Skip to main content

Projek baru

[caption id="attachment_789" align="alignnone" width="300" caption="Kek ulangtahun perkahwinan ke-10, kek terakhir yang abang belikan..."]Kek ulangtahun perkahwinan ke-10, kek terakhir yang abang belikan...[/caption]
Allah selamatkan emak!
Allah selamatkan emak!
Allah selamatkan emak kami!
Allah selamatkan emak!
Amiiinnn......

hihii.....

Oklah, taknak nyanyi-nyanyi. Sekarang macam biasa, sibuk kiri kanan depan belakang.
- mengajar
- semak tesis phd
- semak assignment HIS 213
- semak assignment HIS 224
- selia pelajar phd
- selia pelajar master (mix mode hadith)
- update website seminar alamsastera
- develop website seminar saudarakita (Jumaat ni meeting, depa nak tengok web huhuu)
- program kat Tekun pulak
- research entah ke mana (http://drhasanah.com/hs)
- artikel jurnal entah ke mana
- anak cucu lagi
- ni yang dok tarik-tarik baju mak setiap kali mak nak keluar rumah
- ni yang dok jerit-jerit "mak nak ikut" setiap kali mak nak pergi meeting Tekun.
- ni yang homework tak siap, beg sekolah tak kemas
- ni yang gigi tak gosok, rambut tak sikat, baju tak elok, solat tak buat lagi.....
adus

Hmm... takpelah. Hajar, meh main air pasang pagi dengan mak...
Alhamdulillah, lega stress.

Ok... ok... sori merepek sikit. Semenjak BARU TUA ni cakap pun dah selalu tak beghapa nak betoi (ikut slanga orang Kedah).

Sekadar nak cerita sikit. Ni... ada satu rahsia.

Saya tengah dok bangunkan sesuatu. Apa dia? Adalah... Nanti bila dah siap, saya akan bagitau. Sekarang ni baru peringkat 'beta' (ikut slanga IT ye, bukan ikut istana). Ni projek lama. Diilhamkan semenjak Ustaz Rosdi masih ada di depan mata saya lagi. Dialah penyokong kuat projek saya ni. Bila abang meninggal, Allah Akbar... banyak projek terbengkalai. Takpe, nanti saya teruskan juga. Semoga abang akan dapat manfaatnya di alam sana. Mmmm... lama betul projek ni, masih tak siap-siap. Dah berapa tahun? Kenapa jadi macam ni? Er, sila baca semula dari awal :(

Nak hint? Hmm... projek ni berkaitan agama Islam. Ups! Bukan nak ajak buat rusuhan agama. Cuma nak bantu rakan-rakan pendakwah dan umat Islam. Alah, bantu sikit-sikit je. Tak de apa pun... Tunggu dulu ye :)

"Allahumma a'inna..."
"Wa man yattaqi Allah yaj'al lahu makhraja..."

Comments

  1. Slm doc,smga slmt sumenya..insyaallah...ChaiyoKK!!! hehe
    hidup mesti pulun (Stail kedah jgk,hihii)..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum w.b.t

    Dr, ada kerja kosong tak?
    Boleh saya bantu.
    Tapi tak boleh projek yang kena buat ama.
    Coz Dr.Suekainah tengah pohon geran untuk saya.
    Tq.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam dr.dlm kesibukan dr masih mampu "meratah" semangat perjuangan itu...hem let me guess...projek ilmu urus pusaka ker?

    ReplyDelete
  4. Hai projek mende le tu gamaknya...projek menolong ibu tunggal ke? Saya ada banyak kisah menarik mengenai mereka di LZS ni, insya-Allah nanti nak keluarkan buku himpunan kisah-kisah ni, nak bagi taju apa le agaknya...

    ReplyDelete
  5. Sori lambat reply. Tapai salah, 1-0 hihii... Us Hamizul masukkan cerita saya ke? Ibu tunggal pembayar zakat hihiii... alhamdulillah... Boh la tajuk buku, 'Di mana al-hasanah? (Kisah benar ibu tunggal)' :)
    Radieah, keje banyak, tapi bajet takde laaa. Ckin, projek uruspusaka kena simpan dalam poket dulu. Marhamah, hang Kedah piawww noooo

    ReplyDelete

Post a Comment