Ingat iklan SSPN?

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 29 September 2009

Ingat iklan SSPN?

BEFORE: Duit raya Hanan, Husna, Ziyad, Huda & Hajar? Nak duit banyak camni? Beranak la ramai-ramai, hihiii...

AFTER: Duit raya dah takde, dah masukkan dalam SSPN :)

Iklan SSPN...Iklan ulangan dari tahun lepas. Tak gunakan artis popular, lawa atau seksi. Tapi, mesejnya jelas. Ye, sambut raya sederhana sahaja. Duit yang lebih tu simpanlah dalam tabung SSPN untuk pendidikan anak-anak.

Mmm... saya... takde pula 'duit yang lebih' tu... Cuma praktikkan simpan duit raya anak-anak dalam SSPN. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang dah beri duit raya untuk kanak-kanak lima orang tu. Alhamdulillah simpanan diorang dah cecah 4 angka. Kalau didarab 5, maksudnya dah ada lebih RM5 ribu. Tapi, tu lah... bukan senang jadi pemegang amanah harta anak yatim.

Dalam surah al-An'am, ayat 152 Allah s.w.t telah berfirman, maksudnya:
"Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang sebaik-baiknya, sampai dia dewasa". Ayat yang hampir sama diulang dalam surah al-Isra', ayat 34.

Lebih menggerunkan lagi apabila Allah s.w.t. memberi amaran keras dalam surah al-Nisa', ayat 10, maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan cara yang zalim (tidak sepatutnya), sesungguhnya mereka akan memakan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala."

Ayat-ayat ini sekadar peringatan buat diri saya dan ibu tunggal serta pemegang amanah harta anak yatim di luar sana.

Akhir sekali, ingin saya kongsikan satu hadis Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan melindunginya, maka dia akan bersamaku di dalam syurga"

Ya Allah, layakkah kami untuk bersama kekasih-Mu di syurga nanti? Bantulah kami ke arah itu, ya Allah....

7 comments

  1. jadilah contoh yg baik bagi anak2,moga sentiasa mendapat keredoan ILAHI.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah..mereka itu kan anak-anak kita...insyaAllah hidup mereka tidak akan dipersiakan.

    ReplyDelete
  3. Allah memberkati kamu semua wahai penjaga anak-anak yatim...amin...

    p/s: mailah raya kat KL pulak... :)

    ReplyDelete
  4. Tapai, harta anak yatim bukan tak boleh digunakan langsung. Boleh, tapi kena sesuai ikut keperluan dan maslahat mereka.

    Terima kasih atas doa ustaz2 semua untuk para ibu tunggal...

    ReplyDelete
  5. Bila ustaz Kamel nak panggil makan kenduri nasi minyak? Jangan tunggu lama2, kesian kat anak tu perlukan kasih ibu, hihii...

    ReplyDelete
  6. Insyaallah...kalau dah ada calon...dah ada tarikh...dah siap kad...stem pun dah ready...pasti akan dijemput...but when??? Biar waktu dan takdir yang pasti akan menentukan insyaAllah...dr pun jangan lupa jemput kalau seru tu dah tiba..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Dr.

    Semoga hari raya dilalui dengan penuh keceriaan.

    Sy juga merupakan ibu tunggal. Bekas suami pergi ketika sy mengandungkan anak pertama kami, sekarang buah hati saya itu sudah pun 9 tahun..

    Sesekali ketika hati itu agak terduga.. saya kunjungi blog Dr untuk mencari sedikit sebanyak semangat untuk kembali berdiri..

    Mungkin satu hari nanti kita boleh sama2 membantu yg senasib..

    Salam hormat.

    Okay Dr.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage