Skip to main content

2.5% tu bukan awak punya



"Wah! Hebat. Berapa gaji sekarang?" tanya saya.
"Bolehlah cukup-cukup makan," x menjawab tersipu-sipu.
"Kenal tak sesiapa yang tak cukup makan?" Saya bertanya lagi.
"Erk... mmm... kenapa ustazah?" Respon terkejut x kepada soalan saya.
"Ye lah, kalau dah mewah begini, mesti banyak dah gaji tu. Tahu tak yang 2.5% gaji tu bukan awak punya?" Saya cuba memerangkap.
"Hisy, apa ni? Ustazah ingat saya curi duit orang ke? Ini semua hasil titik peluh saya," bidas x.

Bagus! Ini baru mukadimah. Puji-puji sikit biar dia terasa dekat dan tersenyum, kemudian hmm.... barulah masuk gear 2!

Sepanjang minggu lalu, banyak masa dihabiskan untuk berbicara tentang zakat. Pada 5 & 6 Oktober 2010, saya dijemput untuk menghadiri Persidangan Kebangsaan Zakat dan Cukai. Dalam persidangan tersebut, Forum Zakat Malaysia telah dilancarkan. Saya agak terlewat sampai ke majlis pelancaran tersebut walaupun berkejar ke lapangan terbang Bayan Lepas seawal 5.40 pagi untuk menaiki kapal terbang MAS pada 6.40 pagi. Dapatlah solat Subuh di lapangan terbang selepas check-in dengan perut yang menyanyi-nyanyi kerana tak sempat sarapan.  Tiba di KLIA, sarapan dulu dengan suami yang jarang-jarang boleh jumpa (uwwaaaa!) kemudian meneruskan perjalanan dengan 'keretapi laju' ke KL Sentral. Di sana, saya terus mengambil teksi ke Hotel Sri Pacific tempat berlangsungnya persidangan.

Dua hari persidangan, berbagai-bagai isu dibangkitkan terutamanya yang saling berkaitan antara zakat dan cukai. Perbincangan sentiasa hangat kerana hadirin adalah pengamal zakat, akauntan, ahli akademik, ulama & pelajar IPT. Pertembungan antara pakar zakat dan pakar cukai seperti ini memang menarik. Dapatlah saya bertemu sahabat-sahabat sezakat yang lain seperti Dr. Patmawati (UM), Dr. Azman (USIM), Tuan Haji Halidan (Zakat Pahang), Tuan Haji Ahmad Shahir (Zakat Selangor), Tuan Haji Abang (Zakat Sarawak), Dr. Ruziah (Selangor) dll. Dalam persidangan ini juga network yang baru dapat dibentuk seperti Puan Zalmah (AIM) dan beberapa akauntan yang err.. lupa pula namanya.

Dalam majlis pelancaran Forum Zakat Malaysia, saya nyaris-nyaris tewas, hihii... Almaklumlah, pada akhir pelancaran, majlis mahu menganugerahkan Tokoh Asnaf Kebangsaan. Rupa-rupanya wanita yang kelihatan begitu sederhana di sebelah saya pagi itu ialah tokoh tersebut. Lagu "Ibu mithali ibu yang sejati... kasih sayangmu kasih yang suci...  pengorbananmu disanjung tinggi..." wanita di sebelah saya mula mengesat air mata dan saya pun... arggh... tidak! tak mau sedeh2. Penerima anugerah itu, Puan Helejah ialah seorang ibu tunggal yang telah diceraikan oleh suaminya lama dulu semasa empat orang anak-anak masih kecil lagi. Biarpun hidup dalam kemiskinan, beliau tidak patah semangat untuk berjuang bagi memperbaiki kehidupan. Dengan bantuan zakat yang diterima setiap bulan serta program Amanah Ikhtiar Malaysia yang diikuti, beliau tabah mengusahakan perniagaan nasi lemak di Telok Panglima Garang, Banting sehingga kini. Rancak perbualan saya dengan beliau, maklumlah, ibu tunggal & bekas ibu tunggal berjumpa, macam-macamlah isu dibincangkan (kecuali: isu 'tak hingin aku kat laki dia!').



Selesai persidangan, saya pulang ke USM untuk menghadapi kesibukan yang lain pula. Ya! Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita dan Majlis Tilawah Al-Quran antara Desasiswa USM pula berlangsung serentak pada 8-10 Oktober 2010. Aduh! Haru juga. Kedua-duanya tidak dapat saya berikan komitmen terbaik. Dalam seminar tersebut saya telah membentangkan kertas kerja yang diringkaskan daripada sebahagian tesis Ph.D saya iaitu kertas kerja yang saya berikan tajuk: Zakat untuk Mualaf: Analisis dari Perspektif Pentafsiran. Bingung juga bila melihat majoriti audien ialah para mualaf, maka saya ringankan sedikit pembentangan dengan tidak menumpukan kepada analisis tetapi lebih menekankan hikmah disebalik pensyariatan zakat tanpa melupakan aspek pentafsiran mualaf itu sendiri.

Kertas kerja tersebut ada dimuatkan dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Dakwah Sauara Kita yang boleh dimuat turun di laman rasmi seminar di http://saudarakita.usm.my .

Apabila termenung teringatkan zakat, secara mikro, 2.5% daripada pendapatan kita yang dikenakan zakat pendapatan adalah sangat sedikit. Tak perlulah risau dengan nilai 2.5% yang tidak ada apa-apa tu, sedangkan kita masih punya 97.5% lagi bahagian 'kek' yang sangat besar untuk dinikmati.

Namun, secara makro:

(2.5% zakat pendapatan + 2.5% zakat perniagaan + segantang zakat fitrah + zakat-zakat yang lain) x seluruh umat Islam di Malaysia = tahun 2008/2009 dana zakat yang telah berjaya dikumpulkan di seluruh Malaysia telah memecah rekod apabila mencapai angka RM1 billion!

Inilah berkat mengeluarkan zakat. Makin dikeluarkan, makin bercambah harta, sesuai dengan maksud zakat itu sendiri iaitu subur.

Sahabat-sahabat pembaca sekelian, didiklah hati untuk ringan mengeluarkan zakat yang hanya 2.5% itu, kerana itu bukan kita punya!

Comments

  1. Salam, Dr hasanah.
    2.5 % itu maksudnya, kita ketepikan setiap kali kita terima gaji setiap bulan,kan. jika suami isteri bekerja, kita campur gaji berdua ke atau kiraan asing?
    Mohon bantuan penjelasan Dr.
    saya pernah tanya seorang ustaz disini,katanya kalau zakat pendapatan ni, tak buat pun takpe. Setakat ni, saya tak ikut cadangan beliau, kami ketepikan juga sebahagian utk zakat cuma jika dapat penerangan lebih lanjut, alhamdulillah.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Dr kongsi bersama artikel ini, saya download kat fb saya untuk disebarkan kepada peserta bahawa hasil yang kita dapat bukanlah kita miliki sepenuhnya. Ingat bahawa 2.5% aqdalah hok orang lain yang diamanahkan pada kita untuk disampaikan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Adilah ada kesedaran untuk membantu mereka yang memerlukan. Di Pulau Pinang ada 3 pilihan kaedah yang diberikan.
    1- gaji tolak pelepasan (lebih kurang dalam borang kira cukai) kemudian darab 2.5%
    2- gaji tolak segala perbelanjaan sebenar kemudian darab 2.5%
    3- gaji terus didarab 2.5%

    Saya nasihatkan rujuk pejabat zakat untuk membuat kiraan yang tepat, kemudian buat potongan gaji. Nanti hujung tahun adilah akan diberikan penyata untuk mudahkan dapat pelepasan cukai
    Shuhmy, terima kasih. Niat kita hanyalah nak pastikan nasib golongan yang memerlukan akan terbela, kerana secara mikro tak banyak yang kita boleh bantu mereka, tapi secara makro, banyak program/projek boleh dibuat untuk fakir, miskin, mualaf, fi sabilillah dll.

    ReplyDelete
  4. salam,
    Dr, saya sekarang baru 1st time dapat gaji kerja jadi R.A kat USM ni. Gaji pun baru dalam 1k. Perlu ke saya keluarkan zakat? tolak perbelanjaan tu maksudnya sewa rumah semua ker? Mcm mana yer?

    ReplyDelete
  5. Ustazah, sy seorg ibu tunggal, perlukah saya keluarkan zakat pendapatan & bolehkan 2.5% saya salurkan kepada tabungan anak2 saya yang merupakan anak2 yatim?

    ReplyDelete
  6. Bersemangat ejoncb! Macam tak cukup nisab je hihii... takpe, banyak-banyakkan sedekah, insya Allah akan berganda-ganda gaji akan datang dan dapat jadi pembayar zakat.
    Puan Zaidah, bergantung pada keadaan. Bukan semua ibu tunggal berikat perut. Yang nyata, anak-anak puan tidak layak terima zakat puan, sebaliknya berhak menerima nafkah. Kalau pendapatan tinggi dan masuk dalam kategori kena bayar zakat pun, ia tak boleh diberikan kepada anak-anak kerana ibunya kaya.

    ReplyDelete
  7. Askm.
    Seronok dan bersahaja Dr. Hasanah tulis artikel ni..
    Saya suka baca. Banyak point yg menjelaskan kedudukan sebenar ttg zakat pndptn ni. TQ.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Saya 'terserempak' dengan laman Dr secara tak sengaja lalu terus 'melamar' agar tulisan Dr di masa hadapan akan terus masuk ke peti surat maya saya. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengetahuan. Moga Dr dirahmati Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  9. sme ler dengan sy... sy pun secara xsengaja terbuka dan terus terpikat... tima ksh doc sudi bkongsi ilmu... mge semua umat dirahmati,,,

    ReplyDelete
  10. siti hajar binti othman26 July 2011 at 03:02

    yer Dr., saya ingin suami yang soleh dan tegas dalam membimbing saya. tetapi suami sekarang yang makin leka dalam menjalani ibadah dan amalan wajib..sunat apatah lagi.. bila ditanya, jawapan diberi nanti ler da tua baru beramal.. sekarang muda nak enjoy dulu.. jom pergi surau ala nanti ler tunggu tarawih.. pelik saya ustazah. macam mana saya nak mengajak suami mengenali Nya. bila saya bkasar kata pula derhaka..

    ReplyDelete
  11. Hajar, erk... ramainya Hajar kat sini! Jangan putus asa daripada rahmat Allah s.w.t. Banyakkan berdoa dan bersabar. Satu petua yang pernah diberikan: setiap kali hendak solat, bentangkan satu sejadah di hadapan khusus untuk si suami. Hajar bentang sejadah kedua dan solat seperti biasa. Berdoalah agar dibuka hati suami untuk mengimamkan solat dan istiqamah. Insya Allah, lama kelamaan suami akan berdiri di sejadah itu dalam keinsafan.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah,
    Walaupun gaji yang diterima tidak seberapa, sebenarnya ia lebih dari cukup jika kita membayar zakat, dan zakat tidak akan menyebabkan kita jatuh muflis, kalau Islam ade zakat, cina dan india ade Charity dan orang putih pon sama.. sesungguhnya zakat adelah kunci rezki. "More u give More u get!"

    ReplyDelete
  13. Salam Puan, saya seorang ibu tunggal. Mempunyai dua orang anak. Mendapat nafkah anak sebulan RM400.00. Berapa kadar bayaran zakat yang perlu saya buat sekiranya gaji saya sebulan RM2,187.41.

    ReplyDelete

Post a Comment