Laman Sosial Perlu Disekat? Warga USM Sudah Bersedia?

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 10 January 2011

Laman Sosial Perlu Disekat? Warga USM Sudah Bersedia?



Hmmph... Lamanya tak update blog. Sesekali jenguk laman sosial bernama facebook dan kalau tergerak hati, akan jenguk laman sosial bernama twitter. Kadang-kadang rasa tak seronok bila login facebook kerana tak boleh 'appear as invisible' sebagaimana feature yang ada pada yahoo messenger. Maka, bila login facebook, sekejap sahaja akan logout. Twitter pula jarang benar lekat lama sebab tak banyak yang 'perlu' dilihat.

Mmm... macamana agaknya kalau laman sosial ini semua disekat? Disekat dalam erti kata, macam pelaksanaan di sesetengah pejabat & institusi yang halang terus fb, macam err.... USIM (jangan marah ye warga USIM hihii.... ada orang dalam yang beritahu saya!). Kadangkala hairan juga saya kerana ada sahaja pelajar USIM yang add saya walaupun fb disekat. Mereka akses dari mana?


Di USM, internet best. Setakat tak boleh main farmville, ok sangat lah tu sebab masih boleh masuk kebanyakan laman sosial utama dunia. Youtube? Oh, my... setakat ni, tak payah pun tak mengapa kerana server & network tak sedia. Tapi kalau USM nak sediakan bajet untuk naiktaraf lagi bilik server, apa salahnya kan? :) Tapi jangan lupa, fb atau youtube sama sahaja macam pisau. Boleh guna untuk potong buah atau guna untuk potong leher angsa masak di kuali!  (Saya terlibat dengan elearn@ USM, ada sesuatu tentang youtube di USM yang saya tahu. syyy.... rahsia!)

Perlukah laman sosial disekat? Terutamanya di USM? (Ingat tak lagi dulu bila USM cuba halang YM?) Bersediakah warga USM?

Saya serahkan persoalan ini kepada pihak kerajaan dan pembangkang untuk membahaskannya nanti. Tak lama dah. 21 Januari depan di Kampus Kesihatan, USM di Kubang Kerian, Pertandingan Debat Piala Naib Canselor (DPNC) akan membawa usul ini dan beberapa usul yang lain untuk dibahaskan. Debat ala parlimen ini pasti hangat dengan hujah & bidasan kedua-dua belah pihak. Ni pun sebenarnya baru je balik dari jadi hakim untuk Pra DPNC peringkat Desasiswa Tekun. Siap sedia desa-desa lain. Pendebat Tekun kali ini bukan calang-calang! Bersedialah anda semua untuk balik awal! hihii....

Laman Sosial Mesra Muslim

I'm working on this right now! Insya Allah, ia akan muncul (beta) tidak lama lagi. 90% siap. Dah test dan ia stabil. Letih juga 'main' benda ni & melibatkan RM yang banyak. Saya juga perlukan ramai freelancers & sukarelawan pencinta Islam untuk bantu urus laman ini nanti.
Semoga jihad ini boleh dijadikan hadiah untuk umat Islam, menjadi saham akhirat & jadi pusaka untuk anak cucu :), amiin...

Cuma nak minta pandangan semua, apakah anda akan sertai laman sosial yang susah untuk diakses dari handphone & blackberry? Oh.... The web is going mobile!

Sebelum buka riben hadiah, kena buat keputusan dulu!

Kenapa Laman Sosial Mesra Muslim?

Ada banyak persoalan dasar yang bermain di kepala saya. Bagi saya, facebook yang dimiliki oleh Mark Zuckeberg the Jews ('bekas' penggodam komputer) adalah satu cabaran kepada umat Islam termasuklah di Malaysia. Facebook sentiasa dikaitkan dengan pengumpulan data oleh CIA. Selain itu, keuntungan dari pengiklanan dalam facebook juga menjangkau USD1billion. Malah, ramai juga rakyat Malaysia yang beriklan di facebook. Ke manakah keuntungan itu disalurkan? Fikir-fikirlah....

Kita mungkin boleh kata dengan mudah, tidak semua yang datang dari yahudi itu jahat. Kita gunalah setakat mana yang baik-baik je, yang jahat-jahat tu 'biaq pi la depa'. Tapi, apakah semudah itu kita mahu terima semuanya sedangkan 'al-darurah tuqdar biqadiraha'?

Bagi saya, alasan untuk saya bangunkan laman sosial muslim yang boleh diistilahkan sebagai 'Facebook Alternative For Muslim' adalah mudah. Namun, banyak lagi persoalan dasar, prinsip & metod yang menserabutkan kepala. Saya taknak nanti laman sosial itu dikritik kerana dasar yang tidak jelas & pelaksanaan yang tidak betul sebagaimana yang boleh dilihat pada laman sosial muslim lain yang ada sekarang. Err...tu belum masuk bab teknikal seperti software, bugs, server, content dan macam-macam lagi. Aduh!

["Hasanah, kau ni pensyarah pengajian Islam ke, orang IT?" "Whatever...."]

1.25 pagi, esok pagi siang nanti nak kena pergi hospital pula. Ok, selamat malam dunia.

7 comments

  1. windunyer kat Dr.nya blog....
    buka email tetibe nama Dr.pop up dlm email box...cerianyer rase...
    sukar saya nak bagi pendapat tapi "lama dulu" saya ada juga login FB..bila dah dpt ape yg dihajati iaitu "news" dr kengkawan suma zaman "persekolahan" dulu rase dh dipenuhi apa yg dihajati....
    awal2 dulu pun masa arwah masih ada dia melarang keras saya join FB...
    so sekarang ni dr Ramadhan aritu sampai la arini "logout dr FB" n xlogin2 lagi...
    same..xleh invisible so that's y saya logout terus dan hajat nak filter pics2 family n diri sendiri yg agak "xmenepati kehendak syariat" so sampai la arini kesibukan mengatasi segala.....
    so ada pro and con tapi tengok sekarang ni banyak con dr pro nya........

    ReplyDelete
  2. Dr, boleh ‘appear as invisible’. senang jer. click pada chat, cari butang option -- go offline. skrg dah invisible

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alikum w.b.t

    Dr, akhbar Kosmo semalam ada nyatakan bahawa Facebook akan ditutup 15 Mac akan datang. Maklumat selanjutnya boleh baca daripada link ni http://berita-harian-online.com/kecoh-facebook-akan-ditutup-15-mac-depan/

    Bagi saya, bagus juga kalau tutup. Sebab ramai antara kita tak guna facebook tu untuk potong buah atau potong leher angsa. Tapi guna pisau tu untuk kerat leher sendiri. (hu..ganasnya ayat).

    ReplyDelete
  4. Dotnodd, hihii... hari ni baru tahu. Takpe, lepas ni nak invisible terus.
    Radieah, bagus la tutup, boleh semua pindah laman sosial baru ... coming soon!
    Ikin, miss u too. Hari tu tak sempat sembang lama-lama.

    ReplyDelete
  5. Salam dr.lama nau tak dgq citer,sihat ke?Rindu,lama dr mnyepi.. saya sokong klw dr nk bgnkan laman sosial tu dan saya akan joinnya nanti..chaiyyok!!!dr hasanah..=)

    ReplyDelete
  6. Salam, sekadar nak kongsi pandangan..
    Kalau Fb tu diumpakan sebagai pisau, bagaimana pul dengan laman sosial yg saudari baru reka tu...adakah saudari boleh menjamin laman tersebut akan jauh lebih baik dari Fb..ataupun ada pihak2 yg berniat tak baik, menggunakan laman sosial yg saudari reka itu utk seberkan ajaran sesat...bagaimana pula saudari ingin mencegahnya?? apakah pandangan saudari...

    ReplyDelete
  7. Benar 'abd syakur, ia antara beberapa perkara dasar yang telah saya timbangkan. Terima kasih kerana memperingatkan lagi perkara ini.
    Terdapat beberapa kaedah kawalan yang telah dirangka, tetapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum.
    Namun, biasanya people still can beat the system.
    Analoginya seperti kita bina sebuah sekolah agama. Berbagai sistem, undang2 & persekitaran Islamik kita sediakan. Namun, akan tetap ada pelajar, guru, kakitangan dll yang 'nakal'. Perlukah saya huraikan lagi, apakah tindakan yang perlu diambil kepada sebilangan kecil si nakal itu?

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage