Skip to main content

Soalan Urus Pusaka ke: 84

Nama: liza

asalamualaikumm..
saya ingin bertanya saya baru berkahwin dengan suami seorang duda kematian isteri dan mempunyai anak satu, dalam usia perkahwinan 3 tahun saya telah dikurniakan 2 anak lelaki . baru-baru ini saya mendapat tahu suami saya telah meletakkan wasiat suami pampasan insuran serta harta atas nama anak lelaki pertama dia. saya bukanlah hendak tamak.saya pernah bertanya tapi tidak pernah mendesak supaya wasiat dilakukan dengan seadilnya supaya saya dan 2 orang anak lelaki saya mendapat hak dalam pembahagian harta supaya masa depan anak-anak saya terbela pada masa akan datang.tapi suami saya sering mengelak untuk membincangkan masalah itu.suami saya menganggap soal wasiat harta perkara yang remeh dan saya tahu sehingga kini dia masih tidak mahu membuat wasiat yang baru.. dan sehingga kini juga saya hanya mendiamkan diri daripada masalah itu kerana risau disalahertikan oleh si suamisaya risau dengan masa depan anak-anak saya.disebabkan semuanya diletakkan diatas nama anak lelaki pertama sisuami.saya bukanlah berniat yang tidak baik tapi saya seorang yang berpandangan jauh dalam soal anak-anak. sekiranya terjadi apa-apa adakah saya berhak menuntut hak untuk anak-anak saya dimahkamah . harap dapat membantu...

IP: 60.52.38.179
Tarikh: 2007-12-05 21:31:12
Emel: chik_1837@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

Comments