Selamat Hari Jadi Hajar!

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Saturday 31 January 2009

Selamat Hari Jadi Hajar!

Hajar 1 tahun

Subuh 31 Januari 2009 terasa begitu sayu. Terkenang dahulu betapa hari ini menjadi sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. 12 purnama yang lalu, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Ilahi benar-benar teruji... melahirkan puteri bongsu selepas 42 hari kematian suami di hospital yang sama di mana suami dipanggil yang Maha Esa.

Saya tak mampu menulis panjang kerana kisah itu telah pun dicatatkan di www.drhasanah.com/2008/permata-baru.

Hari ini sebagaimana yang telah dijanjikan.... janji hendak membawa anak-anak ke Carnivall Water Theme Park Sungai Petani jika Hanan dan Husna belajar berenang sampai pandai... dan janji hendak sambut hari jadi Hajar di tempat yang istimewa telah ditunaikan. Errr, istimewa lah sebab mencekik darah betul tempat tu!

Seronok tak terkata semuanya. Hanan, Husna, Ziyad dan Huda lah yang paling seronok sekali. Main air sepuasnya, mengalahkan birthday girl. Hajar mandi sekejap sahaja, kemudian terlena, letih. Mak Teh (makcik arwah suami) dan keluarga pun ikut sama. Walaupun kena panggil makcik, tapi anak-anak kami ramai yang sebaya. Sakan juga kami main water coaster & wild river, hihiii.... Alang-alang bayar mahal-mahal...

Pukul 4 petang baru balik. Itu pun kalau bukan sebab Ziyad terjatuh hingga berdarah bibir, agaknya, pukul 7 malam barulah diorang nak keluar dari air agaknya.

Untuk Hajar, didedikasi daripada emak, kakak dan abang:

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Hajar Rosdi
Allah selamatkan kamu!

Semoga Hajar sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmat iman, Islam dan ihsan. Semoga jadi insan yang baik, cerdik, berakhlak mulia dan berjaya seperti ayah...

Amiiin....

22 comments

  1. amiin...semoga hidup hajar sentiasa dalam rahmat Allah..rindunya kat dia..tgk kat gambar tu nampak lain bila banding gambar yg dalam handset..membesar dgn cepat..gigi pun dah nampak jelas..windunyaaa kat si comel..esok besor jd comel cam teacher cbah tau...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Semoga kesabaran dan ketabahan Dr. Hasanah menjadi ayah dan ibu dalam satu masa itu, diterima oleh Allah sebagai amal soleh. Mudah-mudahan juga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. "comel sungguh hajar ni...."
    "betul, betul, betul....."

    ReplyDelete
  4. takpe Dr. Hasanah..anak2 dah besar..kakak abang pada Hajar boleh tolong bantu jaga....studen kat tekun pun ramai leh tolong tengok2kan hehe...let by gone be by gone...agi idup agi ngelaban...insya'Allah, Hajar akan kuat sepertimana siti hajar mencari air di padang pasir dulu...(eh oyeker?) :)

    ReplyDelete
  5. Tkasih dr Jasni. Darwisy dah pandai jalan ke? hihiii

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir untuk anakanda Hajar. Untuk bondanya, moga tabah membesarkan dan mendidik anak-anak, isbiri wa lakil jannah...

    ReplyDelete
  7. SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKANDA HAJAR...SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH YANG SENTIASA MEMBAHAGIAKAN HATI IBU SERTA MENDOAKAN AYAH YANG TELAH PERGI.... SEMOGA DR HASANAH TERUS TABAH & DIRAHMATI ALLAH SELALU... WASSALAM...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Ummu Afif, Ummu21, Upin dan ipin, Acik Shukri, Acik Naseebah dan Acik Jasni. Nanti bila Hajar dah besar Hajar nak jadi macam acik2 ni semua :)

    ReplyDelete
  9. huh???tetiba i'm back???terbang jauh??

    ReplyDelete
  10. :) aik, rindu kat tapai ke? Dah hayati suara lunak merdu tapai dalam cd instinct sepanjang perjalanan ke Tg Malim? Waaa.... feeling nampak!

    Tapai, terima kasih bagi cd tu. Memang best nasyid dalam tu. Tak hairanlah sekejap je dah boleh masuk carta IKIM. Saya dah vote untuk instinct!

    ReplyDelete
  11. aduh...rindu???waaa...feeling??? hahaha..xsempat nak hayatipun..sepanjang perjalanan dgr satu lagu ja..pastu off..sbb sakit kepala sgt2...xdgr ape2..huhu...

    ReplyDelete
  12. Salam dr Hasanah, nama anak dr yang dua orang sama dengan anak saya...huda dan husna...

    Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga dr selalu,

    wasalam.

    ReplyDelete
  13. dotdotdot???hmm

    lagu resahla..tp bukan sebab suara..sbb lirik die..kan doc? suara semua lagu bih kurangjaa rasanya..

    ada insan yg terindu??siapakah insan itu doc???muahaha

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, Hasanah.
    Terima kasih atas kunjungan yang tak disangka-sangka. ENtah mengapa, ana tiba-tiba sebak, mengenangkan sahabat yang baik-baik cepat benar dijemput ilahi. Ana tahu, Hasanah kuat. Doa selalu moga kekuatan terus berkekalan. Mengenang Rushdi, ada manuskrip yang mahu beliau terbitkan di DBP. Ralat tak dapat berjumpa. Mungkin Hasanah boleh usahakan selepas ini.

    ReplyDelete
  15. Memang banyak penulisan dia tapi kebanyakannya tidak sempat disiapkan. Baru-baru ni saya selongkar habis beg2, fail dan juga MyDocuments dalam pc, memang sedih melihat semangat untuk menulis dan menyebarkan ilmu tidak dapat disempurnakan. Saya sekarang ni pula sibuk sepanjang masa.

    Walau bagaimanapun, dua pentas penulisan arwah masih saya kekalkan iaitu:

    www.rosdi.net
    www.uruspusaka.com

    Semoga usaha yang walaupun sedikit di sisi manusia akan dianggap besar oleh Allah s.w.t.

    Mungkihkah saya dapat sambung semula penulisan tu? Insya Allah, akan saya usahakan. Cuma sekarang ni.... bila jadi pensyarah di universiti bertaraf APEX ni, banyak kerja yang saya kena buat.

    Semoga Allah permudahkan dan merahmati setiap yang kita usahakan. Amiin...

    ReplyDelete
  16. Arwah dulu ada gak ajak buat projek bantu anak2 miskin yg belajar di IPT, katanya " kalau 4 5 org geng ofis pakat2 sumbang sorang sedikit tiap2 bulan, leh la bantu adik2 yg susah tu...". Setuju, tp tulah..dok pk lama sgt smpai x terbuat..benda kechik, tp kalu kena caranya bnyk manfaat buat kita semua...emmm lemahnya den ni...

    ReplyDelete
  17. Untuk Hajar,

    Selamat Hari Lahir!

    Untuk Hasanah,

    Tahniah, Teruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  18. Please visit url, www.iahp.org

    ReplyDelete
  19. Abi, arwah memang concern dengan nasib anak yatim dan orang miskin. Selalu juga kami bincang nak buat macam2. Nak ambik anak angkat yatim lah, nak sponsor org miskin yg pandai lah.

    Dan target kami yang terlalu jauh untuk dicapai: nak tubuhkan yayasan bantu golongan miskin dan anak yatim (Yayasan Diena mungkin? hihii....)

    Sekarang ni, nampaknya saya 'terpilih' untuk menguruskan 'Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Hasanah'.

    Alhamdulillah dimudahkan apa lagi dengan sokongan jiran2 yang baik hati dan rakan2 serta saudara-mara yang sentiasa datang menziarahi kami.

    Suhairi,
    terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Salam...
    Kami dr msi begitu byk kenangan bersama arwah. Seolah2 arwah masih ada bersama kami.
    Sudah setahuun umur hajar. Cekalkan hati dalam mendidik anak2.

    ReplyDelete
  21. mohd azman che jamil13 May 2009 at 16:08

    slps mninjau agk lama blog ni....sya dahdpt jwpn pun. mang betoi sngkaan sy.
    utk info dr hasanah, sya dlu exstudent arwah utz..mmndangkn kmi seusia & sezaman...utz agk baik dgn saya. sya orang changlun dan sewktu utz mninggl sya dtg ziarah di kg tualang...alfatihah bt rwah...

    ReplyDelete
  22. Azman, betul & terima kasih. Blog ustaz di http://www.rosdi.net/blog masih saya kekalkan. Terima kasih kerana mengunjungi kami semasa beliau meninggal dunia.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage