Wanita-wanita dalam Wanita Hari Ini

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 7 July 2006

Wanita-wanita dalam Wanita Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar saudara dan saudari sekelian. Diharapkan agar kita semua dapat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketenangan dan ketabahan.

Maaf, kerana sudah beberapa hari tidak dapat updatekan blog ini. Apakan daya, banyak tugas yang perlu dilakukan setiap hari, daripada mulanya mencelikkan mata hinggalah ke malam hari.

Sebenarnya, saya berasa agak lega sedikit kerana melihat polemik isu misyar ini sudah reda sedikit.

Mungkin masyarakat secara umumnya semakin memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan misyar.

Dahulu, semasa isu ini baru sahaja tercetus, banyak pihak yang tergesa-gesa memberikan pandangan mereka berdasarkan apa yang mereka dengar, tetapi bukan berdasarkan apa yang mereka sepatutnya faham.

Namun, apabila Sheikh al-Azhar mengemukakan pandangannya bahawa hukum perkahwinan misyar adalah sah, maka, mulut kita pun terkunci seketika. Ya lah, masakan kita dengan mudah boleh menolak fatwa pihak yang berautoriti .

Sheikh al-Azhar bercakap menggunakan dalil.
Kita pula bercakap menggunakan hujjah dengar-dengar.

Akibatnya, timbullah berbagai salah tanggapan sehingga menyebabkan mereka mendakwa bahawa perkahwinan misyar lebih terok daripada kahwin mutaah, lelaki kahwin misyar adalah gigolo dan sebagainya.

Isu ini bermula dengan berita dalam Utusan Malaysia. Saya terlepas daripada membaca akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan pandangan Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi mengenai isu ini di muka hadapan. (Kalau dah letak kat muka hadapan, cepat lah isu ni jadi panas.)

Pada hari Jumaat, iaitu sehari selepas penyiaran berita tersebut, seorang rakan telah memaklumkannya kepada saya. Pada masa itu, saya baru sahaja selesai membentangkan satu kertas kerja di Universiti Malaya. Kebetulan pula, di sebelah petang saya sempat menonton rancangan Wanita Hari Ini yang menjadikan kahwin misyar sebagai topik utama.

Terkejut saya melihat cara isu ini dibincangkan.

Pihak media meminta pandangan orang ramai mengenai kahwin misyar sedangkan mereka sendiri masih terkejut dengan istilah misyar ini. Apa misyar tu pun mereka tak faham betul-betul.

Ayat yang asyik di sebut-sebut oleh pengacara rancangan itu pun ialah: kahwin misyar ialah suami tidak perlu menanggung nafkah zahir. Mereka hanya perlu menanggung nafkah batin semata-mata!

Apa ni?

Hendak je saya tanya pada pengacara rancangan tersebut, apa yang awak faham tentang kahwin misyar? Betul ke pemahaman tu? Apa pula maksud nafkah? Apa itu nafkah zahir? Nafkah batin tu pula apa? Seks sahaja ke?

Kasih sayang masuk dalam kategori apa? Kerjasama menguruskan rumah dan anak-anak pula bukan satu bentuk pemberian juga ke? Susah-payah suami pergi kedai, pergi pasar, hantar-ambil anak dari sekolah, menjaga anak isteri yang sesekali demam, dsb, semuanya tu apa? Si suami juga tetap perlu pergi bekerja.
Siapa kata suami kahwin misyar tak perlu bekerja?


Di akhir rancangan tersebut, pihak Wanita Hari Ini berjaya menghubungi Prof. Dato Zuhdi. Sempatlah beliau bercakap sedikit-sedikit mengenai maksud misyar. Itupun belum habis membela diri beliau yang telah dikecam ramai pembela hak asasi wanita, percakapannya telah dipotong.

Terkilan betul melihat keadaan ini.

Di awal rancangan, pihak WHI membuka ruang pada para penonton WHI untuk telefon mereka dan meluahkan pandangan menganai misyar.
Panas kerusi jadinya!

Bila rancangan dah nak habis, barulah Prof. Dato Zuhdi dihubungi.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dato, jelas sekali bahawa apa yang pengacara dan penonton WHI fahami tidak selari dengan kahwin misyar yang beliau maksudkan.

Bukan misyar sahaja tidak difahami, malah pengertian nafkah zahir batin pun ada yang terkhilaf!

Kalaulah WHI menghubungi Dato Zuhdi terlebih dahulu, alangkah baiknya. Biar pengacara WHI terlebih dahulu memahami betul-betul maksud misyar.

Jangan asyik ulang-ulang ayat: suami hanya perlu beri nafkah batin (yang mereka maksudkan sebagai '18sx') semata-mata.

Peminat WHI.

1 comment

  1. Mendapat sesuatu yang baru apabila membaca buku bertajuk
    "MANISNYA MADU" karangan Ustazah Khadijah Am.

    - Versi Indonesia & Malaysia -

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage