Usul Fiqh - ilmu yang dijauhi

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 31 March 2010

Usul Fiqh - ilmu yang dijauhi



Hari ni hari terakhir kuliah HIS 213 iaitu Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Sob... sob... sedih... setiap kali berakhirnya pengajaran saya dalam sesuatu subjek pada sesuatu semester, mesti rasa sedih... uh, sentimental sungguh.

"Sebelum saya akhiri kuliah ini, suka saya nak berpesan kepada para pelajar sekelian supaya dalami dengan bersungguh-sungguh bidang yang kamu ambil sekarang ni. Ada yang bio, ada yang komunikasi, ada yang bidang seni dan macam-macam lagi. Gali dan cari pula segala ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan bidang yang kamu ambil. Kemudian kaji ayat-ayat tersebut, nanti kamu akan bertemu dengan rahsia-rahsia Allah yang tersingkap di sebalik ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut. Kalau kamu bidang bio pokok sebagai contoh,
carilah ayat-ayat berkaitan pokok, alam dsb. Kalau bidang komunikasi, carilah ayat-ayat berkaitan manusia, kemanusiaan interaksi manusia, alam dll. Kaji ayat-ayat ini dan lihat ia dari perspektif saintifik, sosiologi dsb. Kaitkan dengan permasalahan semasa. Gunakalah ilmu yang telah dipelajari dalam HIS 213 ni untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam bidang masing-masing..."

Begitulah seorang pensyarah Pengajian Islam. Itu belum membebel lagi. Baru buat wasiat je tuuu...

Saya melihat wajah-wajah pelajar yang mengambil subjek itu semester ini. Tak ramai. Di mana-mana pun, subjek Sumber Perundangan tidak begitu digemari. Jauh beza dengan subjek Munakahat yang saya ajar juga. Bab kawin-kawin, suke benor deme ni, hihii....Penuh 1 dewan.

Subjek Sumber Perundangan Islam ini yang lebih dikenali sebagai Usul Fiqh memang sarat dengan istilah Arab, kaedah-kaedah yang agak sukar untuk dimengertikan, konsep-konsep yang berbagai, serta contoh-contoh hukum-hakam yang diambil dari pelbagai pandangan fuqaha termasuk fuqaha mu'tabar. Sat cakap pasal Mazhab Syafii, sat pasal mazhab Hanafi, kadang kala mazhab Syiah, mazhab Zohiriyyah juga disebut. Hmmm.... tak ke fenin dibuatnya terutamanya bagi pelajar bukan Syariah, yang tak faham bahasa Arab, yang tak pernah sekolah agama... bla.. bla... maka, dengan itu, semakin ramai menjauhkan diri dari subjek ini. Malah kalau di masjid-masjid dan surau-surau pun, tak ramai ahli jemaah yang sanggup menadah kitab untuk mendalami ilmu ini.

Hakikatnya, subjek Usul Fiqh sangat penting dipelajari oleh semua umat Islam. Bukan belajar surface je, tapi dalami betul-betul. Kerana apa? Kerana ia asas dalam penggubalan undang-undang Islam.

Kalau kita kata undang-undang jalan raya penting, maka pastilah asas-asas, dasar-dasar dan prinsip yang digunakan untuk membuat undang-undang itu lebih penting. Kalau prinsipnya dah huru-hara, maka pastilah kacau bilau jalan raya kita hari ni. Dan kalau asas, dasar dan prinsipnya bagus sekalipun, tapi penggubalnya tak bagus? tak faham asas, dasar dan prinsip tu? Hmm... sama juga, tunggang terbaliklah hukum-hakam yang diputuskan dan huru-haralah jalanraya kita.

Begitulah syariat Islam, di belakangnya ialah ilmu Usul Fiqh. Ilmu itu sangat mantap. Tapi pengguna ilmu itu iaitu umat Islam... adakah faham tentang asas dan prinsip dalam ilmu itu? Tahukah kita selok-beloknya? Dan kalau tahu pun, apakah memadai dengan bergantung kepada 'lesen terbang' untuk mengeluarkan hukum fiqh? Tepuk kepala, tanyalah, "tak sanggup jadi orang berilmu ke?"

9 comments

  1. saya pun sedih...

    ReplyDelete
  2. HIS 213 adalah subjek kegemaran saya antara 4 subjek yg perlu diambil dalam minor pengajian islam..:D

    syukran jazilan (ni je istilah arab yg plg sy terer..kih3..) buat dr.hasanah dan dr.jasni kat atas ni ^ hehe...

    ReplyDelete
  3. Bagus tu ukhtie Hasanah, kena diperingatkan selalu kepada bebudak zaman le ni, idak le deme jadi tukang taklid je (muqallid) yang maleh nak memanfaatkan akal pemberian Allah...

    ReplyDelete
  4. best je belajar subjek usul fiqh..perkara yang berguna dalam kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua. Hanya johari yang kenal maniam, kan... Dr. Jasni, sentimental jugak ye?

    ReplyDelete
  6. salaam yakhtie al-hanunah,
    mubarak 'alaiki 'alal kalimaat al-mutahammisah
    jazakillahu khairan wa khairul jaza'...
    haqiqotan, ajibtu ilaiki bil 'arabiah wa khottuha walaken lam yufarrijha 'ala syasyah...
    ijtahidie wallah ma'aki

    ReplyDelete
  7. Alayki al-salam ya Mama Saneem wa baraka Allah fiki wa ahliki.
    Kayf al-banat wa al-awlad?

    ReplyDelete
  8. Salam, dr boleh tak kalau saya ambik subjek ni sebagai opsyen untuk sem depan?

    ReplyDelete
  9. Eh, boleh sangat.... ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.
    Subjek ni boleh diambil sebagai:
    - minor Pengajian Islam
    - kursus U
    - kursus audit

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage