Soalan Urus Pusaka ke: 9

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 6 May 2015

Soalan Urus Pusaka ke: 9

Nama: citramurni 69

Assalamualaikum

Ayah saya meninggal dunia dan mempunyai seorang isteri, sembilan orang anak (5 perempuan dan 4 lelaki) dan masih mempunyai empat adik beradik (3 perempuan dan 1 lelaki). Adakah adik beradik turut termasuk dalam pembahagian harta pusaka? Secara mudah saya misalkan peninggalan adalah wang berjumlah RM100,000. Bagaimanakah cara pembahagian mengikut faraid? Harap dapat membantu.

IP: 60.51.124.188
Tarikh: 2007-06-05 18:01:49
Emel: soba@yahoo.com

 

Respon Dr. Hasanah

Waalaykumussalam citramurni69,

Undang-undang pusaka Islam memberikan keistimewaan yang besar untuk keluarga terdekat si mati terutamanya anak-anak si mati.

Dalam keadaan ini, anak lelaki ayah citramurni (adik-beradik lelaki citramurni) menghalang adik-beradik ayah daripada mempusakai harta ayah citramurni. Malah, anak lelaki dan anak perempuan mendapat asabah (iaitu baki semua harta selepas ditolak daripada waris yang lain yang tidak terhalang seperti isteri si mati dan ibu bapa si mati).

Oleh yang demikian, sekiranya harta peninggalan si mati ialah RM100,000, maka pembahagian harta adalah seperti berikut:

Isteri si mati --> mendapat 1/8 (kerana si mati mempunyai anak sama ada lelaki atau perempuan)

4 anak lelaki si mati dan 5 anak perempuan si mati --> mendapat asabah (baki harta yang dibahagikan antara lelaki perempuan pada nisbah 1:2)

Penjelasan lanjut:

Baki harta sebanyak 7/8 harta menjadi hak anak-anak si mati. Cara hendak mengiranya ialah;

4 orang anak lelaki, setiap seorang mendapat 2 bahagian = 8 bahagian
5 orang anak perempuan, setiap org mendapat 1 bahagian = 5 bahagian
jadi, jumlah bahagian untuk anak-anak ialah (8+5) =13 bahagian.

Baki harta 7/8 tadi, di kali mengikut kaedah 'gandaan sepunya terbesar':
(1 x 13 = 13 )
(7 x 13 = 91 )
(8 x 13 = 104 )

oleh yang demikian, setiap bahagian menyamai 13/104 harta.

Maka, setiap anak lelaki mendapat dua bahagian, iaitu 26/104 harta manakala setiap anak perempuan mendapat satu bahagian iaitu 13/104 harta.
Bahagian isteri si mati iaitu 1/8 pula menyamai dengan 13/104 harta.

Harap penjelasan ini dapat membantu. Maklumkan kepada saya jika penjelasan ini mengelirukan.

Dr. Hasanah

 

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========


No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage