Thursday, 27 September 2007
Peningkatan Jati Diri Melalui Penghayatan Fardhu Ain
September 27, 2007
Melihat semangat siswi UniKL MSI dalam dewan petang itu membuatkan saya terkedu seketika. Saya cuba menilai, apakah yang mereka mahu dari ceramah petang ini. Mereka bukan tidak tahu apa yang ingin diberitahu, hanya mungkin keseronokan berkinja di alam 'remaja tua' itulah yang kadangkala menguji mereka ketika menghayati ibadah yang telah difardhukan. Pun begitu, tak mungkin semuanya begitu.
Ala kulli hal, tahniah buat penganjur yang tidak mensia-siakan waktu senggang di bulan Ramadhan ini untuk mengisi rohani para siswi dan meningkatkan motivasi mereka.
Tuesday, 4 September 2007
Konvokesyen Universiti Malaya
September 04, 2007
Setahun mengidam, akhirnya, hari ini sampai juga hajat berkonvo di UM. Syukur Alhamdulillah... Sebenarnya, tahun lepas, tesis saya disahkan dan diluluskan hanya seminggu selepas konvo. Melepaslah nak merasa konvo tahun tu. Kini, selepas setahun kerja, barulah hajat tercapai...
Tahniah untuk diri sendiri, hih, hih...
Gambar? err... nantilah...
Tahniah untuk diri sendiri, hih, hih...
Gambar? err... nantilah...
Saturday, 1 September 2007
Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia peringkat Taman Bertam Permai
September 01, 2007
Baru dua hari selesai bersilat dengan Seminar Tokoh-tokoh Hadith, tiba pula program lain yang turut menuntut komitmen. Bezanya, seminar tempohari adalah peringkat kebangsaan manakala sambutan kemerdekaan ini ialah peringkat taman. Bagaimanapun, kedua-duanya perlu dijana dengan sebaiknya.
Sambutan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kami, jawatankuasa baru dengan penuh kesyukuran telah berjaya memberikan input berbeza apabila memasukkan program kesihatan dalam sambutan kali ini. Dengan bantuan orang kuat persatuan, Dr Zah yang turut menjadi orang kuat IPPT, USM, urusan program kesihatan dapat dilaksanakan dengan mudah.
Pada asalnya, hanya tiga aktiviti kesihatan yang dirancang, iaitu: pemeriksaan kesihatan percuma, demo penjagaan gigi untuk kanak-kanak dan ceramah tentang kanser payu dara untuk wanita. Bagaimanapun,
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Social Footer
Follow saya!