Skip to main content

Dari Satu Learning Management System (LMS) ke Learning Management System yang Lain

Hasanah di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli


Pada bulan Januari & Februari baru-baru ini saya berpeluang terbang ke Universiti Malaysia Kelantan untuk menjadi fasilitator bagi Bengkel Pemantapan Penggunaan iPad dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Lebih kurang macam tu lah nama bengkelnya. Lokasi yang ditetapkan adalah di Pengkalan Chepa dan Jeli. Sasaran kali ini adalah menyiapkan kursus para pensyarah yang terlibat dalam program ini dan diletakkan dalam iTunes U, iaitu satu apps bagi Learning Management System yang dibangunkan oleh Apple. Bagi yang tak biasa dengan iTunes U ni, boleh lah install apps ni dari AppStore ke dalam iPad ataupun iPhone. Saya ulang, ke dalam iPad ataupun iPhone (sahaja!).


Sebelum program, saya dan beberapa rakan perunding dibimbing oleh orang kuat Apple Education iaitu Puan Wan Noraini untuk memastikan bengkel berjalan dengan lancar.




Ok, memandangkan tajuk artikel kali ini adalah tentang Learning Management System, jadi saya nak kongsi kan sedikit tentang makhluk yang dipanggil LMS ni. LMS yang dimaksudkan di sini ialah sistem pembelajaran online. Adik-beradik e-learning lah juga.


10 tahun dahulu...


Tahun 2006 selepas saya selesai menulis tesis Ph.D dan menunggu viva, saya mempunyai saaaangat banyak masa lapang. Lapang la cek ooiii sebab baru habis tarik-tarik rambut nak siapkan tesis sambil kesat air mata. Bukan senang nak siapkan Ph.D. Zaman itu merupakan zaman Yahoo!Group. Dah pupus agaknya Yahoo!Group ni. Almarhum suami saya, Ustaz Rosdi Yusof masa itu mengajar di Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah (sekarang UniKL-MSI). Saya melihat rutin yang dilakukan oleh suami iaitu menghantar khuttoh dirosiyah (proforma) dll iaitu dengan menghantar emel kepada para pelajar melalui Yahoo!Group.


Saya pemalas. Ups! Pemalas?!!!


Pernah tak terbaca kata-kata ini:


"I will always choose a lazy person to do a difficult job because a lazy person will find an easy way to do it".


Kata-kata ini dikatakan dipegang oleh Bill Gates. Ia pada asalnya merupakan hasil kajian yang diterbitkan dalam “Popular Science Monthly” dalam tahun 1920 oleh Frank B. Gilbreth Sr. yang mengkaji pencapaian beberapa golongan pekerja apabila mereka menyelesaikan masalah.


Malas dalam konteks ini perlulah dilihat dari segi positif. Jangan pula awak saja-saja jadi pemalas tunggu tuhan campak rezeki dari langit dan melepek dalam rumah macam sampah! Haram tu!


Lihat semula dalam situasi suami saya yang berulang-ulang hantar emel yang sama kepada kumpulan pelajar yang berbeza setiap semester. Saya mencari jalan, apakah cara mudah (untuk orang yang malas) supaya tidak perlu lakukan perkara yang sama berkali-kali. Maka saya pun search dalam Yahoo! Masa tu zaman Yahoo! je. Google belum glamour hihii.




[caption id="attachment_2461" align="alignright" width="204"]moodle-logo Moodle logo (Source: Moodle.org)[/caption]

Akhirnya saya bertemu dengan sejenis ‘menu alaf baru’ yang dinamakan Moodle. Macam Noodle je bunyinya hihiii. Hasil kajian, saya dapati bahawa Moodle adalah LMS yang terbaik. Ia adalah free open source learning management software. Saya boleh download percuma sahaja. Tetapi saya perlu ada domain & hosting. Maka di situlah bermulanya LMS pertama yang saya install dan setup iaitu di alamat rosdi.net/education. Kalau tak silap masa tu saya install Moodle version 1.6. Saya selalu sebut sebagai Portal e-Learning. Jarang sebut LMS sebab orang tak faham. Dalam masa yang sama saya install dan setup Wordpress untuk blog rosdi.net dan drhasanah.com


Macam tak masuk akal. Hasanah... balik dari negara padang pasir, bidang pengkhususan Pengajian Islam, tiba-tiba jadi webmaster blog & LMS. Baru je masuk mengajar di USM dah ada LMS sendiri. Sedangkan USM pun masa tu takde lagi LMS untuk semua pensyarah. Rupanya langkah si pemalas tidak mudah juga pada mulanya kerana saya dianggp telah ‘meng spoon feeding kan’ para pelajar kerana telah longgok kan berbagai bahan dalam portal e-learning tu. Oh hati, sabar sahaja lah.


Orang nak mengata? Lantak lah. Saya malas nak ambil kisah! (eh yang ni pun malas juga?)


Alhamdulillah, perlahan-lahan, e-learning akhirnya mendapat tempat dalam arus pendidikan. Tetapi trend LMS juga terus berubah.


Sehingga kini, saya terus sukaaaa sangat kat Moodle. Tapi kesibukan kerja dan urus keluarga menyebabkan saya sudah kurang membangunkan portal e-learning saya yang telah dipindahkan ke drhasanah.com/e-learning. USM juga menggunakan Moodle. Saya telah bangunkan kursus yang saya ajar dalam portal e-learning USM yang berasaskan Moodle. Saya akan create backup fail, kemudian restore dalam portal e-learning saya, tetapi saya hide from public :)


Apabila berpindah ke UKM, saya perlu menyesuaikan diri dengan sistem iFolio UKM. Ia menggunakan source code sendiri. Sistem iFolio sangat simple dan mudah digunakan oleh ‘lay-man’. Bagi saya yang sudah bertahun-tahun bermain dengan Moodle memang selalu rindukan Moodle lah sebab Moodle ada sangat banyak feature yang tiada dalam iFolio. Namun, ada juga pro nya, iaitu bagi pensyarah yang baru berjinak-jinak dengan LMS, maka sistem yang tak banyak feature ni bagi mereka sangat user friendly.


Itu baru LMS di peringkat universiti.


Di internet pula ada banyak pilihan LMS yang ada. Antara yang terkenal ialah Schoology, Edmodo, Socrative dan Google Classroom. Yang lain banyak lagi. LMS ini membolehkan kita create course di laman web mereka. Pro dan kon? Hmmm... Sistem lebih stabil kerana diuruskan oleh pasukan software engineers mereka. Feature rich juga. Tetapi pihak universiti tiada kawalan dan tak boleh buat analisis penggunaan. Selain itu, para pelajar juga tidak autoamatik subscribed kepada course yang dibangunkan oleh pensyarah mereka. Hal ini akan menyukarkan P&P.


Global trend sekarang ialah belajar dari open online course dan secara self-pace learning. Maksudnya, belajar dari kursus yang ditawar secara percuma di internet dan dilakukan mengikut ‘suka hati’ pelajar. Istilahnya ialah Massive Open Online Course atau MOOC. Sebut ‘muk’ ya, jangan sebut ‘mu uk’ buruk nau hahaa.


(Pembelajaran self-pace learning juga boleh dicapai melalui Khan Academy dan Ted)


Banyak juga kelebihan MOOC ini berbanding Moodle & iFolio. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih laman web openlearning.com untuk dijadikan platform untuk meletakkan kursus MOOC bagi IPTA di Malaysia. Selain openlearning, ada juga laman web MOOC yang lain seperti Coursera, Udemy, edX, Udacity dll. Saya juga terlibat dengan pembangunan kursus MOOC iaitu bagi kursus Kesepaduan dan Hubungan Etnik (UKM-MOOC) iaitu di alamat https://www.openlearning.com/courses/etnik


course__courses_etnik__course-banner-image-1442198477.74


Pelajar sudah hampir 40,000 orang dengan lebih 200,000 interaction dalam kalangan pelajar! Ini betul-betul global!


Selain laman MOOC yang saya sebut tadi, ada satu lagi laman web MOOC yang saya sangat suka iaitu http://www.craftsy.com/ . Walaupun ia tidak menguwarwarkan istilah MOOC tetapi ia menggunakan konsep yang sama. Sekali masuk dalam craftsy ni, rasa tak nak keluar. Best sangat-sangat! Craftsy sangat fokus. Ia tertumpu pada bidang hobi kraftangan dan jahitan sahaja. Itu pun tak habis subscribe pun. Masuk dalam craftsy akan menyebabkan malas anda akan berkurangan sedikit dan mula lah nak jahit sana jahit sini <3




[caption id="attachment_2464" align="alignleft" width="163"]iTunes U logo (Source: Apple website) iTunes U (Source: Apple.com)[/caption]

Oh ya, balik kepada iTunes U. Ini juga satu trend dalam LMS. iTunes U tak sama dengan iTunes. Jangan keliru ya. iTunes untuk urus lagu & movie. iTunes U untuk belajar. iTunes boleh diinstall dalam PC dll. iTunes U hanya boleh di install dalam iPad dan iPhone. Inilah kelemahan utama iTunes U. Bukan murah iPad tu kak Non oooiiiii.... Namun, jika iTunes U dapat dilaksanakan melalui kewujudan gajet tersebut, ia ada kebaikan juga. Bandingkan dengan MOOC. Kursus MOOC hanya boleh dicapai oleh pelajar jika mereka ada internet yang laju. Realitinya, internet di Malaysia tidak lah laju sangat terutamanya kemudahan wifi di kampus-kampus universiti memanglah termalu-malu selalu. Jadi, bila tiada internet, pelajar tidak boleh belajar melalui MOOC! Ini realiti.


iTunes U dalam iPad/iPhone pula... pelajar perlu juga internet. Mereka boleh pergi ke perpustakaan, kafe atau mana-mana tempat yang ada internet laju. Buka gajet > sync course & download bahan P&P. Kemudian mereka boleh balik ke bilik tidur yang wifi slow & boleh belajar menggunakan gajet tadi. Mereka boleh akses bahan P&P tersebut di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.




[caption id="attachment_2465" align="aligncenter" width="400"]Kursus Zakat dan Masyarakat (Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz) di iTunes U Kursus Zakat dan Masyarakat (Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz) di iTunes U[/caption]

Openlearning yang menjadi platform MOOC Malaysia juga sudah keluarkan apps untuk android & IOS (iPhone apps). Tetapi apps nya bukan seperti apps iTunes U. Kalau tiada internet tetap tak boleh akses kursus dalam apps openlearning. Ada juga platform MOOC lain yang membolehkan kita download course & tonton semula walaupun tiada internet. Coursera berfungsi macam ni. Yang lain saya belum cuba. Tetapi bukan boleh senang-senang nak masuk mengajar dalam Coursera.


Kalau apps openlearning boleh berfungsi seperti Coursera dan iTunes U barulah MOOC Malaysia menjadi lebih hebat kerana pelajar perlukan internet yang laju sekejap sahaja. ‘Learning’ tetap boleh berlaku di 90% dunia yang tiada internet.

Comments

  1. assalamualaikum dr, bogaimanakah saya nak dapatkan dengan lebih detailed cara-cara nak bangunkan moodle dalam kaedah e-pembeljaran

    ReplyDelete

Post a Comment