Hajar - mengenang 2 tahun kehadirannya

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Monday 18 January 2010

Hajar - mengenang 2 tahun kehadirannya

[caption id="attachment_758" align="alignnone" width="300" caption="Terlalu manis senyuman Hajar yang berlesung pipit di pipi kanan"]Terlalu manis senyuman Hajar yang berlesung pipit di pipi kanan[/caption]
Hari jadi Hajar dah dekat. Lagi 2 minggu. Terkenang 2 tahun dulu. Saat sendirian membawa hajar ke mana sahaja di dalam rahim ini. Dugaan Allah s.w.t. datang menguji hamba-Nya. 42 hari berpantang iddah kematian suami akhirnya terhenti apabila Hajar selamat dilahirkan. Getir yang tidak dapat dilupakan. Mengutip semangat Maryam melahirkan Nabi Isa. Meminjam semangat Hajar melahirkan Nabi Ismail. Wanita-wanita ini lebih besar ujian yang dipikul. Maka seharusnya daku juga menjadi kuat kerana ujian Allah s.w.t. untukku tidak setanding mereka.

Buat sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar yang sering keluh kesah mendepani dugaan. Sabar dan kuatkan diri. Semua orang Tuhan uji. Semua orang Tuhan duga. Ujian tuhan ada hikmahnya. Akal manusia tiada daya menduga.

16 comments

  1. comelnya hajar...macam teacher dia kan???kan ???kan??? baik ngaku....

    ReplyDelete
  2. mak aiiii....comeynya hajar...ada lesung pipit,mcm saya..hihii.., Dr.best bangat bljq munakahat..hihi...tmbh dgn lawak2 spontan yg Dr buat..

    ReplyDelete
  3. salam dr.saya baru kehilangan suami tercinta 12.01.2010....saya ingin berbual dgn Dr jika ada kesudian....tlg sms ke HP saya 012-4099156
    salam ukwah....

    ReplyDelete
  4. Sedih le pulak...sabor yeop...kata sultan perak kelmarin dulu-dulu kat MB Nizar...Innallaha ma'as sobirin...

    ReplyDelete
  5. Setiap manusia ada dugaan yang diberi oleh Allah S.W.T. hendaklah kita ingat dunia adalah sementara akhirat kekal abadi. anggaplah ia satu dugaan dari Allah S.w.T.
    Banyaklah berdoa kepada Allah serta berzikir menenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah hebatnya ujian kepada dr..pastinya tinggi tahap keimananannya..Allah menguji mengikut kemampuan iman seseorang.saya sbagai insan yang masih lemah sangat kagum dan menjadikan semangat dr sbagai kekuatan pada diri saya.apa yangg ditulis pastinya tidak sehebat dengan apa yg sebenar dilalui..saya berdoa kerahmatan dr Allah kpd dr sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. aduss...sedih sy baca...teringat balik rakan seperjuangan...kuatkan semangat sebagai muslimah sejati

    ReplyDelete
  8. Memang comel la Naseebah... eh, maksud saya, Hajar tu memang comel la wahai Naseebah hihii...
    Marhamah, bestkan munakahat? Harap2 takde yang mengulang sebab best sangat :)
    Norasikin, saya percaya Ikin boleh lalui dengan tabah. Walaupun suara Ikin hari tu masih sayu, tapi Insya Allah masa akan mengubah. Ingat selalu 'Fa inna ma'al usri yusra'.
    Us. Hamizul, hari ni MB Perak....
    Tn. Hj. Shukor, terima kasih atas ingatan.
    Nisa, ujian untuk orang lain lebih berat lagi. Maka dengan itu, kita kena sentiasa kuat dan membantu menguatkan semangat orang lain yang sedang dalam kesusahan.
    Us. Fadhlul, terima kasih kerana masih menjalin silaturrahim. Taqdir kami boleh sampai ke Kulim dulu pun atas peranan ustaz juga. Ala kulli hal, jazakumullah khayr al-jaza'

    ReplyDelete
  9. salam maaf...walaupun Ustaz Rosdi dah pi hampir 2 tahun, saya x dapat contact allahyarham ataupun anti....salam takziah. jgn sedih ya.patah tumbuh hilang berganti...kenal ya saya? budak kpm kat mutah univiersiti....satu batch...lughah...

    ReplyDelete
  10. Waalaykumussalam Saiful Nizam. Maaf, kat Mu'tah dulu ada beberapa Nizam. Rasanya macam ingat lagi, tinggi - kurus... Nizam pegawai zakat (ups!) saya ingat lah.
    2 tahun terasa sangat singkat. Tak sedar tau-tau Hajar dah pun sambut hari jadi ke-2, dah pandai komplen dan minta macam2.

    ReplyDelete
  11. Salam Dr., Su juga seperti Dr. su kehilangan suami selepas setahun 2bln kami kawin, dan dlm ms yg sama, su tgh sarat mengandung 7bln ank sulung kami....Hanya Allah yg Maha Mengetahui, betapa hebatnya dugaan,Dan sekarang Muhammad Adam Iman telah lahir didunia tanpa mengenali siapa ayahnya. Kdg2 su seperti hilang arah, hg kekuatan dan masih mencari jln, mencari jwpn knp ni semua berlaku pd kami...

    ReplyDelete
  12. Hidup penuh dugaan ,untuk mendidik diri dan anak agar lebih tabah mengharungi kehidupan.

    ReplyDelete
  13. Su, kuatkan semangat ye Su. Anak dalam perut tu perlukan semangat ibu. Jaga diri elok2. Jangan terlalu bersedih takut turut beri kesan pada sikap dan kesihatan anak untuk jangka pajang.
    Din, terima kasih. Kat blog saya penuh dengan rintihan insan yang kehilangan kasih-sayang...

    ReplyDelete
  14. salam..dr hasanah..entah kenapa setelah terbaca luahan dlm blog ni...menitis airmata ini...setelah berapa lama saya kuatkan hati tuk tidak menangis lagi...melihat ketabahan puan dan wanita2 yang lain..memberi saya kekuatan jua untuk menhadapi ujian dan dugaannya...yang sebelum ini tidak mampu menerima dugaan ini...saya muhasabahkan diri..lebih berat lagi dugaan yang orang lain pikul berbanding diri ini..dan saya harus kuat..

    ReplyDelete
  15. Salam Dr.. Saya telah kehilangan suami 01.02.2010 yg lalu, rasa mcm x percaya dia dh xde tp saya redha dia dipanggil penciptanya kerana saya tau dia hanya pinjaman utk saya. saya kena kuat demi anak2 saya yg sama merindui ayah mereka, muhammad hazim 4thn (02.07.2010) & Izzat Hazmy 2 thn (02.11.2010).. moga saya tabah hadapi sume dugaan demi utk membesarkan 2 hero saya tu..

    ReplyDelete
  16. salam dr.,sy br terjumpa blog dr. ni, sgt menarik..penuh dgn ilmu. dan yg menjadi lg tertariknya sbb komen2 pengunjung hampir sm, dr ibu2 tunggal..dan sy jg ibu tunggal yg kehilangan suami 1thn,4bln,3mggu 2 hr yg lalu..msh kuat m'ingti peristiwa bersejarah tu..alhmdllh, Allah izinkn berjumpa dgn ramai shbt2 senasib w/pn di alam maya,mencari kekuatan diri..arwah suami meninggal setelah 2 jam anak sy dilahirkan..alhmdllh, sekurang2nya arwh smpt menatap anak keduanya..(yg sulung jg meninggal ketika dilahirkan)..dan nmpknya dr. sedang brbahagia dgn pengganti..smg kebahagian terus menyinari hidup dr, dunia dan akhirat..ramadhan kareem..

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage