Soalan Urus Pusaka ke: 40

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 6 May 2015

Soalan Urus Pusaka ke: 40

Nama: Dr. Hasanah

Saya telah menerima satu emel bertanyakan masalah berikut. Apabila saya reply, saya mendapat permanent 'failure'notice' . Oleh yang demikian, saya masukkan soalan dan jawapan di sini, mudah-mudahan orang yang bertanya akan terbaca mesej ini. Nama penanya telah dipadam sebagai menghormati privasi orang yang bertanya.


xxxxxx wrote:

Assalamualaikum Ust,

Saya xxxx ada nak ajukan beberapa kemusykilan
Ayah saya baru meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, 2 org anak lelaki, 2 org anak perempuan, ibu dan ayah arwah, 3 adik beradik lelaki dan 4 org adik beradik perempuan. Arwah ayah tdk sempat membuat wasiat. saya nak tahu pembahagian faraid siapa yang layak dapat. Arwah meninggalkan tanah, rumah dan duit sbyk RM 50,000 dalam ASB. Jika ayah wasiat kan secara lisan berapa org saksi diperlukan ustaz? dan bgmn cara saya nak uruskan harta ini?

Satu lagi pendapat saya faraid ini perlu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah krn ia amat penting krn masih ramai masy Islam yang tdk mengetahuinya begitu juga diberi ceramah-ceramah diluar.

Wassalam
Harap ust dpt bantu saya
terima kasih


Waalaikumussalam,
Saudari xxx,
Saya akan cuba menjawab secara ringkas persoalan yang ditimbulkan.
Dalam kes saudari, tindakan dan pembahagian mengikut faraid adalah seperti berikut:

Nilaikan semua harta arwah. Selesaikan hutang-piutang sama ada kepada manusia mahupun kepada Allah (zakat, haji dll). Selesaikan semua kos pengebumian jenazah.

Memandangkan tiada wasiat dibuat, maka, akhir sekali, barulah baki harta boleh dibahagikan kepada waris, iaitu seperti berikut:

Isteri ayah - 1/8
Ibu (nenek saudari) - 1/6
Ayah (datuk) - 1/6
2 Anak lelaki & 2 anak perempuan - baki harta

Adik-beradik ayah tidak mendapat bahagian kerana dihijab/dihalang dengan kewujudan anak-anak.

Pecahan yang lebih detail:

Isteri - 18/144
Ibu - 24/144
Ayah - 24/144
2 Anak perempuan - 26/144 (setiap seorang mendapat 13/144)
2 Anak lelaki - 52/144 (setiap seorang mendapat 26/144)

Untuk menguruskan harta ini, ia mengambil masa yang agak panjang dan menuntut kesabaran apatah lagi jika harta yang ditinggalkan melebihi RM600,000, iaitu penyelesaiannya perlu melalui Mahkamah Tinggi dan memerlukan penjamin.

Untuk memudahkan urusan, sila hubungi

Uruspusaka Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur
Tel: 03-4044 0254

Terima kasih & wallahu a'lam

Dr. Hasanah

IP: 218.208.214.156
Tarikh: 2007-10-31 16:32:03
Emel: uruspusakaanda@yahoo.com

===========
Soalan ini pada asalnya ditanya dan dijawab di uruspusaka.com, namun sekarang dikumpulkan di drhasanah.com untuk memudahkan pengurusan.
===========

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage