Masa sibuk selepas masa lapang

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 28 August 2012

Masa sibuk selepas masa lapang



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Cantik makna hadis ni kan. Itulah putaran kehidupan kita.  Sekejap di atas, sekejap di bawah. Sekejap sibuk, sekejap lapang.

Saya menarik nafas panjang. Sangat panjang. Dipendam lama-lama biar oksigen yang melalui bronkius dan bronkiul akan terus tercerap di alveoli. Biar padat oksigen dalam salur darah dan sampai ke sereblum, limbic, cortex dll. Saya menguji kesahihan teori bahawa oksigen boleh menenangkan minda. Sel-sel otak sedang berhubung...


Buat seketika saya memandang pada buku catatan merah yang sentiasa dikelek dalam handbag. To-Do List. A shortlist of a long list. Nampaknya masih banyak yang belum dipotong. Aduh!

Hujung minggu ni pelajar baru USM akan mendaftar masuk. Banyak tasks perlu dibuat. Seminggu lepas tu pelajar senior pula pulang ke gelanggang. Kuliah dah nak mula. Banyak tasks perlu dibuat.

Urusan berkaitan Desasiswa Tekun, kuliah, e-learning, research, penyeliaan, pemeriksaan tesis.....

Masa Lapang Yang Ditinggalkan

Sungguh, gembira sungguh-sungguh tika berada dalam masa lapang yang telah ditinggalkan. Maklumlah, dah dua kali tak beraya kat kampung sendiri. Dapat ziarah pusara mak dan abah. Dapat ziarah saudara mara berkonvoi 7-8 biji kereta. Aidil Adha ada balik tapi tak sama suasananya berbanding Aidil Fitri.



Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin semua



Saya memandang lagi pada buku catatan merah. Ok... ok... kena stop dulu. Kalau tak karang makin tak siap la kerja hihiii...

Mana-mana komen yang tak sempat reply, sabar ye. Insya Allah akan dijawab nanti.

2 comments

  1. Assalamualaikum Hasanah.Kullu 'aamin wa antum bikhair.
    Selamat Hari Raya,maaf zahir batin.wah...happy sungguh bergambar satu family.anak dgn mak ketawa sama pattern.cik abg baru ke kat sebelah tu.
    Biar lah sibuk tapi setiap kesibukan yg dikerjakn itu penuh dgn pahala.daripada lapang yg tidak mendatangkn apa2.

    Salam dari Melbourne,Australia

    ReplyDelete
  2. Waalaykumussalam, rindu ngan kak Edah. Buat apa kat Melbourne? Further study?
    Eh, sebelah tu orang dah tak berapa baru. 2 tahun dah. Baby 1 tahun

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage