Skip to main content

Hadiah buat anak-anak yatim miskin Bait al-Amin


Nasyid kumpulan Instinct yang selalu dipujuk-pujuk oleh tapai memang err... malas sebenarnya nak puji... tapi, nasyid Instinct memang best (harap-harap tapai tak baca la entri saya ni, hihii...)

Salah satu nasyid yang bertajuk Dermawan memang terkena batang hidung saya. Teringat saya 2 bulan lepas bila Munirah, anak Dr. Rahimah datang ke rumah untuk kutip derma bagi pembangunan asrama di sebuah rumah anak yatim di Perak, saya jadi berkira-kira... "bulan ni bajet lari, sebab dah habis banyak masa pegi KL", maka saya keluarkanlah RM20. Sehingga kini saya asyik teringat. Alangkah kedekutnya saya. RM20, apalah yang boleh dibuat dengan RM20 tu. Saya sendiri yang mengasuh 5 orang anak yatim membelanjakan RM150 setiap hujung minggu di Pasar Bayan Baru. RM20 yang saya berikan untuk berpuluh-puluh anak yatim Bait Al-Amin? Sekali makan pun tak lepas. Kerana terlalu dihurung rasa bersalah, maka saya mengambil inisiatif untuk membantu Bait al-Amin memiliki laman web sendiri iaitu di http://www.bait-alamin.com supaya lepas ini mudahlah mereka mengumpul dana wakaf untuk pembangunan mereka bagi jangka pendek dan panjang.

Sebenarnya, telah lebih 1 bulan laman web bait al-amin siap, tapi saya tangguh hasrat promosi laman itu kerana masih dalam proses buat onlinepayment oleh NBepay. Memandangkan proses agak lambat. Maka rasanya, takpelah kot kalau saya promosi dulu sebelum kedatangan Ramadhan. Manalah tahu, kalau ada pembaca yang sudi hendak menderma besar-besaran kepada Bait al-Amin, boleh lah membuat perancangan dari sekarang.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kasih-sayang-Mu kepada setiap insan yang mengasihi anak-anak yatim dan miskin. Gandakanlah rahmat-Mu bagi setiap insan yang sanggup melepaskan sebahagian harta mereka untuk anak-anak yatim dan miskin. Amiiin....


Ingatlah wahai dermawan
Rasulmu pernah bersabda
Orang yang pemurah
Akan dekat dengan Allah
Marilah semua
Hulurkanlah bantuanmu
Ke Jalan Allah

Sedarlah jua
Walau hayatmu sudah berakhir
Namun jariahmu tetapkan mengalir
Sedarlah jua alangkah ruginya
Orang yang bakhil
Mereka jauh dari Allah

Mereka jauh dari syurga
Mereka jauh dari manusia
Mereka dekat dengan neraka

Ayuh marilah semua
Hulurkanlah sumbanganmu
Agar mereka semua
Hidup aman bahagia

... "Dermawan" dipetik dari album Instinct

Comments

  1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah SAW bersabda, "Pemelihara anak yatim, baik dari keluarganya sendiri atau anak orang lain, aku dan dia di syurga sejajar seperti kedua jari ini." Malik r.h. memberi tanda dengan jari telunjuknya dan jari tengahnya. (S.M.:8/221)
    Allahumma a`inni `ala zikrika wa syukrika wa husni `ibadatik....amiin.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Ada cara utk salurkan duit derma ke Bait-Alamin melalui paypal?

    ReplyDelete
  3. Saya ada verified paypal account, tapi tak berani la nak tumpangkan untuk orang. Duittttt.... takut sangat.... takut termakan duit orang... lagi la kalau duit tu untuk anak yatim.

    ReplyDelete

Post a Comment