Apa ada pada sekufu?

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Sunday 17 June 2007

Apa ada pada sekufu?

cincin.jpg

"Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?"
"Ahli muzik, mak..."
"Pantang keturunan aku ahli muzik!"

Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan... "dia kerja apa? kat mana?" dll.

Jarang yang 'berani' bertanya... "dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?" dll. Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu 'menghina' (???) si teruna.

Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud 'sama'. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa



tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.



Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling 'koman' pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, "minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!", begitulah helah yang mungkin dikata.



Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.



Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa



Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.: Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia.




Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.

Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim!

13 comments

  1. things to ponder. tq doc

    ReplyDelete
  2. wah.. ni baru clear. tq Doc.. sye nk yg lebai.. tp saye x lebai.. x sekufu lah tu.. tp saye bercadang jd kan artikel doc sbg motivasi.. tq

    ReplyDelete
  3. cmner nk taw org tu skufu ngn kite

    ReplyDelete
  4. tq dr, sekarang baru saya betul2 faham maksud sekufu tu.. sebelum ni saya agak keliru dan ragu2 pasal hal sekufu , di sini ingin saya berkongsi cerita saya yang agak keliru pada mulanya mengenai sekufu, saya adalah seorang pelajar lulusan sarjana dan bakal menyambung ijazah kedoktoran dan bergelar pensyarah, tapi bakal suami hanyalah berkelulusan stpm dan berkerja pangkat rendah sahaja, kalau nak dikirakan kami ni tak sekufu. tetapi si dia sangat menjaga hal2 berkaitan dengan agama dan selalu memberi kata2 nasihat dan perangsang buat saya. Berdasarkan pandangan dr mengenai hal ini fahamla saya bahawa bukanlah pangkat, darjat, harta kekayaan yang jadi kayu pengukur dalam hal sekufu ni tapi pendidikan agama yang penting. dengan itu saya tak akan merasa ragu2 dan yakin dengan jodoh yang ditetapkan ini, terima kasih banyak2 atas pandangan dr.

    ReplyDelete
  5. SALAM..JADI KLU XSAMA TARAF PNDIDIKAN PN BOLEH LA KAN YANG PENTING AGAMA LA KN........

    ReplyDelete
  6. memang sebaiknya mereka yg ingin mencari pasangan, mengutamakan keelokan agama pasangan tersebut. tapi jgn dilupa, faktor2 lain turut menyumbang kepada keharmonian rumahtangga.

    pada pendapat saya, bagi ulama' yang meletakkan beberapa perkara lain sebagai fokus dalam penentuan kufu ini, ada sebab2 yang kita patut teliti juga. ini kerana, melalui kes2 yang pernah berlaku, didapati perbezaan dari segi akademik, status dll turut menyumbang kepada ketidakharmonian perkahwinan.

    isu ini pernah dibincangkan di dalam pengajian sarjana saya. di mana professor yg mengajar saya, telah berdepan dengan banyak kes yang ada kaitan dengan isu kufu. n hasil pengamatan beliau, agama harus diletak di tempat yang pertama akan tetapi penilaian lain jgn tidak diambil kira.

    prof saya turut bercerita beberapa kes2 yg pernah beliau handle, n saya bersetuju dgn pendapat beliau. n pada pendapat saya, perkara yg lebih kita perlu tekankan bila melihat keelokan agama pasangan, ialah bukan sekadar amal ibadatnya,tapi juga kepada pengetahuannya dalam agama. telah ramai orang yang saya jumpa, amail ibadatnya dijaga. alhamdulillah. tapi disebabkan kurangnya ilmu, mereka tidak dapat mencapai tahap2 tertentu contohnya objektif2 dlm agama yg bersangkutan dengan keluarga.

    jadi kalau belajar ilmu dunia setakat stpm tapi ilmu agama dia dalami, rajin baca buku agama, hadiri kuliah, inshaALlah keluarga harmoni jika ilmu2 ini diamalkan. sekadar menambah coretan uztazah hasanah.wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. klu seseorang lelaki dan perempuan tu x sekufu dari segi agama di mana perempuan tu lebih mempunyai pngthuan agm dr lelaki tersebut .tetapi lelaki tu snggup utk terima didikan dr perempuan tersebut krn die betul2 cintakan perempuan tersebut n nk berkahwin ...kes ni mcm mane pulak..perlukah perempuan tersebut menerima lelaki ni

    ReplyDelete
  8. kalo semua orang cari sekufu susah jugak, sape yg nak membimbing orang yg kurang fahaman agama? kalo semua yg tinggi fahaman agama pilih orang yg tinggi fahaman agama jugak. lagi tak ramai ustaz2,yg alim2 yg nak amik mat mat rempit minah minah bohsia jadi kan anak angkat supaya anak2 muda ni balik ke pangkal jalan. memang ini bukan tanggung jawab ustaz tapi jangan ini dijadikan alasan.

    ReplyDelete
  9. minta kebenaran nak copy paste artikel dlm forum yg sy selalu lawati boleh ye

    ReplyDelete
  10. Tiada masalah nhm. Tapi kena patuhi kehendak hakcipta di footer blog ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. salam..mohon izin utk pjgkan ilmu ini kepada kwn2 saya..terima kasih dr..

    ReplyDelete
  12. salam saya ingin memohon pendapt, kalau saya faham mengenai sekufu tapi ibu bapa tidak memahaminya dan masih mementingkan taraf bagaimana?

    saya lulusan sarjana dan ingin berkahwin dengan lelaki yang hanya spm..mendapat tentangan keras dari bapa kerana itu... walaupun dia hanya ada spm tapi dia banyak memberi galakan untuk saya terus menyambung pengajian saya ke peringkat lebih tinggi dan banyak membantu ketika saya memerlukan...hasrat untuk berkahwin dengannya bukan lah kerana saya banyak terhutang budi dengan nya tapi saya faham hati budinya.

    saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan kerana lelaki itu telah berjumpa dengan ibu bapa saya menyampaikan hasratnya tetapi bapa hanya memberi jawapan nanti dia akan berbincang pada saya. tapi bila dia berjumpa dengan saya dia memarahi saya kerana ingin berkahwin dengan lelaki yang hanya ada spm sahaja...

    perlukah saya memutuskan hubungan dan mengikut kehendak ibu bapa saya mencari pasangan yang sama taraf pendidikan?

    ReplyDelete
  13. mohon copy paste artikel ini utk masukan dalam blog.. dr..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage