Musim Panas Pulau Pinang dan Musim Panas Mu'tah, Jordan

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 1 April 2013

Musim Panas Pulau Pinang dan Musim Panas Mu'tah, Jordan

Iguana

Gelisah! Siang gelisah! Malam gelisah!

"Petang pun gelisah mak," kata Ziyad yang dok kat sebelah ni hah. Editor tak bertauliah menyampuk masa mak dok menaip dengan laju hihii. Gelisah apa Ziyad? Gelisah sebab Parlimen tak bubar-bubar lagi ke? kih...kih...kih...

Bermula hujung bulan Mac, ketika kedudukan matahari menghampiri garisan Sartan, memang selalunya kawasan Utara ni akan kepanasan. Masa inilah kawasan belakang rumah saya di Bertam akan kelihatan seperti musim luruh di Sonata, eh... errr... abaikan. Kawasan belakang rumah di Bertam ialah kebun getah. Jadi bila mula musim panas, dedaun akan kering dan terbang berguguran setiap hari dipuput angin lalu. Sungguh indah panoramanya tetapi gersang sekali.

Ketika cuaca panas seperti sekarang, pastinya bil elektrik melambung. Aircond, kipas dan peti ais dikerah bekerja melebihi jangka biasa. Dengan suhu menjangkau 35 darjah celsius, apa sahaja yang ada kuasa penyejuk akan dikerjakan secara maksimum.

September tahun 1993, pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Sham. Antara sahabat sekapal dengan saya ialah Ustazah Hafsah (isteri Ustaz Erwan Johari IKIM.fm) dan Ustaz Hasrizal www.saifulislam.com. Saat itu cuacanya nyaman seperti iklim Mediterranean. Tiga bulan selepas itu, sampailah musim sejuk yang sejuknya hingga ke tulang kering. Suhu 0 darjah celsius adalah perkara biasa dengan angin yang lajunya macam peluru berpandu Scud. Masa itu Perang Teluk baru sahaja tamat.

Di Jordan, bil elektrik melambung pada musim sejuk. Sebabnya, sakhkhanah (water heater) selalu dipasang. Bagi pelajar Malaysia yang menyewa rumah orang-orang kaya yang lengkap dengan pemanas elektrik lagilah tinggi bilnya. Kami di Mu'tah menyewa rumah biasa-biasa sahaja. Hidup dengan sobbah ghaz (tong gas) atau sobbah kaz (minyak gas) sahaja walaupun berbahaya.

Habis musim sejuk yang sesekali bersalji & berhujan batu, datang pula musim bunga yang indah. Ros! Ros! Ros! gila bunga ros dibuatnya! Sebatang pokok ada beratus-ratus bunga ros sebesar tapak tangan. Bercambahlah mat bunga & minah bunga!

Jun 1994, saya menikmati musim panas. Inilah pengalaman yang perlu dimuhasabahkan. Mu'tah ialah kawasan padang pasir. Tetapi ia mengalami empat musim seperti Eropah. Ironinya, musim panas di Mu'tah tidak ada pakej seperti di Eropah mahupun di negeri Pulau Pinang ini.

Percaya atau tidak, kebanyakan rumah di Mu'tah terutamanya rumah muhajirin seperti pelajar Malaysia tidak ada kipas, tidak ada aircond dan tidak ada peti ais. Dengan suhu panas kering pasar pasir yang berdebu, kepanasan ini dilalui setiap hari dengan tenang berserta sakit migrain yang mencucuk-cucuk. Ya, hampir setiap hari saya migrain semasa musim panas kerana tidak tahan dengan panas padang pasir siang malam. Sesekali ponstan lah yang ditelan. Lama kemudian saya tempah cermin mata sun glasses di pekan al-Karak. Glamour lah bila berspek hitam, cewah..... Alhamdulillah, kekerapan migrain berkurang.

Di Pulau Pinang bila panas, kita akan mandi berkali-kali sehari. Percaya atau tidak, di Mu'tah, mana boleh mandi berkali-kali sehari. Mahu mandi dengan apa? Air tiada! Allah... Allah.... Dalam satu minggu hanya boleh mandi dua kali sahaja iaitu pada hari 'air datang'. Air di sana dicatu. Bekalan disalurkan hanya dua kali seminggu. Masa tu bolehlah mandi sepuasnya dan tadah air bertong-tong buat bekalan 3-4 hari hingga air datang lagi beberapa hari kemudian. Kalau simpanan air tinggal sedikit, maka kami akan beli air mineral berbotol-botol buat minum & masak.

Ajaibnya, walaupun jarang mandi, tetapi badan tak lah berbau sangat. Diulangi, tak lah berbau sangat. Maksudnya berbaulah juga hahaha.... kena pandai-pandai lah adjust bau tu. Hakikatnya, cuaca yang kering menyebabkan badan tak berpeluh, sebab tu tak berbau.

Tanpa kipas, tanpa aircond, tanpa peti ais & air yang dicatu ketat di bumi debu & pasir... bersabar dan bersyukurlah dengan sedikit ujian panas yang Allah s.w.t. timpakan buat penduduk Pulau Pinang saat ini yang punya serba-serbi.

"لئن شكرتم لأزيدنكم"
Jika kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan lagi. (Surah Ibrahim: 7)

Alhamdulillah di Mu'tah ada juga buzoh. Hari-hari beli buzoh di kedai Abu Ahmad di bawah rumah sewa kami. Kedai dia ada peti sejuk beku. Apa itu buzoh? Sila teka!

Ops, apa kena mengena gambar iguana kat atas tu? Makhluk Allah pun gelisah juga bila musim panas!

 

1 comment

  1. Salam Dr
    Di sana panas dan kering. Kita tak berpeluh. Sama sprt masa saya di Tucson, Arizona. Panas mencecah 40C-43C tapi tak jadi masalah sebab kita tak berpeluh. Badan pun kurang berbau.
    Di sini panas dan lembab. Pasang aircorn pun peluh meleleh lagi. Kepala naik gatal dan naik pening selalu. Anak2 kecil mula naik ruam satu badan. Tergaru2..kesian..

    TQ for sharing suasana Jordan DR.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage