Skip to main content

www.isla.my Sebagai Laman Komuniti Muslim Malaysia: Pengenalan Dan Sambutan Masyarakat



Sudah setahun Islamy dibangunkan. Minggu lepas jumlah ahli berdaftar & sah telah melepasi aras ujian iaitu 2000 keahlian. Alhamdulillah feedback yang diterima sentiasa positif.

Berikut ialah abstrak satu kertas kerja yang pernah dibentangkan tentang Islamy. Kertas kerja ini telah dibentangkan pada tahun 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam satu seminar berkaitan dakwah media baru. Dalam kertas kerja ini, analisis sambutan yang dicerap dari google analytics telah dibentangkan.

"Abstrak: Laman sosial kini menjadi satu trend perhubungan secara maya di seluruh dunia. Antara laman sosial yang terkenal di dunia ialah seperti Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain. Facebook contohnya mempunyai bilangan pengguna sehingga 600 juta ahli dari seluruh dunia dan nilai  syarikat mencecah USD41 billion. Satu persoalan yang harus difikirkan bersama, adakah laman sosial hanya berorientasikan perhubungan kosong antara ahli berdaftar? Atau ia boleh dijadikan sebagai satu platform yang lebih berguna khususnya kepada pengguna Islam. Artikel ini membincangkan satu laman sosial alternatif kepada pengguna khususnya di Malaysia iaitu isla.my atau sebutannya Islamy. Ia dibangunkan oleh seorang pensyarah dalam bidang pengajian Islam iaitu Dr. Hasanah binti Abd Khafidz. Apa yang lebih unik lagi isla.my merupakan laman sosial Islamik yang boleh menjadi satu platform dakwah kepada para penggunanya. Walaupun ia baru mula bertapak di Malaysia, isla.my boleh memainkan peranan yang penting terhadap penyebaran dakwah Islam di Malaysia."

Banyak juga cabaran sepanjang membangunkan laman sosial Muslim ni. Paling berat sekali bila masuk bab nak kena ambil server. Kosnya... uhuk... uhuk...

Ya Allah, bukakanlah jalan...

Sebenarnya pada sambutan mawlid al-rasul tahun ini, laman Islamy telah dinaiktaraf dari beta kepada versi penuh. Banyak ciri baru telah diberikan nilai tambah berbanding versi beta. Semua ahli Islamy gembira dengan perubahan yang dibuat. Bagi saya, paling melegakan ialah versi baru ini loading lebih cepat. Itu sangat penting bagi laman sosial yang mempunyai ahli yang ramai.

Gambar di atas merupakan layout frontpage yang sedikit berbeza berbanding versi lama.

Kalau anda belum berkenalan dengan Islamy, sila lah intai-intai. Mana tahu, dari klik2 terus jatuh ke hati :)

Jangan lupa add saya: http://www.isla.my/hasanah

Comments

  1. Alhamdulillah, islamy Dah mula mendapat sambutan. Mungkin boleh difikirkan versi iPhone d android

    ReplyDelete
  2. Maksudnya sebagai apps ke? Setakat ni takde lagi. Tapi cuba akses Islamy dari mobile, iphone & android, secara automatik akan keluar Islamy versi mobile. Kalau masih nak akses full site walaupun guna gajet tadi pun boleh, hanya tengok kat bahagian bawah versi mobile, klik kat 'full site'.
    Nak test mobile version? klik link ni: http://www.isla.my/mobile

    ReplyDelete
  3. Mohon share,
    Aplikasi Panduan Solat percuma untuk Android!
    Jom kita ramai-ramai download... :) :) :) :D
    Sesuai untuk pembelajaran anak-anak dan adik-adik berkenaan sembahyang.
    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.asyatech.solat

    ReplyDelete
  4. Jika berminat, saya boleh develop isla.my versi Android :)

    ReplyDelete
  5. Islamikapps, menarik sekali. Kami sedang menimbangkan beberapa pilihan.

    ReplyDelete

Post a Comment