Soalan Urus Pusaka ke: 55

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 6 May 2015

Soalan Urus Pusaka ke: 55

Nama: Ahmad Ibrahim

Salam, Saya ingin mengetahui formula pembahagian harta bersandarkan hukum faraid untuk kesemua waris secara keselurahan yang meliputi isteri, anak-anak, ibu bapa?

Isteri berapa (formula)?
anak-anak berapa?
ibu bapa berapa?

sekian wassalam

IP: 219.93.152.2
Tarikh: 2007-11-05 05:37:05
Emel: ahmadis@yahoo.com

 

Respon Dr. Hasanah

Saudara Ahmad Ibrahim,

Sekiranya pewaris2 ini ada, pertamanya, perlu dilihat jika anak-anak itu terdiri daripada anak perempuan sahaja, seorang, dua atau lebih... atau ada juga anak lelaki. Saya belum masukkan lagi topik pembahagian harta untuk anak2 dalam weblog ini. Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan masukkan.

Bagaimanapun, secara ringkas, dalam keadaan di atas, hak yang pasti untuk isteri ialah 1/8 (kerana simati ada anak) dan ibu mendapat 1/6.

Bahagian untuk anak dan bapa boleh berubah bergantung kepada keadaan berikut:

Jika hanya ada anak perempuan, itupun tunggal, maka dia mendapat 1/2 dan bapa mendapat baki harta iaitu 5/24.

Jika hanya ada anak perempuan berjumlah 2 orang atau lebih, mereka mendapat 2/3 (dibahagi sama rata) manakala bapa mendapat 1/6.

Jika ada anak perempuan dan anak lelaki, maka mereka mendapat baki harta dengan nisbah 1:2, manakala bapa mendapat 1/6.

Wallahu a'lam.

IP: 202.170.56.253
Tarikh: 2007-11-07 15:01:50
Emel: uruspusakaanda@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage