rAyA

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 8 October 2008

rAyA

Tong kosong... tak tau nak tulis apa... terlalu banyak perkara berlaku... terlalu banyak yang perlu diteladani...

Aidil Fitri yang baru berlalu minggu sudah... hmm... nak mula cerita macamana ye...

Hari Sabtu 27 Ramadhan, balik ke kampung arwah suami di Tualang, Pokok Sena, Kedah. Ziarah pusara... Bermalam a.k.a. beraya di kampung.
Hari Ahad 28 Ramadhan... ziarah pusara... sekali lagi...
Malamnya tidur di rumah pusaka di Taman Bertam Permai... mengutip kenangan... senyum sahaja saya melihat anak-anak gembira bermain bunga api bersama jiran-jiran.
Hari Isnin 29 Ramadhan... balik ke USM. Petang dalam hujan lebat sempat lagi beli jeruk di Sungai Nibong untuk dibawa ke Banting.
Hari Selasa 30 Ramadhan, 9.15 pagi bergerak dari USM ke Banting... lone ranger... jam 2 petang tiba. Alhamdulillah... sujud syukur kerana kembara lebih 400km ini terpelihara daripada sebarang kesulitan.
Hari Rabu 1 Syawal, ziarah pusara emak dan abah... entahlah... hati begitu sepi melihat pusara ini... tiada air mata yang mengalir... hati ini seperti mati... sedangkan pada awalnya saya begitu takut untuk menghadapi Aidil fitri ini.... entahlah....

2 comments

  1. slm aidil fitri...bersabar atas segala dugaan drNy...Allah Maha Kaya...phonlah pdNya..

    ReplyDelete
  2. That's the word; takut. Takut menghadapi Aidil Fitri, takut reaksi anak2 yg tidak meraikan hari kemenangan seperti tahun2 sudah. Takut orang sekiling yg ingin tahu 'macamna hari raya kali' , mungkin sebenarnya takut bersendirian- menjadi 'lone ranger' dalam segala hal.
    Assalamualaikum Dr Hasanah... luahan you sedkit sebanyak mengubati keresahan hati ini. Namun, disebalik ketakutan ini, hati ini cukup tenang dan anak2 tidak mencerminkan kedukaan langsng. Untung juga pusara kedua arwah; suami dan emak berdekatan. Jadi kami ziarah setiap hari, pagi dan petang....Semoga damai dan dirahmati , insyaAllah.
    Tapi, tanpa disedari, saya senang begini.... buat masa ni...biarlah dimanfaatkan masa sebaiknya... bukan nak jadi 'recluse' ...mungkin wanita spt saya saja yg memahami. Hati ini pun merasa sangat hambar . Alhamdulillah, anak2 dgn relahati meneruskan tradisi puasa enam..mungkin cara mereka mendekatkan hati serta mengingati babah.
    Skrg mission tak ada lain melainkan meneruskan menjaga amanahNYa. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita, meringankan beban serta memberkati atas usaha2 kita dan mudah2 diberi ganjaran AlJannah.
    Sekian, maaf jika celoteh saya ini menggangu tugasan harian Dr. Wasalam.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage