Lidah ada bahayanya!

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 4 May 2012

Lidah ada bahayanya!



# Masih dalam mood nak upgrade layout blog ni.... tapi bila la nak siap huhuuu

Menyelongkar artikel dalam komputer, saya terhenti apabila terjumpa artikel bertajuk 'Bahaya Lidah' yang ditulis oleh almarhum suami, Ustaz Rosdi Yusof tetapi nampaknya ia tidak sempat ditulis sepenuhnya.

Saya bersetuju dengan apa yang dinukilkan oleh beliau dari penerangan Imam Ghazali tentang bahaya pada lidah yang sepatutnya lidah itu menjadi rahmat & ni'mat yang sangat hebat. Lidah yang berupa daging leper itu punyai kuasa yang bukan sembarangan. Ni'mat satey, nasi beriyani gam, ayam madu, vanilla chocolate ice blended with topping dll hanya dapat diterjemah oleh otak jika ia tersentuh pada lidah. Bayangkan jika ditebuk perut dan semua tu disalurkan terus melalui paip ke dalam perut! Sedap?

Maka zikirkanlah hati kita seketika tentang ni'mat lidah. Dengannya bukan sahaja aura & hormon boleh up bila minum Ipoh white coffee, malah boleh bertutur dengan petah, boleh bergurindam seloka, boleh men'sumbang'kan lagu dan macam-macam lagi hikmah kejadiannya yang Allah ciptakan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya hatta dalam hal berintim suami isteri.

Maka untuk seketika lagi, muhasabahlah.... buat lah analisis.... di hari ini sahaja, sudah berapa kali kita salah guna lidah? Mengumpat, mencemuh, memfitnah.....

Atau di hari ini sahaja, sudah berapa lama kita biarkan sahaja lidah? Biarkan ianya sunyi tanpa lenggok zikir, tanpa qiraah al-Quran, tanpa 'fazakkir'.... Almaklumlah, dalam dunia facebook, ummat Islam lebih banyak menaip keyboard berbanding bercakap. Gembira Mark Zukerberg. Berterima kasih dia pada kita semua, "oh, thank you for wasting time spending time using facebook!)

Berikut ialah artikel separuh siap yang ditulis oleh almarhum suami. Sambungannya mungkin diamanahkan oleh beliau dalam diam kepada kita semua untuk menggali makna Bahaya Lidah yang sebenarnya.

BAHAYA LIDAH

Lidah atau lisan dalam bahasa Arab merupakan anggota yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kemampuan lidah bukan hanya untuk bertutur, malah ia sangat penting dalam proses pemakanan yang boleh menentukan kelangsungan seseorang untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa disedari juga, lidah boleh membawa bahaya yang sangat besar. Sejarah telah membuktikan bagaimana manusia sanggup berbunuhan kerana kelancangan lidah yang tidak terkawal. Ibarat pepatah Melayu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya”, begitulah juga realiti yang berlaku sejak bermulanya sejarah kemanusiaan. Darah yang tertumpah kerana lancang lidah bersuara, persaudaraan yang terputus kerana bicara lidah yang tidak bertunjangkan kebenaran dan dendam kesumat yang tidak pernah padam kerana tajamnya lidah mengeluarkan kata nista adalah sebahagian daripada fenomena yang berlaku saban hari.

Seorang ahli falsafah Islam terawal yang begitu mengambil berat tentang lidah iaitu Imam al-Ghazali telah membicarakan tentang bahaya lisan apabila membentangkan persoalan akhlak dan budi pekerti dalam bukunya Bimbingan Mu’minin. Belum ada lagi sarjana Islam sebelumnya yang menulis persoalan lidah dengan sedemikian rupa. Lidah yang dilihat daripada perspektif yang negatif ini telah memberi amaran kepada umat Islam tentang satu nikmat yang sangat besar yang jika tidak dijaga dengan sebaiknya boleh menghancurkan bukan sahaja diri pemilik nikmat tersebut, malah turut boleh menghancurkan sebuah negara.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليسكت


Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau berdiam sahaja.

Dalam sebuah hadith yang lain, baginda bersabda:

أخزن لسانك إلا من خير. فإنك بذلك تغلب الشيطان


Maksudnya: Simpanlah lidah kamu kecuali untuk berkata yang baik, sebab dengan demikian itu, engkau dapat mengalahkan godaan syaitan. (Hadith riwayat Thabrani dan Ibn Hibban)

Kedua-dua hadith yang dinyatakan di atas telah pun memberikan penjelasan yang sangat tegas tentang kewajipan umat Islam untuk memelihara lidah daripada berkata perkara yang tidak baik. Sekiranya seseorang tidak mampu untuk berkata tentang perkara yang baik, maka Rasulullah s.a.w. mengunjurkan agar orang itu mendiamkan diri sahaja kerana hal yang demikian adalah lebih selamat untuknya dan orang lain.

Bagi menjelaskan lagi tentang bahaya lidah kepada umat manusia, Imam Ghazali telah menjelaskan beberapa panduan untuk dijadikan rujukan. Menurut beliau, terdapat dua puluh perkara yang perlu diambil berat tentang bahaya lidah ataupun kecelekaan yang boleh dibawa oleh lidah, iaitu:........................... (Tiada sambungan!)

# Ya Allah, ampunilah segala dosa Ustaz Rosdi bin Yusof, letakkan dia bersama golongan yang Engkau muliakan, amiiinnn......

 

10 comments

  1. Boleh copy artikel ni ? ..nak share kat FB...nanti sy letakkan link source...

    ReplyDelete
  2. lidah yang menipu menyebabkan diri tidak dipercayai.

    ReplyDelete
  3. Silakan Abu Jarir. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Mohd Tapaiyudin6 May 2012 at 11:46

    Tak lawa la layout ni... go back to the older... huhu

    ReplyDelete
  5. dulu zaman belajar saya digelar "al-zahidah fil kalam", sekarang bila dah bekerja sebagai pengajar pulak tu, susah nak kekalkan gelaran itu...

    ReplyDelete
  6. nak kongsi leh ke artikel ni

    ReplyDelete
  7. sila...sila... terima kasih kerana dikongsikan

    ReplyDelete
  8. Pengajar secara bawah sedar terlatih untuk bercakap walaupun tak disuruh :p

    ReplyDelete
  9. Yeah! Kalau sengaja menipu memang cari nahas. Tapi ada juga orang yang pelupa, maka lidahnya bercakap yang tidak betul tanpa disedari. Ini masalah yang selalu berlaku. Ada cadangan penyelesaian?

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage