Skip to main content

Kadar Zakat Fitrah 1432H atu 2011M dan Cara Bayar Zakat dengan SMS



Berikut ialah maklumat terkini yang diperolehi daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP    ..... sebarkan!

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI-NEGERI DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1432H
1) Wilayah Persekutuan - RM 7.00
2) Selangor - RM 7.00
3) Melaka - RM 6.30
4) N. Sembilan - RM 6.50
5) Pahang - RM 7.00
6) Perak - RM 7.00
7) Pulau Pinang - RM 7.00
8 ) Sabah - RM 7.70
9 ) Sarawak - RM 7.50
10)Kedah - RM 7.00
11)Kelantan - RM 7.60
12)Johor - RM5.00 & RM 7.00
13)Terengganu - RM 5.00 (rendah)
- RM 7.00 (pertengahan)
- RM 8.00 (tinggi)
14)Perlis - RM 6.00

Kadar fidyah di Wilayah Persekutuan bagi tahun ini: RM 1.80 (KADAR OLEH BAITULMAL : RM 1.75)

Disclaimer: Sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk kadar yang paling tepat!

CARA BAYAR ZAKAT DENGAN SMS

Manusia dah sampai ke bulan!
Tiada salah jika umat Islam gunakan teknologi mobile untuk laksanakan perkara rukun Islam. Lihat fatwa berkaitan zakat dengan SMS yang telah diwartakan di Selangor:
Warta Kerajaan Negeri Selangor - Hukum bayar zakat fitrah secara elekronik (seperti SMS)

Contoh cara nak gunakan sistem SMS ni (bagi penduduk Selangor)

1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya

Negeri lain yang boleh guna sistem ini: Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah, Terengganu

Boleh bayar untuk diri sendiri dan tanggungan atau wakil. Resit dan maklumat lanjut:

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/personal/latest/mzakat/

Tarikh akhir bayar guna SMS: 29hb. Ogos 2011.
Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1432 Hijrah sehingga jam 8.00 malam sahaja

Comments

  1. klu byr zakat guna sms ni, so hasil tu masuk utk negeri selagor saja ke? klu negeri lain mcmana. tq

    ReplyDelete
  2. Betul juga ye! Saya orang Selangor, selalu terlupa kat orang negeri lain :)
    Kalau ikut fahaman saya, hanya penduduk negeri yang ada servis bayar zakat fitrah secara sms sahaja boleh guna. Negeri yang belum buat perjanjian persefahaman dengan celcom & maxis tak boleh guna lagi.
    Saya tengok laman web maxis lebih jelas lagi tentang cara bayar guna sms. Cuba hover mouse kat bendera negeri anda, akan keluar arahan tentang cara bayar. Laman web celcom? hmm saya pun tak faham.

    ReplyDelete
  3. Dr. Sy berniat nk guna cara sms ni.. tapi kat penang tkdak lagi ka kemudahan ni?

    ReplyDelete
  4. 1.adakah dijamin duit zakat tu diterima pejabat zakat sebelum habis solat raya?
    2.kalau pengguna postpaid terlewat bayar bil( dimana jumlah zakat dikreditkan) selepas hari raya adakah sah zakat fitrah tu?

    ReplyDelete
  5. syukran ustazah...berguna information ni...

    ReplyDelete

Post a Comment