istihadah, sdh bertahun-tahun sy alaminya tp hingga skrg belum sembuh 100%, apakah yg patut sy lakukuan???? bantulah sy DR, terutama sekali jika berkaitan dgn solat.

    ReplyDelete
  37. salam doc..sy ade skit musykil psal haid sy.
    fyi, haid sy always kuar tiap2 bulan.. tp just kuar dlam 3 - 4 hari je..mcm mne ye doc?? & mse kuar haid tu, sy mmg mengalami snggut yg agk trok mse 1st and 2nd day.. normal tak haid sy? hope doc boleh tlg ;(

    ReplyDelete
  38. Salam DR,

    Saya nak tanya, macam mana pula untuk orang yang baru lepas melahirkan. sejak saya mengandung sampai anak dah berumur 1tahun 4bulan saya belum pernah datang haid lagi (mungkin sebab menyusu badan sepenuhnya). Kiranya dah 2tahun lebih dah tak datang haid. Baru-baru ni, lepas 2bulan start bekerja, haid pon dah mula datang untuk pertama kalinya. tapi dah 13hari (termasuk hari ini) masih belum berhenti lagi. Agak heavy flow jugak la sepanjang 13hari ni. belum ada tanda-tanda nak berhenti lagi. macam mane tu ye? sebelum kahwin/pregnant, kitaran haid saya setiap 2-3 bulan sekali. dan jangka masa haid tak lebih 6hari. harap dr boleh tolong :)

    ReplyDelete
  39. As salam Dr saya nak tny... kebiasaannya darah haid (warna merah )saya saya berhenti pada hari ke5 atau ke 6, tapi pada hari ketujuh hingga ke 9 dia berwarna kuning.... adakah itu dikira sebagai darah haid juga?

    ReplyDelete
  40. hehehe kesiah dr hasanah... suh pembaca rujuk Dr Hamid Arshat ke... Dr Idris ker... Dr Siti Esah ke....

    ReplyDelete
  41. Sudah nasib wahai remaja :)
    Entri ini mendesak saya tambah satu notis kat tengah2 blog ni:
    Saya memang doktor.
    Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
    Saya memang doktor.
    Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
    Saya memang doktor.
    Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
    Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

    .... sesak nafas!

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum, saya biasa dengar orang cakap tempoh haid dia 7 hari, 8 hari. macam mana nak kira tempoh haid tu? contohlah untuk gadis yang pertama kali datang bulan. pada bulan januari, tempoh haidnya 8 hari. bulan februari, haidnya 10 hari. adakah tempoh pada haidnya yang pertama boleh dijadikan ukuran? adakah 2 hari lebih dari haidnya pada bulan februari dikira istihadah? mohon penjelasan dr.

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikun Dr.
    Saya cuma ingin kepastian jika saya datang haid awal,dimana tempoh bersuci saya hanya 11 hari sahaja dan selepas 11 hari bersuci saya dtang haid.Adakah saya perlu menjalankan ibadah seperti biasa selama 4 hari bagi mencukupkan tempoh bersuci 15 hari walaupun ketika itu saya sedang dtg haid??biasanya tempoh saya datang haid selama 10 hari.

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum Dr. saya ingin bertanya tentang kedatangan haid,darah haid saya tidak pernah datang selama setengah tahun dan saya pernah menjalani rawatan untuk kedatangan haid di salah satu hospital berdekatan pada tiga tahun lepas dan berhenti menerima rawatan dan doktor mengesahkan saya amenorea dan berhenti sejak itu persoalan saya boleh saya menyambung semula rawatan dan kedatangan haid saya cuma tiga dan empat hari je.

    ReplyDelete
  45. Salam ustazah, ibu sy sedang menunai kan umrah sekarang dan ada masalah dan persoalan tentang haid, dia minta sy cari kan no hp ustazah utk dia rujuk. Jika tidak keberatan, boleh hubungi sy atau mesej no ustazah yg ibu sy boleh rujuk atau hubungi. No hp sy 0123834824

    ReplyDelete
  46. Salam,ustazah..Saya ada masalah haid tidak teratur.jadi saya sering keliru tentang hari- hari yang sepatutnya saya datang haid.saya ingin tanya ustazah adakah saya dikira datang haid jika pada hari pertama ,warnanya coklat cerah,Dan hari kedua warnanya kekuningan sehingga hari yang ketiga.selepas itu,warna itu sudah tiada lagi.Dan jika ia tidak dikira sebagai haid,adakah saya harus menqada' solat yang saya Tinggal? Tapi jika diikutkan tempoh saya untuk datang haid memang sudah lewat.Dan wajarlah saya datang haid pada masa ITU....saya betul- betul musykil tentang perkara ini, terima kasih.

    ReplyDelete
  47. Masaalah saya juga haid. Setelah ambil hormons haid saya lebih dr 15hari kadangkala sampai 18 hari. Saya solat pd hari ke 16. Soalan : Saya bersih hanya 7 hari ada sekali tu 3 hari saja dan mula darah semula dan tanda2 mcm haid
    Ada saya buat rujukan kalau ikut mazhab imam Syafie ambil 15 hari haid dan 15 hari suci. Maknanya setelah 7 hari bersih dan hari ke 8 darah lagi saya bole teruskan solat hingga ke hari yg ke 15.
    Ada juga ustazah yg kata walaupun saya bersih cuma 7 hari setelah itu dikira darah haid. Runsing dibuatnya makin byk buat rujukan makin pening.
    Tolong saya doktor
    Saya runsing ma

    ReplyDelete
  48. Assalam Dr,

    Masalah saya ialah sy datang bulan 3 kali sebulan. sekali datang dlm masa 7 hari. 6 hari selepas tu, dtg lagi dlm masa 7 hari. n 6 hari selepas tu dtg lg..
    Sy nak tanya bilakah waktu saya boleh solat?

    Sgt konfius..
    Mohon Dr tolong saya agar solat saya tidak ketinggalan..

    sekian

    Assalamualaikum..semoga doktor sekeluarga sentiasa direhai Allah s.w.t aminn

    ReplyDelete
  49. Terima kasih dengan informasi yang doktor beri. Sekarang ini di sekolah rendah perkara berkaitan ihtilam,haid dan seumpamanya wajib diajar. Bayangkan kena mengajar murid-murid sedari Tahun 4,5 dan 6. Berat tanggungjawab ini. Takkan nak suruh murid-murid baca sahaja. Jadi, saya gunakan pendekatan "ini semua ilmu,jadi wajib diajar dan diberitahu kepada murid-murid". Keoada ibu bapa, jangan abaikan pengetahuan ini dan berdiam diri apabila anak-anak bertanya dan jangan cepat melenting jika anak-anak memberitahu "cikgu mengajar tentang seks" di sekolah. Sekian. Tq

    ReplyDelete
  50. nur izyan binti ismail27 June 2015 at 06:23

    Assalamualaikum doc, saya ada soalan, saya ada masalah haid yg tak teratur sejak 3 bulan ni, haid saya semakin lmbat, bulan ni saya dtg period pada 11hb, hari ke-9 saya dh mndi wajib, tpi hari ke-15, period saya dtg blik tpi hnya sedikit...hari ke-16, saya dtg period mcm hari first period, darah bnyak dan senggugut, saya keliru sama ada darah yg kluar tu adalah darah period ataupon istihadah?? Tpi darah yg kluar pada hari ke-16 tu btol2 mcm wktu period..saya x prnah ada msalah haid yg x teratur sblum ini, mohon pencerahan dari doc...terima kasih

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum, doktor. Saya nak tanya berapa hari perlu jarakkan untuk 'bersama' suami isteri sebelum dan selepas haid? Apa hukumnya jika selepas 'bersama' haid keluar sedangkan sebelum bersama sudah pasti masih belum period lagi?

    ReplyDelete
  52. Aslmkm ustazah,
    Mohon pandangan ustazah. Sy sejak awal tahun lalu telah mengambil injection perancang. Period sy jadi xmenentu selepas ambil tu. Kadang2 hmpir sebulan dan selalunya melebihi 15hari. Haid sy teratur selama 7 hari sebelum ambil injection. Jadi adakah sy perlu kira hari ke 8 adalah istihadah? Ataupun selepas 15 hari baru kira?

    ReplyDelete
  53. Anne, dalam situasi seperti ini, boleh berpegang kepada minimum hari suci ialah 15 hari dan maksimum hari haidh 15 hari. Pengiraan cara istihadah berdasarkan kiraan kebiasaan iaitu 7 hari sudah tidak boleh dipakai kerana ia dalam situasi biasa sedangkan masalah Anne sudah berlarutan dan ada objek pengganggu seperti suntikan hormon.

    ReplyDelete
  54. Liza, tidak ada jarak masa dari haidh yang ditentukan dalam syarak. Asalkan yakin suci dari haid/nifas sudah dibenarkan untuk bersama. Jika haid keluar selepas bersama, tidak berdosa.

    ReplyDelete
  55. As salam ustzah..sy nk tnye,sy ad mslah haid xtratur,lpas khwin brat bdan naik..sblum kahwin ok je period,sy dtg period 3hri dlm sbulan..lpas 2 sy ambil ubt pelawas period..lpas sy mkn keluar darah xhenti2 selama sebulan,bnyak sngat keluar..wrna mrah gelap brketul2,adkah sy boleh solat seperti biasa..sy rgu rgu..trma ksh

    ReplyDelete
  56. salam ustazah, masalh haid sy xteratur. haritu period sy dtg 7.12 lepas tu last 12.12. tapi 17.12 ada darah keluar. tp sedikit. tu pom perasaan masa nk kencing. 16.12 sy sakit perut sgt2. mcm senggugut. lepas tu tubuh rasa letih mengantuk je. sejuk je badan. hari ni pun darah still ada lagi. sy bingung. adakah ini darah haid atau sy hamil? terima kasih.

    ReplyDelete
  57. Hi doc selepas sya mlahirkan anak ketiga..haid saya dah jadi tak teratur selepas bertukar kepada pil perancang 21hari....selepas 7bulan lepas bersalin klinik tukarkan pil perancang saya...dan dlm pgambilan pil tersebut selama 5 bulan ini tarikh jangkaan haid pun berubah2 dan dlm 2 bulan ni period on and off dlm sbln ada 2 kali tapi dalam jumlah yg sedikit....adakah ini disebabkan hormon xstabil.. atau pil tak sesuai.. utk pgetahuan doc saya masih fully breaatfeeding anak sya yg dah masuk setahun

    ReplyDelete
  58. Salam doktor...saya nak tnya klau period abis hari ke 6 waktu pagi...kemudian hari ke 6 waktu ptg telah bersama dgn suami...kemudian slepas bersama period kuar semula semasa kencing.... ada effect ke doktor atas kesihatan...dan bdosa kah sya..

    ReplyDelete
  59. Salam... saya mempunyai masalah keputihan jadi pada amnya menentukan bila harus saya mandi wajib sangat sukar.... soalan saya, cecair menandakan sucinya saya dari haid adakah bewarna putih atau jernih... dan kalau putih bercampur jernih bagaimana pulak?? Kalau dia warna putih putih bukan jernih macam mana pulak? Harap admin boleh membantu kerana saya terkelirubyang teramat... resah selagi belum mandi wajib... :( harap boleh bantu segera syukran :D

    ReplyDelete
  60. ASSALAMUALAIKUM DR
    saya ada sedikit keraguan mengenai kitaran haid saya..tempoh haid saya 15 hari walaupon on off...masalahnya waktu suci saya tidak menentu/tidak cukup 15 hari.hanya 14/15 hari ...begitulah setiap bulan,setelah doktor mengikat rahim selepas kelahiran anak ketiga...adakah darah yang keluar hari ke 14/15 itu dikira darah haid,atau istihadah?

    terima kasih

    ReplyDelete
  61. Salam . Saya nak tnya . Saya tak pasti sama ada haid atau tak . Pad saya brwarna coklat ttapi tiada langsung kluar cecair sama ada di pad atau di tmpat yg spatutnya kluar cecair trsebut . Saya nak tnya sama ada period atau tak? Kadang bnda brlanjutan hingga hamlir sebulan . Dan ada waktu2 trtentu darah akan kluar sperti biasa . Slpas itu , darah trsebut akn stop dan kmbali sprti biasa . Biasa trsebut brmksd yg saya katakan sprti di atas iaitu pad brwarna coklat tetapi tiada langsung kluar cecair. Hal ini telah brlanjutan hampir selama 2 tahun . Apa pendapat doktor sama ada period atau tak ?

    ReplyDelete
  62. Noraidah bt mas'ad29 May 2016 at 06:54

    Assalam...pn, saya ingin bertanya.
    1. Selepas melahirkan anak ke 6 secara operation, haid saya tak teratur. Kebiasaannya dalam tempoh 12 hingga 20 hari. Mohon puan kongsikan bilakah hari sepatutnya saya berada dalam tempoh haid dan sepatutnya saya solat.

    ReplyDelete
  63. Assalam..saya nak tanya cthnya saya.dtg bulan 1/6-6/6...pada buln puasa..slps itu 16/6 saya keluar darah..saya tlh brtnyakn kpd ustzh lain..beliau mngatakan itu adlh istihadah tpi drh pda 18/6 berbau dan brwarna sprti period..adakah sya dlm keadaan period?mohon penjelasan

    ReplyDelete
  64. assalamaulaikum dr.
    saya confius berkenaan isthihadah.Saya dtg peroid selama 13 hari dan hari ke 14 suci.tiba-tiba selang 7 hari period dtg balik..tetapi kalau diikutkan jangka waktu yang betul ia sepatutnya dtg 14 - 15 hari selepas haid sebelum nie.jadi adakah ia haid atau isthihadah? mohon penjelasan ...

    ReplyDelete
  65. Assalam ustazah .saya nk tny mcm mna pulak jika masa 15 hari pertama..dRah tu biasa je..xpekat Dan x berketul..tpi selepas 15 hari bru keluar berketul2 Dan pekat.. hal ini Kerana sebelum tu ada tidak dtg haid 2-3 buln..so bila keluar darah..sY assume itu period.. masalhnya..masa first dtg after 2-3 buln x dtg..darhnya cair..tpi..bila da masok hard ke 12 die jdi heavy Dan berketul2.. pekat Hitam..adakah yg 12 Dan seterusnya itu haid or yg mula2 dtg after 3 buln x dtg itu haid.? Sya betul2 confius..sebb saya dah x solt
    15 hari..tp hri ke 16 sy solt..tpi saya tiba2 was2 sebb darah terlalu pekat Dan berketul..adakah pengiraan period saya salah? Tolong jelaskan..tq

    ReplyDelete
  66. Assalam ustzh, saya biasa dtg haid 8 - 9 hari. Bln lepas, slps hari ke 4 baru darah banyak keluar, 4 hari pertama spt, kehitaman dan kdg2 x lekat di pad, slps tu darah keluar berlanjutan hingga hari ke 11. Bln ini haid saya mula keluar banyak pada hari ke 6, dan sehingga hari ini hari ke 12 belum kering, adakah dikira istihadhah pada hari bukan kebiasaan. Tk

    ReplyDelete
  67. Aslmualaikum doc. Saya brmur 16 thun .Saya pernah sekali dtgnya haid tepat 15 hari pda thun ini . Lps saya mngmbil pil kurus dn pda 12/9/16 saya haid kini 21/10/16 haid saya tk bhenti. Ttpi saya plik la doc selama saya dtg haid sjak 12/9-21/10 haid saya sdikit saja keluar kadang2 tk kluar lgsung . Knpe yq doc? Ke simptom dr pil yg saya ambil?

    ReplyDelete
  68. Helmanda chia lin ling19 November 2016 at 04:55

    salam doktor.. terima kasih atas informasi mengenai haid. saya ada masalah yg sgt rumit. selepas sy melahirkan scra operate pda feb thun 2014,dlm sbulan sy msih ada haid.. buln sterusnya lngsung tiada haid shingga bterusan pada bulan april 2015. pda masa itu sy mngalami haid yg sgt bnyak shingga ada gumpalan darah. sy haid pda msa itu cuma 2 mnggu. selepas itu tiada period lg. pda 03.06.2016 sy haid lg, tapi kali ini tanpa henti. skrg sudh msuk 5 buln sy haid tnpa henti. sy pernah pergi ke klnik knpa mcm ni,mrka cuma bg ubat berhentikn haid.. lepas mkn ubt tu, dlm 2 hari haid bhenti,hri sterusnya mkin bnyk haid sy... sy buntu dan takut. sy teringin menimang cahaya mata lg... tolong sy doktor

    ReplyDelete
  69. Hai dr. Saya nak tanya . Saya mula didatangi haid masa saya darjah 6 .Dulu masa mula2 datang bulan okay je . Normal . Saya haid seminggu . Tapi sejak saya makin membesar dan saya sekarang dah umor 19 . Saya cuma haid 1 hari je dalam sebulan . Paling lama pun 2 hari . Adakah normal atau saya ada penyakit ?

    ReplyDelete
  70. *Assalammualaikum dr. Masalah haid saya selalunya lebih 15 hari .selalu hari je 10 berhenti 1 atau 2 hari dan hari ke 13 akan dtg sedikit (setitik) sehingga hari ke 15 dan kadang2 lebih. Soalan saya adakah puasa dan bersama suami ketika tempoh tiada darah itu(iaitu dlm hari ke11 hgga 12 yg tiada darah haid) dibolehkan, dan puasa yg dilakukan tidak dikira dan perlu diganti?t.k

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum
    saya nak tanya macam mana kalau kita datng haid
    cth haid 1- 7 haribuln 2 (7hari) lepas tu darah lepastu 8- 14 haribulan 2 (7hari) kita suci.. and 15-30 haribulan 2 (7 hari) kita datang haid balik.. adakah 15-30 haribulan ni dikira istihadah..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage