Skip to main content

Fatwa Hukum Penggunaan Wang Zakat Asnab Riqab Bagi Mereka Yang Terbelenggu Dengan Masalah Sosial Dalam Menjamin Akidah Umat Islam Agar Kembali Ke Pangkal Jalan




Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 64 No. 7 31hb Mac 2011

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM PENGGUNAAN WANG ZAKAT ASNAB RIQAB BAGI MEREKA YANG
TERBELENGGU DENGAN MASALAH SOSIAL DALAM MENJAMIN AKIDAH
UMAT ISLAM AGAR KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Hukum penggunaan wang zakat asnaf ar-riqab bagi mereka yang terbelenggu dengan masalah sosial dalam menjamin akidah umat Islam agar kembali ke pangkal jalan adalah diharuskan.

Penggunaan wang zakat Asnaf Riqab tersebut adalah berdasarkan mekanisme berikut:

(a) Kriteria

(i) tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain; dan
(ii) seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

(b) Konsep Agihan

(i) pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;
(ii) meringankan bebanan;
(iii) pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka;dan
(iv) usaha memulihkan akhlak dan akidah.

(c) Jenis Bantuan

(i) bantuan pemurnian akidah;
(ii) bantuan pemulihan akhlak; dan
(iii) tabung pembebasan fi ar-riqab

Bertarikh 16 Mac 2011

[MAIS/SU/BUU/02/016/11-3; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]

Sumber: Laman Web Mufti Selangor



Download:
Fatwa Zakat Riqab Bagi Masalah Sosial

Comments

Post a Comment