Skip to main content

Syawal pula best sebab hihiiii....

Raya 2008 - gambar diblurkan atas sebab keselamatan :)
"Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin..."
Tak kiralah ikhlas ataupun tidak, tetapi itulah yang 'perlu' didengar dan 'perlu' juga dilafazkan sejak seminggu yang lalu.

Erm, sebenarnya bukan nak membebel pasal keikhlasan kita memohon maaf dari orang yang kita memang ada salah atau pun memang ada sangat banyak salah kerana lazimnya, tak susah untuk memohon maaf dari orang yang kita ada buat salah, tapi yang susah ialah nak mohon maaf dari orang yang tak habis-habis buat salah kat kita, tak gitu...???
Ala kulli hal, jangan putus asa memohon maaf. Sedangkan nabi ampunkan ummat, sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya, janganlah pula kita sombong hingga tak mahu ampunkan saudara-mara dan sahabat kita. Susah senang kita, mereka juga yang kita cari, kan?

Ops! Hari ni nak cerita sikit.
Dari pagi sampai ke malam, saya explore fail dalam komputer-komputer saya. Pukul 10 malam baru boleh tersenyum. Fail yang saya cari sekian lama telah dijumpai. Itupun mujurlah fail yang ditulis pada tahun 1999 tu masih disimpan dalam satu folder backup. Folder backup tu pun telah berpindah 4 komputer iaitu dari komputer pertama yang dibeli pada tahun 1999 hinggalah ke komputer yang digunakan sekarang.

Apa yang menyebabkan fail tu jadi bernilai sangat?

Hmmm... ni la den nak kobar ni haa...

Dulu arwah suami suka sangat nasi arab terutamanya nasi kibsah/ kabseh/ kabsah dan juga maqlubah. Teringat saya, sebelum dia meninggal, dia ada beli rempah kibsah dari orang Arab yang jual barang masakan Arab di luar masjid USM setiap hari Jumaat. Seronok betul dia sebab jumpa rempah tu di Malaysia. Dulu kami siap order kat kawan yang nak ke Mu'tah supaya suruh Ummi (isteri tuan rumah sewa kami di Jordan) supaya belikan rempah tu di al-Karak (ops, bukan Karak highway ye). Bila stok rempah habis, terpaksa la guna rempah beriyani Adabi. Rasanya memang tak sama, huhuuu... tapi, bila takde rotan, akar pun berguna, tak gitu paknye? Tapi, yang sedihnya, rempah yang baru first time dia jumpa kat Malaysia tu tak sempat pun saya masak. Kerana tak berapa hari lepas dia beli rempah tu, dia telah kembali ke rahmatullah. Hmm.... aaaaa.a......... dah! dah! tak nak sedih.... Sejak tu, saya tak pernah masak nasi arab. Dah 2 tahun. Hmm... sampai lupa resepi dan rahsia nak masak nasi kibsah dan maqlubah.

Err... tu baru mukadimah kenapa saya bersusah-payah mencari fail sulit sehari suntuk.

Tahun lepas saya sambut raya dalam keadaan sedih yang amat sangat. Ye lah, kali pertama beraya tanpa suami. Ini tahun kedua. Ok la sikit kot [sikit kot??? Allah je yang tahu]. Errmmm... lama juga masa yang perlu diambil untuk pulih bila kehilangan orang tersayang dan tempat bergantung.

Tahun lepas tak buat rumah terbuka. Padahal dulu masa dengan suami, kami siap buat syif rumah terbuka. Sehari untuk sedara, sehari untuk kawan sinin, sehari untuk kawan sinun, sehari untuk jiran....

Jadi, tahun ni, walaupun bonus takde [oh PM, ejas-ejas lah mana yang patut supaya boleh bagi bonus], terpikir lah pula nak buat 'majlis aidilfitri'. Alah, rumah terbuka lah tu. Terpikir pula la nak buat nasi arab. Tapi, dah lupa-lupa alah... Pagi tadi, dah beli barang basah dan barang kering. Malam ni bila terjumpa resepi tu, baru lah perasan yang 'laban' tak beli lagi, hihiii.... nak kena cari esok pagi ni, kalau tak karang kureng pula nasi kibsah ku itu.

Bila dipikir-pikir, buat apa lah saya sembunyikan resepi kibsah tu kat komputer saya je. Buat apa nak kedekut kalau orang lain pun boleh masak juga kan? Hmmm... jadi, jeng... jeng... jeng.... ini dia, resepi nasi maqlubah dan kibsah... resepi asli dari Ummu Abdullah dan Ummu Ahmad al-Sarayrah, dari Mu'tah, al-Karak, Jordan. Empat tahun saya berguru dengan diorang tauuuu....

p.s. Minta maaf, bahasa resepi ni macam tongkang terbalik sebab resepi ni ditulis sepuluh tahun dulu :) masa saya belum disadarkan tentang kepentingan menjaga tertib penulisan.

p.s. Err... Minta maaf juga kat semua. Invitation card untuk majlis esok 'dah habis', tak dapat lah nak bagi kat semua, hihiiii..... jangan marah yeeee.... bulan raya tak boleh marah, kalau tak nanti kena jual!!!

p.s. Hmmm... syawal kali ni best sebab saya buat rumah terbuka nasi arab (????) Hihiii... perasan! Macam lah sedap sangat....

RESEPI NASI MAQLUBAH (JORDAN)
(Nasi Tangkupan / Nasi Terbalik)


1 ekor ayam bebas H5N1 (selsema burung daaa)

3 sudu besar rempah nasi arab (baharat maqlubah) / rempah nasi beriani Adabi
2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk lada hitam

3 sudu besar minyak sapi (banyak kolestrol???! Gunalah majerin)
5 gelas beras (basuh, tos)
8 gelas air

5 biji kentang
3 biji terung panjang
1 ??? bunga kobis
2 labu bawang besar



1. Kupas kentang. Potong bulat-bulat lebar 1 cm.
2. Potong terung bulat-bulat lebar 1 cm.
3. Bunga kobis potong besar-besar ikut dia punya kuntuman.
4. Goreng kentang, bunga kobis dan terung dengan minyak panas, api kuat. Agak-agak kekuningan sikit, boleh angkat. Tak payah tunggu kentang empuk. Terung tu boleh goreng dengan minyak sikit je, coz kuat serap minyak.
5. At the same time, bersihkanlah ayam tu. Potong la, 10 ke, 12 ke, ikut kreativiti. Toskan. Kaki, tongkeng out!
6. Now, ambik periuk paling mahal. Kalau dari jenis non-stick coated, lagi bagus. I only use Tefal for nasi arab.
7. Panaskan minyak sapi.
8. Masukkan ayam. Sesekali, boleh balik-balikkan. Biarkan sampai ayam agak kekuningan.
9. Bawang besar diricih ikut suka dan masukkan dalam periuk. Gaul. Biar sekejap agak-agak naik bau/kekuningan.
10. Masukkan air, garam, rempah, serbuk lada hitam.
11. Biarkan air menggelegak.
12. Masukkan beras. Agak-agak la biar beras tu rata je kat dalam periuk. Ops! Biar ayam dok lapisan bawah. Atasnya beras.
13. Atas beras, susun kentang, terung dan bunga kobis.
14. Tutup periuk. Api jangan besar sangat. That’s all!
15. Ops! Bila air mula nak kering, kecilkan api sekecil-kecilnya. Takut yang bawah garing pulak. Boleh gaul bahagian atas tu sikit-sikit je, pelan-pelan, takut hancur pulak kentang, bunga kobis dan terung tu. Tutup periuk.

Macam mana nak hidang?


Hah! Inilah yang menyebabkan masakan ni dinamakan maqlubah (terbalik, terlingkup atau telungkup!).
1. Ambil satu talam besar yang orang selalu guna buat kenduri-kendara kat kampung.
2. Ambil dua kain lap. Guna untuk pegang periuk yang berisi maqlubah tadi.
3. Dengan penuh skill, telangkupkan periuk tadi kat atas talam tu.
4. Then, alihkan periuk.
5. Wow! Tu dia! Nasi telangkup dah ready untuk dihidang.

*** hidang maqlubah dengan salatoh (jelatah) dan laban (yogurt asli). Boleh tambah roti arab yang macam talam bulat tu kalau suka.
*** saiz hidangan: untuk 5-8 orang yang kelaparan


SALATOH @ JELATAH ARAB

4 biji tomato
2 biji timun
1 biji cili merah
1 batang daun sup / daun ketumbar
1 sudu kecil garam

Potong semua macam dadu mini. Then masukkan garam. Gaul. Siap dihidang.


RESEPI NASI KABSAH/ KIBSAH (JORDAN)


Kalau nak buat kabsah, sama je macam maqlubah.
Cuma, tambah….

3 sudu tomato puri.
3 batang carrot, dipotong bulat-bulat.
3 sudu kacang pis.
- semuanya masukkan sekali dengan garam dll.

- jangan masukkan terung dalam kabsah (ganti dengan carrot dan kacang pis)

- guna beras basmati ! beras murah, tak main aaa. (Kabsah standard atas sikit daripada maqlubah)

*** hidang dengan salatoh dan laban

"Sihhateyn wa afiah"
"Ala qalbik"

By hook or by crook,
I wanna be the best cook

Nak tengok macamana rupa kibsah tu? Hihii... tunggu la, esok pagi baru nak masak.... Eh, silalah makan, jangan malu-malu.... :)

===========================================
Many thanks for my beloved Ummi... Ummu Abdullah & Ummu Ahmad. Warmly thoughts for Inaas (Allah yarhamuha), Nisreen, Ruqayyah, Ammuneh, Hammudeh, Abu Abdullah (Allah yarhamuhu), Abu Ahmad (Allah yarhamuhu), Yaraa, Ahmad & Abdullah. Jazakumullah khayr al-jaza' 'ala husn mu'amalatikum. Hmmm... Ana musytaqah jiddan lakum...

--- kalau anda gunakan resepi ni, doa-doalah untuk mereka ini dan juga untuk ustaz Rosdi Yusof (emm... rindu sangat kat abang....)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Update petang lepas open house:

Kibsah kegemaran abang. Sedap tau bang, buat dengan rempah dari Syria. Rempah kibsah Jordan takde la

Gambar salatoh dan yogurt. Thank you naseebah for being my tukang potong salatoh, hihii

Ini dia gambar nasi arab Jordan yang saya masak hari ni iaitu nasi kibsah serta salatoh dan laban. Gambar tak berapa ok, sebab flash kat hp kuat sangat, jadi rupa nasi tu nampak agak putih. Sepatutnya warna dia coklat kemerahan. The bad thing is... hihii.... ayamnya dah habis diratah. "Sedap," kata Husna. Jadi, dalam gambar tu, yang tinggal hanyalah leher ayam je, hihiii.... err... jangan menitis air liur yeee ;P

Comments

  1. Salam Aidil Fitri Dr,
    Saya baru je tengok nasi maqlubah semasa bulan puasa , rancangan chef Sabri (Adabi) di timur tengah. Memang membuatkan terliur, nampak sedap,tambah pulak pak2 arab tu makan.....tima kasih le dr masukkan resepi ni...tak sabar nak cuba...insyaAllah

    ReplyDelete
  2. ek eleh.....sapa yang tolong???? tengok..tengok... tengok....hehehehe

    ReplyDelete
  3. aik, tak dijemput pun kite? nak rasa gak..

    ReplyDelete
  4. timo kasih la bayak2 bagi resepi tu leh gak den cubo2 macam sodap yo nampak eh,
    selamat hari raya maaf zahir dan batin yo dr.

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya...
    Masaklah lagi Dr.
    Saya pun nak makan juga..

    Dengan rasa tak malunya nak buat permintaan "Kalau masak lagi lain kali...jangan lupa jemput saya tau". Hehehehehe...

    ReplyDelete
  6. salam idul fitri,

    wah...best nyer dapat resepi nasi terbalik tu, nanti teman nak minta wife teman masakkan...

    Teman mendoakan agar mike tetap berselera menikmati juadah di hari raya ni, sungguh pun nasi terbalik tu udah tingge tengkok ayam je...

    My favourite food is laksa...balik kampung kelmarin, mak aih...dapat pekena laksa...puasnya tak terkira!

    ReplyDelete
  7. resepi dah bagi, erm... nanti kalau masak jangan lupa jemput saya ye, hihii.... nak try test!

    ReplyDelete
  8. Thanks atas resepi. Mesti cuba ni, nampak sedap. Selamat Aidilfiitri buat Hasanah & Anak-anak.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....:::Selamat Hari Raya ..dan web-site pun dah berubah wajah.....:::::Raya balik maner..(dah lepaih raya baru tanya,seblm raya nak cal lupa lak)....;apa laaa..lain kali sebelum makan tangkap gambar nasik arab tu siap2..nasib baik baru balik dari Arab..he,he..baru2 nie p meeting kat Jordan dan Syria...;ish tgk kat Amman dah banyak berubah..(kat Mutah depa kata sama jer...isk,isk..)...::::tahun depan kami buat conference kat Jordan dan Syria..tak nak p ker..bawak anak2 p tgk padang pasir....::::sELaMat hAri rAya....::::

    ReplyDelete
  10. Teringat Arwah Rosdi beli roti Arab bagi kat kami depan masjid USM seminggu sebelum dia meninggal....:::

    ReplyDelete
  11. Miss u Sal. Dr Azizi, sedih aaaa..... rasanya, itu ptemuan terakhir dia dengan dr kan... Masa tu la kot yang dia beli rempah kibsah terakhir tu...

    ReplyDelete
  12. rasa nyer ler kot..::::rasa nyer time dia bagi roti arab tu..kurang dari seminggu rasa nyer..lebih kurang gitu ler....::::

    tapi dia tu satu,cakap apa pun mesti dia proud ngan hasanah...citer kami apply geran research dia cakap apa ler hang nei bini aku senang2 jer dapat..apa2 pun hasanah jugak yg hebat..he,he,he......

    ish, dah lama wife saya dok ajak p ziarah hasanah and anak2...;-nak kata sibuk tu tak ler jugak..cuma dalam semenjak dua menjak nie depa dok asyik bagi kelas kat saya pada hari cuti jumaat,sabtu....so hari cuti tak leh nak bergerak...::hari lain anak2 sekolah lak...:::

    ReplyDelete
  13. Salam, Dr Hasanah... ini kali kedua say masuk blog dr, firstime masa kat Kudat, tgk blog dr n arwah dan anak2 di Kundasang... masa tu tak sempat nak menjejaki dr , rasa mcm pernah dengar nama ustaz Rosdi... tapi kami di mafraq 94-2000, mgkin kalian batch yang lebih senior lagi...

    Sekarang ni kami di Shah Alam, bila tgk kejayaan dan ketabahan dr semangat kembali berkobar2 nak sambg belajar... terjumpa blog dr ni sekali lagi sebab teringin nak jamu kwn2 seperjordanan dulu makan maqlubah , resepi kabseh pun ada ni... insya Allah... kalau la jadi buat sy habaq kesedapannya kat dr ye!

    ReplyDelete
  14. Dr. Azizi, betul la tu... dia jarang dapat solat Jumaat kat USM. Yang tu memang last...

    Rusydi tu, memang tak pernah aibkan saya atau cerita kat orang tentang keburukan/kelemahan saya. Benda yang elok je dia cerita, keburukan saya dia simpan sorang2 dalam hati, hihii.... suami mithali :)

    Semoga Allah ampunkan segala dosanya kerana dia sentiasa berusaha merealisasikan pesanan Rasulullah s.a.w.: "Khoyrukum khoyrukum li ahlikum..."

    Ummu khayr,
    94? Batch pertama la ye? Hihii... dulu saya ada terlibat dgn minggu suaikenal utk adik2 al-albayt, saya kena bawa program riadah petang, hihii.... tah apape je. Kirim salam kat urduniyyat tu semua ye.

    ReplyDelete
  15. salam eidul fitri

    saya terjumpa blog ini ketika surfing mencari resepi nasi telungkup. Si Tembun saya sibuk nak makan lepas tengok kat TV.

    membaca tulisan dr mendatangkan sebak didada. Ayah saya meninggal 6 bulan yang lalu. Namun sebab itu dapat diatasi segera pabila saya mengingatkan diri saya bahawa ayah menanti kami disana........


    allah hanya memberikan apa yang terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  16. Tak jemput pun mai rumah raya..makan nasi arab..Dah lupa kawan satu kursus ke??

    ReplyDelete
  17. Oh, petang ni nak buka puasa ngan maqlubah .. yummmy....
    اللهم لك صمت

    ReplyDelete
  18. Salam, thanks for sharing. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. :) Best... dari buka sampai ke moreh hinggalah ke sahur mengadap maqlubah. Rempah maqlubah takde, so guna rempah kibsah. Lada hitam takde, so, guna lada putih (pitching lari sikit).
    No more qbb pure ghee. JAKIM dah gantung sijil halal QBB. Jadi, kena guna windmill keluaran unilever.

    ReplyDelete
  20. salam DR, what a news...betulke QBB digantung semula sijil halal? any news or fakta on that?
    bukan apa,banyak sgt fitnah sekarang ni....mcm isue Mc D that day...keluarga saya suka masak nasi beriani so QBB is a must!!! pls selamatkan kami dari "sumber was2 makanan nih"

    ReplyDelete
  21. Konfim QBB ditarik balik sijil halal. Buang qbb yang ada. Banyak lagi pengeluar minyak sapi kat pasaran. Saya guna windmill.
    http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823130121&type=NEW&PHPSESSID=e5abd02fec25446a8bc0410d8cd3226a

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Dr!

    Surfing for nasi arab, terjumpa blog ni..alhamdulillah! Tapi terharu baca kisah nasi ni.Fatihah untuk Dr Rosdi dan teman2 almarhum dan almarhumah. semoga allah mencucuri rahmat keatas ruh2 mereka..amin.
    saya memang suka sgt nasi arab ni...sekarang saya nak cuba buat sendiri untuk ahli keluarga dan yg sewaktu dgnnya.. insyaallah. jazakillahu khairan. tabarakallah alaiki...maassalamah!

    ReplyDelete

Post a Comment