Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Pindah website sambil menyambut Ramadhan lah pula

Saya terpaksa pindahkan (sementara???) segala posting saya dalam drhasanah.com ke tempat baru ini, iaitu drhasanah.blogspot.com
Keputusan perit ini terpaksa diambil untuk meringankan kepala saya supaya tak perlu sibuk dengan jaga software & hosting.
Sekarang boleh fokus pada writing.
Sempena hujung Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan selamat beribadat. Pecut amalan mencari laylatul qadar.

Apple Distinguished Educator (ADE) Application

Tahun ini mencuba nasib memohon untuk menyertai program Apple Distinguished  Educator, iaitu program yang dianjurkan oleh Apple Inc. khas untuk pendidik yang passionate dengan dunia teknologi pendidikan. Syarat untuk memohon menjadi ADE tidak banyak. Antara yang utama ialah mahir dengan persekitaran Apple dan kemudian sediakan video 2 minit untuk menceritakan pengalaman kita dalam dunia pendidikan. Berikut ialah video saya.


https://www.youtube.com/watch?v=FP8DqxeKjBA
Dalam video ini saya ceritakan tentang perjalanan saya untuk mewujudkan pembelajaran yang menarik dan mendalam bersama para pelajar terutama dalam dewan kuliah yang besar. Saya kongsikan juga tentang penyelesaian dan inovasi P&P yang saya bangunkan termasuklah kursus Zakat dalam iTunesU. Seterusnya saya tunjukkan beberapa aktiviti perkongsian ilmu mengenai penyelesaian ini bersama pendidik yang lain. Akhir sekali saya tunjukkan anugerah yang diterima hasil usaha yang sebenarnya tidak pun mengharapkan apa-apa anugerah.

Ucaptama di IMETC

Bila tiba cuti sekolah, anak-anak semua menjerit nak balik kampung Tok. Kampung Tok kesayangan mereka tu di Tualang, Pokok Sena, Kedah. Dalam masa yang sama saya menerima jemputan untuk menjadi keynote speaker dalam satu seminar antarabangsan mengenai teknologi pendidikan. Ma Sya Allah... tak pernah terpikir nak sampai tahap ni.

The 3 Rules of Attention

Speak London pula di awal 2017 ni. Klik gambar untuk lihat saiz besar. Boleh gunakan untuk memahami 3 perkara yang perlu ada dalam mendapatkan perhatian. Ia perlu digunakan dalam kelas, dalam pembelajaran online malah dalam marketing.



Mesti ramai tertanya-tanya kenapa blog saya kurang aktif beberapa tempoh kebelakangan ini. Sebenarnya, sepanjang 2016 blog drhasanah.com diduga dengan pelbagai hackers & racun. Jenuh bersilat nak selesaikan satu-satu masalah. Agaknya, inilah sindrom jika blog tiba-tiba mendapat rating tinggi & linkbacks yang banyak iaitu selepas blog ini menang tempat pertama blog terbaik peringkat kebangsaan pada penghujung 2015. Dugaan :(