Skip to main content

Saya dah tak sanggup hidup - Aduh, mudahnya menjadi manusia

"Pisau kat bawah bantal hari tu, untuk apa?" Saya mula memberi tekanan.
Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain.
pisau-2

"Nak buat apa dengan pisau tu?" Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari lalu. Jam 2.40 pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelajar mahu mencederakan diri. Mujurlah ketika itu dia sudah terlalu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Tindakan segera telah diambil. Namun, spot check di biliknya menemukan saya dengan sebilah pisau 'tolak' (pisau pemotong kertas) yang matanya sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Hairannya, pisau itu diletakkan betul-betul di sebelah surah Yasin!
"Saya dah tak sanggup hidup," jelas Ema. Suaranya berselang-seli esak hiba.
"Kalau macam tu, kenapa tak teruskan je? Teruskan je lah niat ema tu!" Suara saya makin meninggi.
"Teruskan je niat Ema tu!" tekanan demi tekanan saya berikan.

Saya tak takut kerana pisau itu telah pun saya rampas! Saya rasa perlu untuk menasihat Ema dengan memberi tekanan sementelahan nasihat lembut berhemah tidak dapat mengubat kesedihannya.
Tangisan Ema semakin kuat. Akhirnya saya merendahkan suara. Saya sedarkan dia bahawa dia masih mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar. Masih ingat pada mak. Masih ingat pada ayah. Masih ingat pada diri sendiri. Masih ingat pada Allah tuhan yang memiliki diri itu.
Ema hanya ditinggalkan kekasih. Sedangkan Ema masih setahun jagung di menara gading. Ada banyak perkara lain yang perlu menjadi keutamaan. Untuk apa ditangisi seorang lelaki yang tidak setia, yang sanggup meninggalkan Ema... Biarkan sahaja dia pergi. Pasti ada hikmahnya. Apa yang jelas, dia bukanlah lelaki terbaik untuk Ema.

"Ema, pandang mata saya," pinta saya.
Ema terus tunduk. Tangisan sudah tidak kedengaran.
"Pandang mata saya, Ema." Saya terus mengarah.
Saya angkat dagu Ema. Dia tetap enggan melihat mata saya.
"Pandang mata saya" Saya terus meminta.
Perlahan-lahan Ema membuka matanya. Merah dan sembab.
"Ema nampak tak anak-anak lima orang kat bawah tu. Kecil-kecil lagi. Ema tahu tak yang diorang tu anak yatim." akhirnya apa yang saya tak suka sebut mula meniti bibir. Saya kawal perasaan.

"Ema, awak cuma hilang kekasih. Itu adalah ujian Allah. Tapi, ujian tu tak setanding dengan ujian yang Allah berikan pada orang lain. Setiap kali kita diberikan ujian, kena ingat bahawa ujian kat atas orang lain lebih berat lagi. Kita kena sabar... Sabar banyak-banyak..."
Saya terus merenung mata Ema. Beban di bahu dan beban di hati saya hanya Allah yang tahu.

"Ema hilang kekasih, tapi Ema masih ada emak ayah. Saya dah takde emak ayah. Ema tahu tak, suami saya meninggal masa saya tengah sarat mengandung lapan bulan. Mengandung lapan bulan, Ema... Dengan perut besar, anak-anak yang lain masih kecil-kecil. Masih mahu didokong, dimandi, disuap. Saya kena lalui semuanya seorang diri. Ema hanya hilang kekasih. Saya hilang kekasih, suami, tempat bergantung dan ayah kepada anak-anak. Tapi, saya kena kuat. Apa yang Allah tentukan untuk saya tak seberat dugaan yang Allah berikan pada orang lain." air mata mula bergenang di kelopak mata saya. Saya menarik nafas panjang-panjang. Semangat dikumpul kembali.Saya mesti kuat!

Terbayang dahulu... Saya bercuti 2 minggu, kemudian kembali ke USM dan terus memberikan kuliah seperti biasa. Selepas kira-kira 40 hari suami meninggal, saya bersalin di hospital yang sama di mana suami meninggal. Berat. Terlalu berat rasanya ujian. Tapi saya perlu kuatkan semangat kerana kehidupan perlu diteruskan. Saya mengutip semangat Maryam, Hajar dan Aminah yang masing-masing sendirian melahirkan Nabi Isa, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w.

Lebih sejam saya memberi nasihat dan motivasi. Sebelum saya meninggalkan Ema sendirian di biliknya, saya tuliskan selawat syifa di atas sehelai kertas. Saya ajarkan kepadanya. Saya minta dia ulang baca berkali-kali. Selepas melihat keadaannya agak tenang, barulah saya berani melangkah keluar meninggalkan bilik tersebut.

Semoga sabar dan tabah.
Ema, usah jadikan pengalaman hidup saya sebagai panduan hidup. Ia sekadar perkogsian pengalaman. Tapi, ambillah Allah, al-Quran dan sunnah sebagai pegangan. Kalau bukan kerana Allah, al-Quran dan sunnah, saya juga pasti telah lama kecundag.
Teman penguat semangat saya ialah janji Allah s.w.t. "Maka sesungguhnya pada kesusahan akan ada kesenangan" dan juga "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan berikan untuknya jalan keluar (yang baik), dan diberikan kepadanya rezeki dari sesuatu yang tidak disangka-sangka, dan sesiapa yang bertawakkal (berserah) kepada Allah maka cukuplah baginya....(hingga akhir ayat)"

-adaptasi dari kisah benar. Nama ema bukan nama sebenar.
-kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tapi dengan tujuan supaya setiap kita lebih peka dengan masalah remaja dan belia kita. Bagi saya, banyak iktibar yang boleh diambil dari peristiwa ini.
-dicatatkan sambil menemankan anak-anak mandi di kolam renang USM.

Comments

  1. uwaa..sedihyer..teringat saya cite lame..huhu..pengalaman mendewasakn kite..dah tertulis bahwa lelaki 2 bukan terbaik utk kite..yg penting sabar, tawakal..moga dr, ema, saya n umat manusia tabah menghadapi dugaanNYA..

    ReplyDelete
  2. salam..
    Pilu saya membaca kisah ni, ermm..sekali pikir memang kita rasa sukar nak menghadapi.. tapi InsyaAllah, segalanya akan baik-baik belaka, yang penting Sabar dan Redho. Saya juga penah ditinggal kekasih, lebih parah saya tak tahu dan tetibe dia bagi tau dia nak bertunang lusa selepas balik dari rantau kerana kerjanya, saya tunggu masa tuk jumpa dia, tapi lepas dia cakap cam tu terus tak jadi jumpa, saya sedih sangat tapi ingt satu je, saya ade keluarga yang lebih lama menyanyangi saya dan yang jelas dia bukan untuk saya Allah tak mahu saya bersama dia, mungkin ada hikmah yg tak terjangka tuk saya nanti.. hurm..sabar banyak2 yea ema. tu hanyalah ujian kecil tuk kita... apepon jgn sampai menjejaskan pelajaran! chaiyok2x..

    Untuk Dr pula, saya kagum dengan Dr yang sangat tabah, saya selalu membuka blog Dr tuk mencari semangat yang hilang..huhuuu.. apepon semoga Dr sejahtera dan tenang selalu menghadapi hidup ni..

    ReplyDelete
  3. apa dia tak tahu ka kat sana senang ke susah?
    orang yang kat sana sibuk nak balik kedunia tak sanggup manahan siksa,
    pepatahkan dah bagi tau,
    kumbang bukan seekor,
    bunga bukan sekuntum.
    jagan buat keja bodoh sia2 sekolah tinggi,
    otak ALLAH bagi pakailah degan sempurna.

    ReplyDelete
  4. helloo...beik sikit na...bukan satu penang ok...naseebah terkecuali k a.tapai..

    ReplyDelete
  5. salam, isk...pe ke hey nyer samper nak membunuh-bunuh ni...isk...idak...idak...jangan le sampe ke tahap itu, ngeri awok...

    baguih le diajor budok tu...patutnyer dibawok jumpe oghang lain yang lebih payoh dan lebih menderite dari die, baghu die sedor...


    p/s: ater...che dr buat usrah ngan bebudak tu...kot-kot le buleh nolong kuatkan semangat dalam diri demer...

    ReplyDelete
  6. sedih ngan sikap ema. kisah hidupnyer memang sedih tapi kalau ditangani dengan cara betul, insyaallah x jadi macam ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Dr,

    Allah mengtaqdirkan Dr untuk menasihati Ema yg juga diuji. Ujian yang Allah beri pada Dr menjadikan Dr lebih kuat untuk menghadapi hari2 mendatang. Moga semangat dan ketabahan Dr akan menjadi pendorong untuk orang lain. Saya juga sering ke blog ini untuk menguatkan semangat. Terima kasih atas perkongsian. Moga Allah membantu semua urusan Dr.

    ReplyDelete
  8. Ater...ustaz Hamizul, nampaknya ahmad tapai yang kena diusrahkan dulu. Terok benor nampaknya semangat bunuh membunuh diaaa... ngeriii!

    Nini, siti, naseebah dan err... ema... kenangan pahit tu memang tak boleh nak lupa, kan.... nak buat camana, kita ni Allah bagi daya ingatan. Kalau tak puas hati ngan kurniaan daya ingatan tu, huh baik pilih 'hilang ingatan' je. Cbah, any comment? Cbah pun ada kat bilik ema tu, kan. So, you're my witness and tukang tokok tambah sesi kaunseling. Many thanks to you.

    Nasir, marah ke? Mak bapak ema pun marah melenting. Ye lah, penat depa besarkan anak tu, tup-tup dah besar, suka-suka hati je nak buat benda tak senonoh. Habis mak bapak, sedara-mara ikut kelam-kabut pasal hal ni.

    Ummu Hasan, terima kasih kerana tak jemu bertandang. Saya hanya manusia biasa. Tak setabah seperti yang saya gambarkan dalam blog ni. Saje berikan gambaran begitu kerana saya mahu jadi tabah seperti yang digambarkan. Itulah mengkaunseling diri sendiri namanya, hihii....

    ReplyDelete
  9. hmm..idokle teman tau nak ckp ape..tapi buleh ler nk nasehat ckit2.. yang petama sekali buat si ahmad tapai tuh.. rhenti kan ler semangat killing mengilling nih..kamu tu dah besor panjang.. penat ler kalo org besor pun teman nak kene nasehat..ishh30x...dah la hari2 adeje org yg teman kene buat sesi kaunseling..tamboh pulok dgn kamu lagi..ish3x..

    yg kedua...buat ema tuh...akak ni cume nak ckp..itu cume perasaan kecewa yg menyelubungi diri..setiap org pernah rasa mcm tu..cuma jgnla sampai tahap bunuh diri..lelaki itu tidak dpt menjamin masa depan ema..yg dpt jamin masa depan ema cuma Allah..klo dh niat nk bunuh diri maksudnyer, xnak redha Allah ler tuh ema..mmg kite akan rasa penat sgt..sakit sgt..n so on n so forth..tapi, ingatlah ema..ujian diberi utk mematangkan kita..utk bukak mata kita, utk ajar kita...supaya dtg suatu masa kita sudah bersedia and we will not expect anything in life but just the unexpected thing..terimala hakikat yg itulah namanya hidup...kalo tak..idokle namanya hidup kalo xda ujian.. kan.. sian teman menengoknye waktu kaunseling tu..semoga allah jauhkan kiter semua dr semangat yg lomah rhoper itu.. hmm...
    yg ke3...atenye..ape lagi..cer kiter semua insaf dgn keaiban diri sendiri..kita ni banyak kelemahan..bila tgk ema..insaf sgt..jgnla teman lupe..jgnle teman terus dlm belengu yg tidak membawa kebaikan..

    Ya Allah,berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hati ini,Ya Allah, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling engkau redhai, aku serahkan hidup matiku untukMu...

    aammiinnn..

    ReplyDelete
  10. Saya banyak temui kes-kes macam ni. Nanti kalau temui lagi.. saya dah tahu siapa 'hero' yang boleh saya minta tolong... hihihihihi..

    ReplyDelete
  11. Tidak!!! Jangan cari daku. Carilah naseebah!!!

    ReplyDelete
  12. dulu..aku jua pernah melalui ini...aku juga menangis...telan 15 biji panadol....2 hari tak sedarkan diri..sume org tak sdar..kerana aku selalu sibuk dengan xtvt itu dan ini....plus aku tiada rumate...huuuuu sesungguhnya aku bertaubat..dan bangun untuk terus berlari...walau aku terjatuh lagi..percayalah pasti ada nur di hadapan nanti....kini...ku pohon hanya Reda Allah memayungiku...ema bertuah kau masih bertuah....lelaki itu bukan untukmu...luve u doc....gheeee

    ReplyDelete
  13. Salam...
    Bagi remaja yang sedang meningkat naik, pengalaman hidup mereka terlalu sedikit. Tiada satu tempat pun yang mengajar manusia cara-cara untuk menjalani hidup. Kebanyakkan kita belajar dari pengalaman hidup. Sebab itulah begitu ramai remaja kita terpedaya. Mereka sudah matang namun masih naif tentang erti hidup. Apa yang mereka tahu belajar dan belajar...

    Sekadar memberi pendapat...

    ReplyDelete
  14. Salam.tak payah garu kepala pikir benda ni.
    tgk balik punca trjadinya hal mcm ni-
    1-suami isteri jahil agama
    2-dapat anak
    3-tak ajar agama,akidah,kenal Tuhan
    4-anta anak sekolah sekular...
    5-jadilah anak yg jahil
    6-belajar sistem sekular..pergaulan bebas
    7-dapat pakwe...cinta kera...cinta babun..
    8-hidup dgn lalai-lupa Creator
    9-Hati dah hitam
    10-Hati dah cinta pd makhluk...
    11-Tuhan makin jauh..
    12-tak tahu tujuan hidup...
    13-Dah sayang makhluk (pakwe-makwe)
    14-Tak sayang Tuhan-kenalpun tidak
    15-kecewa cikit 'frust' gile
    16-bunuh diri
    17-masuk api

    siapa silap???

    ReplyDelete
  15. Bila terlampau sayang akan hilang pertimbangan diri...

    Saya sedang menghadapi masalah yang sama. Tetiba kekasih hati cakap dia 'kurang' sayang pada saya dan telah jatuh cinta kepada 'the one'...dalam masa 5 hari, dapat tahu pula ayah saya meninggal dunia.

    Alhamdulillah, sokongan kawan2 dan adik2 bersama dengan kekuatan dari Allah dapat memberikan saya sedikit ketenangan.

    Setiap kali selepas solat, saya meminta dari Allah supaya memberikan saya kekuatan untuk menghadapi semua isu2 ini...dan Alhamdulillah, saya semakin dapat menerima kenyataan dan takdir dari Nya.

    ReplyDelete

Post a Comment