Fatwa Hukum Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Pembayaran Elektronik

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 24 December 2010

Fatwa Hukum Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Pembayaran Elektronik


 

Warta Kerajaan Negeri Selangor, Jil. 64,  No. 1

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

HUKUM PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI PEMBAYARAN ELEKTRONIK

i. Hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sama ada secara prabayar atau pascabayar adalah harus ;ii. Hukum menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui Internet, mesin ATM dan e-Debit adalah harus ;

iii. Pihak Celcom hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pascabayar sebagai jaminan bayaran telah diterima ;

iv. Pihak Celcom/bank adalah menjadi wakil kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan kaedah-kaedah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat dilakukan melepasi waktu wajib zakat yang ditetapkan ; dan

v. Disyorkan supaya pihak Celcom/bank mengadakan rundingan secara pentadbiran dengan LZS mengenai penyerahan jumlah wang zakat yang telah terkumpul.

Bertarikh 24 Disember 2010

[MAIS/SU/BUU/02/007/6-1; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]

Sumber: Laman Web Mufti Selangor 



Download:
Fatwa Bayar Zakat Fitrah Secara Online - Selangor

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage