Skip to main content

Powtoon atau Videoscribe? Apakah pilihan saya untuk membina e-kandungan?

videoscribe-vs-powtoon-animated-video

Sejak dari tahun pertama saya bekerja di USM hinggalah tahun pertama saya bekerja di UKM, e-learning terus menghantui hidup saya. Makin ku lari,makin dikejar. Di USM 6 tahun kalau tak silap saya jadi penyelaras e-learning di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) tapi sebenarnya tak berfungsi sangat pun. Saya lebih pada memberikan training kepada rakan-rakan pensyarah dan memberikan khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan.  Saya juga telah dijemput untuk menyertai team CDAE USM yang dikepalai oleh Prof. Abd. Karim Alias untuk memberikan training Moodle dll kepada pensyarah USM. Nak puji sikit, he is a great leader, sifu & mentor in e-learning despite of his expertise in food technology. Learnt a lot from him.

Sekarang baru je masuk UKM, dah diberikan jawatan yang sama, tapi nampaknya di UKM, jawatan penyelaras e-learning ada kedudukan yang tersendiri, diberikan elaun, parking lot & kerusi khas semasa mesyuarat. Susah hidup saya sebab saya suka sembunyi belakang-belakang hahaaaa (gelak jahat!)

Ok, balik pada tajuk iaitu tentang software Powtoon & Videosribe (keluaran Sparkol). Pertamanya, saya suka kedua-dua software ini. Saya gunakan untuk menyediakan e-kandungan dalam bentuk animated video bagi beberapa tajuk kecil kursus yang saya ajar atau yang dalam bidang pengkhususan saya.

Membandingkan antara powtoon dan videoscribe sebenarnya agak rumit. Powtoon adalah unik. Videoscribe juga unik. Ada beberapa perkara yang boleh dibuat di Powtoon tetapi tidak boleh dilakukan di Videoscribe. Begitulah juga sebaliknya. Ia seumpama membandingkan antara abc dan cendol. Hmmm... sedapnya, yummy! Ups, jangan la biar air liur dok menitik tu! Buruk haih :)

VIDEOSCRIBE

Videoscribe yang saya gunakan ialah dari jenis apps yang diinstall di ipad. Ia boleh dibeli dari Apple Store kalau tak silap dalam USD5. Murah! Saya suka. Namun... saya lebih suka videoscribe desktop version tapi ia mahal. Maka saya hanya dapat suka dan dapat berangan je lah. Saya pernah beli & install videoscribe dari Play Store (bagi pengguna gajet android). Masa itu saya menggunakan Samsung Galaxy S2. Kecil. Sangat lah kecil. Kemudian saya uninstall kerana tiada video animasi yang boleh dibuat dengan gajet yang sangatlah kecil. Upset.

Ada beberapa topik yang saya buat menggunakan videoscribe dan telah diupload di Youtube. Boleh search nama saya dalam Youtube atau klik link ini: https://www.youtube.com/user/hasanah321
Antara video yang saya buat dengan videoscribe ialah seperti berikut:



Saya sangat suka videoscribe kerana ada sangat banyak grafik & background music yang disediakan. Sangat banyak. Bila tengok 'hand to draw' pula rasa suka sangat. Seringkali saya tunjukkan video animasi yang ada 'hand to draw' pada keluarga & rakan, spontan sahaja mereka tanya, "Tu tangan siapa?" Jawab saya, "Tangan saya lah!" hihiii.... gurau-gurau. Kejutan seperti itu menyebabkan orang akan tonton video sehingga habis!

Menggunakan ipad mini, saya rasa agak rumit juga nak siapkan video animasi menggunakan videoscribe sebabnya:

1.kemampuan processor tak padan dengan tugas berat rendering video yang memakan masa.
2.skrin yang kecil dan ikon yang kecil comel serta rapat-rapat tak sepadan dengan jari jemari ku yang terus membesar dengan cemerlang!

Kekangan ini menyebabkan saya terus menyukai videoscribe sambil berangan-angan ada orang yang akan sudi sponsor belikan software videoscribe desktop version. Senang nak buat video production dan tidak terikat dengan masalah skrin kecil serta ia boleh dilakukan tanpa memerlukan capaian internet.

Internet? Aha! Inilah dia Powtoon.

POWTOON

Powtoon juga saya gunakan untuk menghasilkan animated video. Boleh lihat di channel Youtube saya. Saya sukakan Powtoon kerana ia sangat cepat. Saya boleh siapkan video animasi dalam masa kira-kira 30 minit berbanding Videoscribe yang memakan masa berjam-jam. Berikut ialah contoh video animasi menggunakan Powtoon yang saya buat:



Bagaimana boleh siap video animasi cepat sangat dengan Powtoon?
1. Kerana saya menggunakan komputer, bukan ipad berskrin kecil. Saya boleh menaip laju tanpa melihat keyboard.
2. Powtoon adalah template based. Jadi sangat mudah untuk menyiapkan kerja kerana tak perlu think so deeply about what comes next and the next and so on.

Namun, dengan Powtoon, kita kena lebih creative. Jika selalu sangat menggunakan template yang disediakan, maka pastilah membosankan.

Saya pernah memberikan tugasan kerja lapangan kepada pelajar dan meminta mereka menyedikan video animasi bagi melaporkan kajian yang dilakukan. Ramai yang memilih Powtoon. Bila saya mainkan video mereka satu persatu lama-lama terasa bosan kerana lebih kurang sahaja. Ada beberapa kumpulan yang memberikan hasil yang luar biasa dan lain daripada yang lain, tetapi tidak ramai.

Lagi satu, kekurangan Powtoon (walaupun ia juga memberikan kekuatan pada masa yang sama) ialah, software Powtoon adalah online. Kalau tiada internet atau internet lembab, usah bermimpi lah untuk membuat video animasi Powtoon secara online. Lebih baik sapu lantai! Bersih juga rumah.

Powtoon ada menyediakan kemudahan percuma untuk kita sediakan animated video dengan beberapa limitation. Bagi saya itu sudah sangat baik. Namun, Powtoon hanya menyediakan pilihan grafik yang terbatas walaupun bagi paid users. Pilihan muzik juga setakat 10-20 background music sahaja. Mana cukup, sedangkan videoscribe berikan sangat banyak pilihan background music.

Kelebihan software online ialah ia sentiasa up-to-date dan features baru sentiasa ditambah. Namun saya lebih suka software offline kerana capaian internet kadang tak tercapai pun. Kecapaian ke, kecapekan ke, tak tahu lah. Tenggelam timbul je kadang.

POWTOON + VIDEOSCRIBE + BAHASA ARAB?

Yang ini bermasalah. Setakat saya cuba, kedua-dua software/apps ini tidak support tulisan Arab. Ini menyukarkan saya memasukkan teks al-Quran dan Hadis dalam video saya. Saya kena taip dalam software lain seperti Words kemudian buat print screen untuk dimasukkan dalam Powtoon ataupun Videoscribe. Ini menyusahkan dan menambah masa kerja saya. Saya harap pada masa akan datang kedua-dua software ini akan membuat penambahbaikan dalam perkara ini. Kalau ada sesiapa tahu software untuk develop animated video yang support tulisan Arab sila beritahu saya ya.

Sekian dahulu, kalau ada sesiapa nak hadiahkan software Videosribe Desktop Version, sila komen laju-laju ye, hihii :)
Happy e-contenting!

Comments

  1. Hmm...bilala sy nak buat mcm ni.....skang anak asyik x sihat..nk bawak balik kerjapun x best...

    ReplyDelete
  2. As salam puan..saya nak bertanya..mcm mana nak save videoscribe menggunakn free trial

    ReplyDelete
  3. balqis natasha bt norudin11 March 2017 at 08:58

    assalamualaikum puan, saye nak tnye. mcmne nak published videoscibe ke youtube/fb..
    saya dah banyak kali buat tapi tak dapat..
    saye mintak sanggat puan boleh bantu saya.
    saya kne submit videoscribe hari isnin ini.. harap puan dapat membantu..

    ReplyDelete

Post a Comment