Tazkirah Pertengahan Ramadhan: Haram Haram di bulan Ramadhan

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 25 August 2010

Tazkirah Pertengahan Ramadhan: Haram Haram di bulan Ramadhan





Ramadhan...
Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan daripada api neraka...
Ramadhan 1431H di Malaysia hangat dengan isu haram. Macam-macam yang haram sibuk diperkatakan di sana-sini. Daripada bufet haram, penjualan mercun secara haram hinggalah pembuangan bayi yang pastinya haram juga hukumnya di sisi Islam.

Pegawai JAKIM nampaknya tak boleh duduk senang sepanjang Ramadhan ini. Mungkin sudah rahmat di bulan Ramadhan, umat Islam menjadi begitu sensitif tentang haram atau tak haram makanan yang mahu disumbat penuh-penuh ke dalam perut semasa berbuka.

Hebat Berbuka di Bufet Ramdhan

"Murah tu! Macam-macam ada. Boleh makan puas-puas." Begitu ujar puan xxx bila terpandang iklan bufet Ramadhan pada harga RM50 satu kepala.
"Eh, yang ni lagi ok. Harga mahal sikit, tapi, tengoklah menu dia. Best gila! Abang nak rasa semua!" Tingkah encik xxx yang terkasima dengan harga RM68 satu kepala untuk berpuluh-puluh pilihan menu di hotel 5 bintang kesukaannya.
Jam menunjukkan 10 malam. Ya, 10 malam. En. xxx dan puan xxx masih belum habis berbincang tentang 'program' buka esok.

Oh! Kalau beginilah... bufet Ramadhan yang ada sijil halal pun boleh jatuh haram. Haram kat orang yang bila makan sampai lupa akhirat!

Di satu penjuru alam yang lain...

"Awak masukkan ni... ni... ni... dalam masakan. Mesti pergghhhh punya," arah ketua chef.
"Apa ni?" Tanya chef. Hairan dengan botol kicap yang lain sikit rupa isinya. Cair, tak macam kicap pun!
"Itulah penyedapnya. Kalau tak bubuh tu, alamat masakan sama je lah macam gerai tepi jalan," ujar ketua chef. Berbelok-belok.

Teringat tuan chef pada berita bertarikh 17 Ogos 2010:

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim
PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.
Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Daging babi halal?

Seorang peniaga MLM mendekati saya.

"Dik, belilah perfume ni. Takde alkohol. Boleh guna untuk sembahyang."
"Halal tak?" Tanya saya.
"Eh, kalau takde alkohol mestilah halal," pantas betul cik kak tu menjawab.
"Oh, kalau macam tu, daging babi pun halal lah ye?" Bidas saya dengan lasernya.
"Apa adik ni? Takkanlah daging babi halal pulak?" Cik kak MLM perfume tak puas hati.
"Dah tu, akak yang kata, kalau takde alkohol maka halal la produk tu." Saya mula nak berceramah.
Saya menyambung, "Kak, takde alkohol tak semestinya halal. Takde babi pun, tak semestinya halal. Halal bukan pada alkohol dan babi sahaja. Perfum ni, mungkin takde alkohol, tapi mungkin ada urea, urine, katak, ular dan entah apa-apa lagi."
Ceramah tak habis lagi ni.
"Samalah macam restoran-restoran mewah dan hotel yang hebat-hebat. Tulis kat tepi dinding "No Pork". Itu bukan 'dalil' yang menunjukkan makanan dia halal. Dia cuma tak letak babi, tapi mungkin letak alkohol, tenggiling, ular, lembu tak sembelih, ayam tak cukup syarat halal dan entah apa-apa dalam masakan."
"Kak, sekarang saya nak tanya, perfume ni halal tak?"
"Errr.... takpelah, payah betul nak jual barang ngan dia ni... prung... prang... prung... prang... pot... pet... pot... pet..."

Berakhirlah episod ini dengan muncung-muncung si peniaga MLM dan saya yang masih tak puas hati sebab banyak lagi nak cerita!

"Kak! Nanti dulu. Kak! Dengar ni:
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, Dia tiada akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Rasul. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh". Dan Allah berfirman lagi: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu". Kemudian baginda menyebutkan pula seorang lelaki yang telah berlayar jauh, rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit memohon: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram dan (perutnya) dikenyangkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah mungkin doanya dikabulkan. [Riwayat Muslim]".
"Eh, laa... hilang dah cik kak ni."

Sendiri mau ingat!

Hari ini saya menyemak laman halal JAKIM. Hmm.. berita menarik. Perbahasan yang memualkan di salah satu yahoogroups yang saya sertai telah dicerahkan oleh JAKIM. Isu McD yang dicetuskan oleh seorang ahli yang sangat tidak analitik akhirnya diselesaikan oleh JAKIM. Bukan mahu menyokong McD, tetapi apa yang berlaku adalah tidak adil dan telah menjadi fitnah. Tidak kira kepada sesiapa pun, termasuk McD yang bersifat Amerikana, keadilan hendaklah dilaksanakan. Jika ia haram, maka kita kata haram, tetapi jika ia halal, janganlah kita katakan haram. Fitnah menjatuhkan bisnes orang lain kini seperti sudah menjadi suatu keseronokan pula terutamanya di yahoogroups dan facebook. Berlumba-lumba pula hendak kepohkan cerita panas yang kabur statusnya. Entah betul, entahkan tidak. Boleh ikut suka-suka hati sahaja. Esok kalau terkena kat bisnes sendiri barulah, sendiri mau ingat!

4 comments

  1. Ӏ used to be recommended this web site through my cousin. I'm not sure whether this put up is written via him аs noboⅾy else realize such ѕpecified about my difficulty.

    You're amazing! Thank you!

    ReplyDelete
  2. Pгetty! This has been an extгemely wonderful article.
    Thаnk you for providing this information.

    ReplyDelete
  3. Ꮃow! In tһe end I got a webpage from whеre I can genuinely take helpful facts concerning my study and knowledɡe.

    ReplyDelete
  4. wҺoah this weblog is fantastic i like studying your ρosts.
    Stay up the gгeat work! You recognize, a ⅼot of people are
    һuntіng round for this information, you could aid them ցreatly.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage