Pertunangan - peluang untuk memilih jodoh

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 14 January 2010

Pertunangan - peluang untuk memilih jodoh

Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii...
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak 'diperkenan' oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr.... sabaaarrr..... "Inna Allah ma'a al-sabirin"
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.


Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu 'gambar' kambing.

Hmm... sebenarnya ada sebab lain kenapa lama saya tidak menulis, pertamanya kerana komputer di rumah rosak berbulan-bulan lamanya dan menambah tragis, celcom broadband yang saya langgan pula telah saya terminate kerana kuciwa dengan suhu lembabnya :(

Kembali kepada pendirian saya dalam penulisan:
"Fikir sebelum tulis,
Jangan ditulis semua yang difikir"

Makanya, hari ni tiadalah saya mahu mensia-siakan masa saudara. Sekadar ingin berkongsi ilmu munakahat berkaitan pertunangan, iaitu tajuk yang sangat penting di mana terangkum di dalamnya proses penting dalam penentuan kebahagiaan rumahtangga iaitu bagaimana caranya memilih pasangan hidup. Semoga dapat dimanfaatkan. Klik pada gambar di bawah:

Pertunangan menurut Islam
Amaran: [dengan bahasa tidak manis] Jangan ubahsuai fail berkenaan dan kemudian mengaku itu hasil kerja anda, ia perbuatan yang sangat memalukan :(
Jangan marah yeee....karang kena jual! (nasib baik pasar Baghdad tempat lelong hamba dah takde dan ebay pun mengharamkan penjualan manusia hihiii...)

6 comments

  1. Salam ukhtie Hasanah, wah-wah...lama bebeno beruzlahnya, ingatkan dah tak nak update cerita baharu. Sebut fasal bertunang, ana cadangkan sapa-sapa yang berkenaan boleh tonton filem Ketika Cinta Bertasbih, ada beberapa pengajaran yang bakal diperolehi mengenai amalan bertunang ini, antaranya:

    1. Khitbah itu boleh dilakukan atas wakil ibu bapa
    2. Makruh mendahulukan orang lain dalam bab meminang jika diri sendiri sebenarnya lebih berkehendak kepada orang yang sama
    3. Seorang wanita yang belum pernah menikah maka wali berhak menanyakan kepadanya dahulu siapakah yang lebih layak menjadi calon suaminya (jika ada lebih daripada dua orang calon)
    4. Haram memintas pertunangan orang - yakni meminang orang yang sudah dipinang

    Hmmm...ana tengah nunggu DVD ke-2 filem berkenaan yang baharu sahaja ditayangkan lewat September 2009 lalu...dan ana cadangkan, tontonilah ia...memang Membangunkan Jiwa, insya-Allah!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ustaz Hamizul, nanti saya cari juga cerita tu, nak tengok sebab ramai yang kata bessz (hihii ketinggalan zaman betul saya ni.)
    Hari ni saya mengajar Munakahat tajuk pilih jodoh, tu yang adjust2 sikit dan upload ppt di sini.
    Bagi saya pilih jodoh kena betul2, tak boleh main redah je. Paling penting, istikharah.
    Dan sangat penting juga, jaga diri masa dalam tempoh bertunang. Jangan galak sangat sebab setan dok jampi kiri kanan siang malam tuuu!

    ReplyDelete
  3. Dr hasanah, foto enti ada kat blog saya...kat keratan akhbar fasal zakat al-mustaghallat...pi la jengok... :)

    Tang filem tu, saya tengah dok tahan sabo nak nengak sekuelnye...insya-Allah penghujung Jan 2010 ni kawan sepejabat zaujah nak balik Indonesia, boleh le kirim...

    ReplyDelete
  4. erk... nasib baik gambar blur jeee hihii

    ReplyDelete
  5. Blur je le...kalu beso, kalah tuan punye blog...ha...ha...

    ReplyDelete
  6. ustazah,mohon izin,tampal artikel berkaitan sekufu....saya link kan artikel tuh ke blog ustazah....

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage