Skip to main content

Tips IT - Cara mengesan pengguna wifi / internet di rumah anda

Home Wifi Alert

Wah hari ni tulis topik pelik!

Ok, saya terbaca di sebuah blog tentang 'Cara Paling Sempoi Untuk Check Jika WiFi Rumah Anda Dicuri Jiran Anda'. Op mak.... negatif sungguh tajuknya. Tak baik tau tuduh jiran nak curi internet. Bila saya baca keterangan yang ditulis dalam blog itu, nampaknya terlalu complicated.

Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk periksa siapa yang guna wifi rumah kita. Penting juga sebenarnya ya untuk kita sesekali buat pemeriksaan ni. Almaklumlah, semua orang dah ada gajet. Takut juga jika ia disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Caranya ialah:

  1. Masuk dalam Google PlayStore dan cari apps: HOME WIFI ALERT atau yang sewaktu dengannya.

  2. Install

  3. Kemudian 'scan network'


home wifi alert

Itu sahaja!

Hasil scan akan dapat lebih kurang gambar di atas sekali. Klik gambar tersebut untuk lihat dengan lebih jelas. Kalau anda hanya ada 2 gajet, tetapi sampai 10 IP keluar. Baik buat spot check segera. Paling baik tukar password pada router unifi atau streamyx anda tu.

Mudah sahaja kan. Tunggu apa lagi. Bertindak cepat!

Comments