Skip to main content

Sisi Gelap Mangsa Jenayah Seks Rogol dan Sumbang Mahram





Prihatin dengan derita jiwa yang menyelubungi mangsa rogol dan sumbang mahram telah membuahkan fikrah untuk membuat kajian perbandingan dalam undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kajian perbandingan tentang jenayah rogol dan sumbang mahram ini tersimpan di khazanah Tun Sri Lanang, komputer saya dan juga kotak buku di stor!

Hari ini saya kongsikan sedikit kandungan penulisan tentang perkara ini yang merupakan kajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam yang dikasihi al-marhum suami, ustaz Rosdi Yusof. Sebelum pemergian beliau pada tahun 2007,  beliau hanya sempat menyiapkan draf awal sejumlah 69 halaman yang sebahagiannya merupakan 'sedutan' daripada kajian peringkat Ijazah Sarjana untuk di transformasi menjadi buku. Bertambah dukacita lagi, saya belum dapat menyempurnakan hasrat penerbitan buku tersebut kerana terdapat beberapa isi kandungan yang perlu ditambah, dinilai dan ditulis semula. Sila klik gambar di atas. Tiada satu perkataan pun yang ditambah, dikurang atau diubah. Doakanlah semoga buku ini akan diterbitkan juga suatu masa nanti dengan segala penambahbaikan.

Semoga abang diampunkan segala dosa dan diberikan sebesar-besar rahmat daripada Allah s.w.t. di alam sana. Biar berganti pasangan, namun rindu dan kasih isteri dan anak-anak tidak pernah bertepi. Tiada putus doa kami buat abang. Sesungguhnya masa dan tikanya akan tiba jua untuk kami menuruti abang. Semoga kita akan bertemu jua nanti dalam suasana penuh kebaikan. Bak tutur Hajar, puteri bongsu abang yang tidak sempat abang tatap wajahnya, "kalau Hajar mati, nanti Hajar boleh jumpa ayah... kalau mak mati, nanti mak boleh jumpa ayah..."

اللهم اغفر لرشدي بن يوسف
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه


- mengingati ulangtahun kelahiran abang yang ke 40 esok, 17 Jun 2011 -

Comments

  1. Sangat suka entri ini Dr. Hasanah! Terharu membacanya.... Alf mubarak untuk kelahiran putera baru :)

    ReplyDelete
  2. as salam Dr.
    suami adalah segala-galanya, biarlah kenangan indah yg menjadi teman utk bekalan meneruskan kehidupan..kalaulah terus ditangisi apa yg sudah hilang dan pergi,bagaimana utk kita yg hidup ni akan kuat melangkah meladeni sebuah kehidupan di alam ini yg setiap harinya ujian dtg dan pergi tanpa kesudahan....

    Al-Fatihah utk Almarhum Ust Rosdi dan juga Almarhum Syed Rizaudin-suami tercinta.....

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah merahmati mereka berdua. Kenangan indah sukar dilupakan. Namun, lebih sukar lagi untuk melupakan kesusahan yang dihadapi bersama. Lebih dari itu, kenangan semasa bersusah-susah itulah yang menjadikan nilai perkahwinan begitu bermakna.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr,
    Apa khabar? diharap sihat sejahtera..sy juga kehilangan suami, pada 10.03.2011, hari ni genap 100 hari, rindunya sy pd arwah teramat sgt..seperti Dr. Hassanah sy mengharapkan yg terbaik utk arwah di alam sana dan InsyaAllah sy ingin bersamanya kembali kelak..Hanya doa untuknya semuga dia tenang di sana setenang semasa hayatnya..Al-Fatihah untuk arwah suami kita yg dicintai...

    ReplyDelete
  5. salam ramadan...

    eloklah diterbitkan manuskrip ni, bior jadi buku, kira jariah buat arwah di alam sana...

    ReplyDelete

Post a Comment