Tuesday, 26 June 2012
Zakat Pada Harta Pusaka
June 26, 2012
Diskusi kali ini agak ilmiah.
Sambil sibuk marking tugasan, seminar & bengkel e-learning dll saya juga dikejar oleh ketua penyelidik 1 geran universiti penyelidikan (RU Grant) tentang isu harta pusaka yang mana penyelidikan itu sudah berjalan selama 1 tahun. Teringat blog uruspusaka yang dulu pernah saya bangunkan bersama almarhum suami. Blog tersebut dapat sambutan yang menggalakkan dengan berbagai-bagai persoalan dikemukakan oleh orang awam. Dah jadi macam consultant bebas la pulak! Sedihnya, walaupun suami dah meninggal dunia, masih ada orang yang telefon saya nak cakap dengan suami. Saya cakap suami dah meninggal. Pemanggil tu kata nak cakap juga dengan suami. Waduh! Kalau bisa dibangkitkan orang yang sudah di alam baqo'....
Friday, 4 May 2012
Lidah ada bahayanya!
May 04, 2012
# Masih dalam mood nak upgrade layout blog ni.... tapi bila la nak siap huhuuu
Menyelongkar artikel dalam komputer, saya terhenti apabila terjumpa artikel bertajuk 'Bahaya Lidah' yang ditulis oleh almarhum suami, Ustaz Rosdi Yusof tetapi nampaknya ia tidak sempat ditulis sepenuhnya.
Saya bersetuju dengan apa yang dinukilkan oleh beliau dari penerangan Imam Ghazali tentang bahaya pada lidah yang sepatutnya lidah itu menjadi rahmat & ni'mat yang sangat hebat. Lidah yang berupa daging leper itu punyai kuasa yang bukan sembarangan. Ni'mat satey, nasi beriyani gam, ayam madu, vanilla chocolate ice blended with topping dll hanya dapat diterjemah oleh otak jika ia tersentuh pada lidah. Bayangkan jika ditebuk perut dan semua tu disalurkan terus melalui paip ke dalam perut! Sedap?
Wednesday, 28 March 2012
Kenapa Akademik Nombor Satu, Agama Bukan Nombor Dua?
March 28, 2012
Hmmm... Kalau saudara saudari ada jawapan untuk soalan saya, sila tulis di ruangan komen. Malam esok saya tinggal baca je hihiii....
Terima kasih.
Just a note: sebenarnya tak bersemangat pun nak berforum, sebab masih belum habis pantang lagi sejak 'bersalin' bulan lepas. Cuti cuma dua minggu, lepas tu dah mula berkuliah. Tak sakit badan ke? isk...isk... Allah Maha Tahu.
www.isla.my Sebagai Laman Komuniti Muslim Malaysia: Pengenalan Dan Sambutan Masyarakat
March 28, 2012
Sudah setahun Islamy dibangunkan. Minggu lepas jumlah ahli berdaftar & sah telah melepasi aras ujian iaitu 2000 keahlian. Alhamdulillah feedback yang diterima sentiasa positif.
Berikut ialah abstrak satu kertas kerja yang pernah dibentangkan tentang Islamy. Kertas kerja ini telah dibentangkan pada tahun 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam satu seminar berkaitan dakwah media baru. Dalam kertas kerja ini, analisis sambutan yang dicerap dari google analytics telah dibentangkan.
Saturday, 10 March 2012
Bagaimana mahu menyucikan hati dan jiwa?
March 10, 2012
Islam dibina di atas dua asas yang kukuh iaitu rukun iman dan rukun Islam. Pembinaan rukun iman yang bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah tidak sempurna tanpa meletakkan rukun Islam sebagai intepretasi bagi keimanan. Rukun Islam yang lima iaitu shahadah, solat, puasa, zakat dan haji ini merupakan satu cara yang digariskan oleh syarak sebagai aktiviti peribadatan yang khusus untuk umat Islam.
Saturday, 25 February 2012
Inna lillah wa inna ilayhi rajiun
February 25, 2012
"Anak-anak nabi ada 7 orang, 3 laki-laki 4 perempuan, pertama Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Fatimah, Ummu kulthum", begitulah dendangan lagu yang diajar oleh Ustazah Maniseh sejak saya dalam darjah 1 masa belajar di SRA Unwanus Saadah. Dengan rahmat Allah swt, alhamdulillah semalam, jumaat, 24 feb 2012 saya menyambut kelahiran putera ke3 yang melengkapkan bilangan 7 orang anak macam anak-anak nabi. Namun dukacita kerana anak ini telah lama meninggal dunia dalam rahim bonda. Inna lillah wa inna ilayh rajiun. Bersemadilah Ahmadku sayang di alam sana.
Selanjutnya di: http://www.usulifaqih.com/umum/hari-yang-sedih/
Friday, 17 February 2012
Fatwa Hukum Pembayaran Emolumen Kakitangan Majlis Agama Islam Selangor(Mais) Menggunakan Peruntukan Asnaf Amil
February 17, 2012
23hb Februari 2012
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
HUKUM PEMBAYARAN EMOLUMEN KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MENGGUNAKAN PERUNTUKAN ASNAF AMIL
Harus pembayaran emolumen kakitangan MAIS menggunakan peruntukan asnaf amil diberikan kepada pegawai MAIS di bahagian tertentu yang mana bidang tugasnya adalah terlibat secara langsung dalam mengurus hal ehwal wang zakat dan tidak menerima emolumen daripada peruntukan asnaf fi sabil Lillah.
Bertarikh 17 Februari 2012
[MAIS/SU/BUU/02/016/17-2 P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]
Sumber: Laman Web Mufti Selangor
Download: Fatwa Bayar Gaji Pekerja Dengan Zakat (Asnaf Amil)
Thursday, 2 February 2012
Fatwa Hukum Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat Dan Sumber Pembiayaan Pengurusannya
February 02, 2012
Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 65 No. 3, Bertarikh: 2hb Februari 2012
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
HUKUM AGIHAN ZAKAT DALAM BENTUK MANFAAT DAN SUMBER PEMBIAYAAN PENGURUSANNYA
1. Dana zakat harus diagihkan kepada mana-mana asnaf dalam bentuk agihan secara manfaat.
2. Kos pengurusan agihan zakat secara manfaat seperti kos keperluan pentadbiran dan pengurusan, sumber manusia dan keperluan peralatan asasi yang munasabah boleh dibiayai melalui dana zakat.
3. Sumber pembiayaan kos-kos agihan zakat secara manfaat hendaklah diambil berdasarkan kepada dana asnaf tersebut diagihkan.
Sebagai contoh:
(i) Pembinaan asrama anak yatim Baitul Hasanah yang dibina untuk manfaat anak anak yatim fakir miskin dengan menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas asrama tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf fakir dan miskin.
(ii) Pembinaan pusat pelindungan Baitul Iman dan Baitul Ehsan yang dibina dan dibiayai melalui dana asnaf Al-Riqab.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar dan segala keperluan asas pusat perlindungan tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf Al-Riqab.
(iii) Pewujudan Bahagian Pembangunan Insan majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menguruskan hal ehwal dan kebajikan asnaf mualaf.
Segala kos pengurusan operasi, pembelian peralatan keperluan asas, pembayaran emolumen kakitangan, emolumen tenaga pengajar kelas-kelas dan kursus mualaf dan segala keperluan asas bahagian tersebut adalah dibiayai menggunakan dana asnaf mualaf.
Bertarikh 2 Februari 2012
[MAIS/SU/BUU/02/016/171; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]
Sumber: Laman Mufti Selangor
Download: Fatwa Agihan Zakat Dalam Bentuk Manfaat
Monday, 30 January 2012
Selepas sibuk macam-macam
January 30, 2012
Alhamdulillah, banyak hal dah selesai. Paling kritikal ialah semak skrip final exam dua subjek yang saya ajar, iaitu Institusi Kekeluargaan Islam (subjek hot! hot! di USM) dan juga Prinsip dan Sumber Perundangan Islam. Macam biasa, ada lah pelajar yang akan tersenyum dan tak de apa saya boleh katakan pada yang saya tak boleh beri 'markah kesian' :( selain berusahalah lagi dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada lapan orang pelajar USM yang saje-saje ambil subjek Institusi Kekeluargaan Islam sebagai 'persediaan untuk masa hadapan' :)
Selepas sibuk yang macam-macam ni pun sebenarnya tak boleh juga nak berehat. Oh, tiada maknanya rehat kerana ia akan merugikan diri sendiri sebab tiada output. Orang yang paling sibuk ialah orang yang paling banyak memberi manfaat!
Sementara pelajar ijazah pertama bercuti, masuk pula pelajar Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Urrggghhh... siapa yang tak tahu, mereka semua dah bekerja, sudah berkereta. Lihat padang kawad, kawasan parking stadium USM yang minggu lepas USM menang 3 gol huhuuu... dan sekeliling kompleks Restu, Saujana, Tekun. Subhanallah, lautan kereta sangat menyesakkan, oh... sabarlah jiwa dengan kehidupan ini. Sentiasalah berterima kasih kepada Allah kerana telah memberi apa yang hati ni terlalu mudah nak kata "menyusahkan!" Berterima kasih pada Allah kerana memberi susah kerana Dia mahu kita selalu insaf dengan ni'mat yang telah diberi sekian lama.
Wednesday, 16 November 2011
Fatwa Berkaitan Pelaburan Emas
November 16, 2011
Dulu, ramai yang tak ambil kisah tentang pelaburan emas. Masa itu, bagi wanita yang penting ialah menambah emas perhiasan. Asal ada duit sedebuk, memang kira nak tambah koleksi je lah. Tapi oh, saya bukan jenis ni. Teringat almarhum suami yang selalu sebut, "alhamdulillah, dapat isteri yang tak suka pakai barang kemas!" hahahaaa....
Emas pertama yang saya beli sendiri (sendiri tu maksudnya: guna duit pinjaman pelajaran JPA hihiii) ialah masa belajar di Jordan. Kalau tak silap masa tu tahun 2 dan dalam musim sejuk. Ceritanya bermula bila sorang makhluk Iraq dok cuba ngorat saya. Tiap-tiap hari dia dok kacau. Menyampah betul. Jadi, memandangkan tradisi atau budaya (disebut 'urf dalam ilmu usul fiqh) bahawa cincin belah rotan (cincin emas yang tidak berbatu-batu) merupakan lambang seseorang wanita sudah dimiliki atau belum, maka saya naik bas pergi ke al-Karak untuk beli cincin belah rotan. Saya sarungkan di jari manis kanan. Itu maknanya saya sudah bertunang. Kalau disarungkan di jari manis kiri, maknanya saya sudah berkahwin. Nak bagi ganas, saya pinjam cincin belah rotan kawan serumah dan pakai di jari manis kiri. Kemudian, jeng...jeng...jeng... saya pun pergi ke kedai gambar tempat makhluk tu kerja dan tayang-tayang cincin belah rotan di jari manis kiri dan kanan!!! hahahaa saya sudah bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama!
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Social Footer
Follow saya!