Kenapa iLuvIslam?

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 20 October 2010

Kenapa iLuvIslam?

Dulu, saya pernah menjadi moderator forum iLuvIslam. Tapi sekejap sahaja. Saya 'meletakkan jawatan' bila menerima jawatan Penolong Penggawa di Desasiswa Tekun, USM. Pening juga jadi moderator forum, maklumlah, laman iluvislam sangat aktif dan soalan/perbincangannya kadangkala membelitkan urat kepala.

Apabila saya tidak menjadi moderator, sesekali saya jenguk juga laman itu. Bukan untuk mengawal forum, tetapi untuk menghantar artikel yang terasa tergerak di hati untuk dikongsi di sana. Audien iluvislam memang sangat ramai. Kadangkala saya bingung melihat artikel di blog saya ini mencatat statistik yang jauh lebih rendah berbanding artikel sama yang dimuatkan di iluvislam.

Artikel 'Saya dah tak sanggup hidup' sebagai contoh dibaca sebanyak 9000 kali, artikel 'Sekufu' dan 'Valentine' dibaca sebanyak  6000 kali, manakala artikel terkini iaitu bertajuk 'Ada apa dengan Islam' [tajuk asal: Apa ada pada Islam] telah di share & like dalam facebook sebanyak 2500 kali walaupun ia baru dipaparkan selama 3 hari!

Sesekali rasa terkilan juga kerana adakalanya editor tidak memasukkan maklumat penulis malah hanya memaparkan username saya sahaja iaitu alhasanah, namun, saya masih terus 'menganalisis' tentang apa yang tidak kena di sini mahupun di sana. Saya akan terus menulis dan menganalisis setiap perkembangan termasuklah komen-komen pembaca.

ILuvIslam bagi saya ada tarikan yang tersendiri. Selain mengambil pendekatan sederhana dalam bermazhab, ia juga bijak menarik minat golongan remaja dan golongan muda untuk terus mengunjungi laman tersebut. Persoalan cinta sentiasa mendapat sambutan hangat begitu juga perbincangan tentang pembinaan keluarga. Mungkin ini sebabnya pensyarah munakahat seperti saya sering terpanggil untuk berkongsi rasa di iluvislam.

11 comments

  1. Ater...kenape deme tak letak nama penuh penulis ya? letak le sekali alamat blog ni...kan ke bagus...

    ReplyDelete
  2. Tu yang tak faham. Hak penerbit hanya untuk menerbit, tapi hak penulis, tak boleh dinafikan. Lagipun, bagi saya, penyataan tentang identiti penulis adalah satu bentuk kesediaan memikul tanggungjawab atas apa yang ditulis.
    IluvIslam sedari awal dah nyatakan bahawa semua artikel yang dihantar adalah menjadi hakmilik iluvIslam. Bagi saya, ini tak betul. IluvIslam hanya ada hak menerbit sahaja, bukan hak keseluruhan. Tanpa memberikan penulis sebarang royalti mahupun honorarium ataupun wang lumpsum, tak sesuailah jika hak penuh artikel tu diambil. Moga2 iLuvIslam akan ambil perhatian terhadap perkara ini dan bersedia untuk nilai semula polisi mereka.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan, mohon saya jawab kembali ya berkenaan isu ini,

    (1) pertama, mewakili iluvislam.com, kami mohon maaf dari berkenaan tidak memasukkan maklumat penulis ke dalam artikel tersebut, ini adalah kelemahan pihak kami yang sedang kami atasi..

    [+] untuk makluman, kami sedang dalam proses mengemaskini maklumat-maklumat penulis, penyumbang selari dengan penggunaan laman yang baru.. sebenarnya ada beberapa artikel yang diterbitkan sememangnya kami perolehi maklumat berkenaan penulis dan akan kami masukkan ke dalam artikel tersebut, cthnya: http://bit.ly/Lelaki30, http://bit.ly/DidikAnak, mungkin di pihak editor terlepas pandang perkara ini disebabkan proses ini masih baru lagi kami ketengahkan

    (2) Kedua, maklumat/biodata Penulis, merangkumi ringkasan pengalaman, kelulusan, emel, pautan sosial, nombor telefon, laman web (mana yang berkaitan dalam senarai)

    [+] jika tidak keberatan kami memohon pihak Puan untuk menghantarkan kepada kami maklumat ringkas atau biodata berkenaan Puan untuk kami rekodkan dan masukkan ke dalam artikel kini dan pada masa akan datang. Sila emelkan ke aeyie@iluvislam.com.

    Sekali lagi dari pihak iluvislam.com, kami memohon maaf di atas kekhilafan, dan mohon maaf juga sekiranya penerbitan artikel tersebut ia menjejaskan pihak Puan.

    Semoga ia tidak melemahkan Puan untuk terus menyumbang bersama iluvislam.com, harap maklum.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih aeyie atas balasan. Maaf jika komentar saya membuat iLuvIslam rasa tidak selesa.
    Saya menyokong penuh perkembangan iluvislam. Saya tahu bukan mudah untuk menempuh arus dakwah yang berliku. Namun tanpa memikirkan imbuhan kewangan, iluvislam telah berkorban sebegitu banyak untuk membawa mesej Islam ke seluruh dunia.
    Berkenaan isu yang dibangkitkan. Bagi saya, nama penting, sebagaimana pentingnya sanad hadith yang menjadi asas utama untuk menentukan bahawa sesuatu hadith itu sahih atau palsu. Di blog ini sebagai contoh, saya lebih suka menzahirkan siapa saya, tanpa berselindung sebagai penulis anonymous atau menggunakan nama samaran. Namun, saya menulis bukan kerana nama. Tetapi, menulis nama bagi saya ialah sebagai satu kesediaan memikul tanggungjawab ke atas apa yang ditulis. Falsafah saya, FIKIR SEBELUM TULIS, JANGAN TULIS SEMUA YANG DIFIKIR.

    Saya juga berharap iLuvIslam dapat fikirkan semula polisi bahawa semua artikel yang dihantar akan menjadi hakmilik iluvislam. Biarlah harta intelek penulis menjadi hakmilik penulis, tetapi hak penerbitan sahaja yang diberikan kepada iluvislam. Selalunya inilah yang melemahkan semangat saya untuk hantar artikel di iluvislam kerana ia menghalang terus dari saya menerbitkan semula artikel di tempat lain samada media cetak atau internet. Perkara ini mungkin nampak kecil, tetapi ia ada implikasi undang-undang.

    Terima kasih dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Dr. atas makluman, kami di iluvislam.com sememangnya amat mengalu-alukan respon membina begini kerana banyak perkara yang masih kami perlu pelajari dan perbaiki bagi memantapkan persembahan kami lagi pada masa akan datang...

    Setiap teguran insyaallah akan kami ambil perhatian sebaiknya, cuma kami memohon kepada semua pihak agar tidak mengharapkan perubahan yang terlalu drastik kerana ada faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam usaha ke arah yang lebih baik..

    Mudah-mudahan dengan sokongan dan doa Dr. dan juga seluruh pembaca iluvislam.com dapat memberikan kami lebih lagi semangat untuk menjayakannnya, insyaallah..

    ReplyDelete
  6. tesis pn dr blh dipertmbangkan utk diterbit oleh IKAZ namun perlu dibuat perubahan tesis ke buku sbl dihantar k ikaz..

    ReplyDelete
  7. Salam Dr.,
    Saya rasa, ILI (I Luv Islam) lebih popular dari blog Dr kerana audiens ILI kebanyakannya golongan remaja. Dari yang sekolah menengah sampailah pelajar universiti. Saya juga dulu selalu menyertai forum ILI. Sekarang dah bersara. Jadi silent reader je.

    Beza pula dengan blog Dr. Kebanyakannya pelajar-pelajar universiti dan golongan dewasa yang membaca. Dan kebanyakan pembaca mengenali Dr.

    ReplyDelete
  8. WanNeeza, apa nak rasa-rasanya, memang confirm pun hihii

    ReplyDelete
  9. Nanti nak buat cerita pasal naseebah boleh tak? Pasal derita seorang gadis viva biru yang tak boleh merempit di lebuhraya di langkawi hihii

    ReplyDelete
  10. haaa....boleh2...sy nak cerita yg sensasi...lagi mensasikan..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage