Skip to main content

Mari kita tengok siapa yang kena

Hah!!!????

The first ever Grand Livina in USM telah dicalari sob...sob... Kena lagi. Tarikh 02022010 yang mengerikan. Entah berapa kali lah orang langgar saya. Kenapa suka sangat kat Livina? Masuk kali ni rasanya dah 4 kali kereta tu kena skkkrrrrreeeeetttcchhhhhh...... dan 2 kali kena tttuuummmmm..... Arrrrgggggghhhhhhhhh!!! Berbekas sepenjuru kereta. Berbekas lagi hatiku iniiii.Kalau campur kereta Merc dan Waja dulu, hmmm... 8 kali dah lah terkena. Hairannya, dari 8 kes tu, 7 kes orang Melayu Islam yang buat. Aduhai ummat, kenapa????

Kita suka mengutuk kaum Cina bawa kereta laju macam pelesit (walaupun tak pernah tengok pun pelesit tu macamana gayanya kalau bawa kereta!), tapi yang banyak berlaku, orang Melayu kita juga yang sondol-menyondol sana-sini. Bukankah orang Islam berpegang pada tuhan itu ada. Tuhan Maha Melihat. Tuhan Maha Mengetahui. Walau tuhan umat Islam tidak letak signboard 'Awas anda sedang diperhatikan', tetapi Dia tetap terus memerhatikan.

Allah, tuhan umat Islam. Dia juga tuhan sekelian alam dan segala umat manusia dulu, kini dan selamanya. Tidak kira sama ada manusia itu beragama Islam, Buddha atau Kristian, Allah tetap tuhan semuanya. Namun sebahagian manusia tidak mahu mengaku bahawa Allah itu tuhan mereka yang wajib diikuti, dipercayai dan ditaati. Allah itu tuhan yang satu. Tidak Dia tiga dalam satu atau satu dalam tiga. Dia adalah Dia. Hanya satu. Kalau dikatakan tuhan itu tiga dalam satu, satu dalam tiga maka itu bukanlah Allah.

Adam, Musa (dikenali juga sebagai Moses) dan Isa (Jesus kah?) ... mereka ini tunduk, patuh, taat dan beriman kepada Allah, tuhan yang satu.

Allah yang Maha Berkuasa nampak....
Nampak kalau kita bawa kereta tidak berhati-hati...
Nampak kalau cuainya kita menyebabkan Livina sapa-sapa tercalar... lagi...... dan lagi........

Pakcik... pakcik... aduh... nape gini???

~~ dicatatkan dalam keadaan dah malas nak ambil kisah kereta berseri ataupun tidak uwwaaaa..... ~~

Comments

  1. salam drhasanah,sabaq nae...masa nk jadi la tu, patut nampk kemik ja keta Livina PHR...tu masa trn bas kt Sk,takpa ketuk kat kedai blk, inshaAllah cantik semula la..=)

    ReplyDelete
  2. salam ukhtie hasanah, ana ingat le kan, enti ni masa bawak keta kena banyak berzikir...insya-allah selamat...jika malas nak zikir, pasang lagu nasyid atau radio ikim.fm pun jadi le...pas tu kan, masa nak parking tu kena cari tempat yang selamat...jangan yang sempit2...tapi kalu dah nak kena juge...apa nak buat

    p/s: teringat gi kenduri pak sedara kat senawang...calor Ipsum ana...salah sendiri le, parking di laluan sempit...

    ReplyDelete
  3. uwaaaaaaaaaaaa........i tumpang sedih untuk u.... sabar ye... xpa..semoga Allah mudahkan urusan mengetuk kereta... ni mesti sbb i xdak kat tempat kejadian..
    kalo i ade..mesti x jd...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. salam Dr. hasanah. terlepas ceramah 'mahar dia' mlm ni,
    xdpt denga..huhu

    ReplyDelete
  5. salam dr..bintubahariyah dah mai..best bergandingan dgn dr dalam forum baru ni. lawak la dr ni..suke2!

    erm, livina tu jarang org jumpa, bab tu org suka nak p ketuk sana sini.. cuba dr siram dengan air yasin ka, iA moga terselamat keta tu dan kita yg di dalamnya..

    ~gayah

    ReplyDelete
  6. Iieey... Marhamah, jangan tulis nombor plat tu kat sini, karang ada yang guna buat tikam menikam pulak.
    Us. Hamizul, mmm.... ye lah... kadang zikir tu cuma di bibir tapi tidak di hati.
    ~ IKIM.fm fan club member ~
    Naseebah, nasib baik u takde, kalau ada, mesti dengan u sekali kena.
    Akma, hihiii... penuh DKG31. Dahsyat juga student kita ni. Bab al-kahwin excited je.
    Gayah, amboi, lawak hang nooo... Loghat Kedah sikit pun tak mau ghettiyaq buang....

    ReplyDelete
  7. Ya ampunnnn!!!,baek doc,ngak ulang lagik..hihi, InshaAllah, ngak ada pa2 punya..klw ada yg dkt dgn keta doc akan saya kerja inn..pastinya beres..hihi..(tiba2 rasa dok kt Jawo)

    ReplyDelete
  8. Kesiannya..kena ada perlindungan tu

    ReplyDelete
  9. Waduh...waduh... udah jadi indon si Marhamah ini. Bicaranya bukan lagi Jawa.
    Suhairi, perlindungan apa tu? insuran? hihii

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum...

    Lama tak menjenguk web ni.
    Apapun PHR = Pakai Hingga Rosak... Sepupu saya yang cakap bukan saya yang ckp.

    Semoga berbahagia selalu. Walaupun Livina telah tercalar, terguris, terkemek...

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. kereta tercalar ok gak doc, tapi bila hati kena calar parah maaa...pikir2 kan lah....

    ReplyDelete
  12. salam, maaf kerana tak de kena mengena dngn entri ni pun. tp just nk tanya macam mana nak contact dr ye???

    ReplyDelete

Post a Comment