Skip to main content

Cara menentukan arah qiblat menggunakan internet dan perisian percuma

Arah qiblat di PPU, UKM

Topik pelik kali ini.

Hari ni nak cerita sikit tentang cara saya mengesahkan arah kiblat dari depan komputer.

Alkisahnya, apabila saya masuk di Pusat Pengajian Umum, UKM, pastilah saya nak tahu, mana arah qiblat di bilik baru ni. Saya guna iphone yang diinstall dengan berbagai perisian kompas qiblat termasuklah daripada JAKIM. Dapatlah arahnya, iaitu serong sedikit.

Untuk pastikan ia betul, maka saya guna step berikut. Anda boleh guna step ini untuk semak arah qiblat masing-masing.

1) Rujuk apps solat JAKIM atau web JAKIM untuk dapatkan berapa darjah sudut qiblat menggunakan kompas dari lokasi anda. Bagi kawasan Kuala Lumpur & Selangor, kedudukannya ialah 292 darjah daripada utara.

2) Download & install 'transparent on screen protractor' percuma. Sila google. (saya gunakan ini: http://sourceforge.net/projects/osprotractor/)

3) Buka website google maps di http://maps.google.com

4) Gunakan on screen protractor di atas google maps. Dapatkan sudut 292 darjah jika anda tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur (rujuk semula sudut kompas bagi kawasan anda). Buat perbandingan dengan masjid utama berhampiran kawasan anda untuk kepastian. Hal ini kerana binaan masjid biasanya dibina dengan sudut arah qiblat yang telah disahkan oleh pihak berkuasa agama.

Itu sahaja.

Seperti yang dijangkakan, analisis ke atas arah qiblat dari bilik saya adalah tidak tepat kerana kompas iphone saya salah. Ia gagal menunjukkan arah utara yang tepat hingga menyebabkan arah qiblat tersasar ke tepi. Walaupun ia menunjukkan sudut 292 darjah, namun kompasnya bukan ke utara tapi entah ke timur laut ke apa.

Elemen besi pada rangka, bumbung dan perabot dalam bilik telah memberi kesan kepada kompas. Nak lihat arah sebenar? Cuba klik gambar di atas.

Jadi, apa lagi, semak-semaklah arah kiblat anda!

Comments

  1. Assalam Dr.....sy baru kematian suami ketika usia bayi saya 16hari Dan saya masih dlm nifas. Bagaimana tempoh iddah saya? Mohon pencerahan....terima masih.

    ReplyDelete
  2. Assalamuakaikum Dr, saya jumpa blog Dr accidentally. Dr, saya seorang freelance web designer yang tidak pernah belajar aliran agama but now sangat berminat! Boleh tak saya jadi student Dr? Saya dah lama cari seorang mu3allimatun :) harap Dr akan contact saya by my email :)

    ReplyDelete
  3. […] Sumber: http://drhasanah.com/2013/cara-menentukan-arah-qiblat-menggunakan-internet-dan-perisian-percuma/ […]

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustazah. Saya baru kehilangan suami selepas 4 bulan kehilangan ibu mertua. Saya dgn arwah suami tinggal satu rumah dgn ayah suami. Selepas kematian suami saya tinggal berdua dgn ayah mertua. Buat masa ni saya mengajak adik perempuan saya menemani saya. Apakah hukum nya jika saya tinggal di rumah lain sekiranya adik saya balik kg? Sedangkan iddah saya blum habis. Mintak pnjelasan. Tq.

    ReplyDelete
  5. Hj Sukiman Bin Sangat16 May 2016 at 08:10

    Assalamualaikum

    Dr, Saya dari Biotek, UIAM Gombak,

    Ada 2 Perkara, 1- Nak TahuARah Kiblat-boleh gunakan kompass atau App Hp,tak perlu kemahiran.

    2- Penentukan ARah Kibat-untuk Masjid, Surau, , Tanah Perkuburan dan Bangunan tetap termasuk rumah-Perlu ada kemahiran.

    Yang Paling mudah menggunakan kaedah bayang matahari-mudah, tepat dan murah.



    Yang Paling mudah

    ReplyDelete

Post a Comment