Skip to main content

Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)

SetBersalin.com

Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah, saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.

Tempohari (errr... lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.

Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab'ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.

Namun, mengikut pandangan yang paling kuat, tempoh iddah wanita ini habis apabila dia bersalin (berasaskan ayat ke 4 Surah al-Talaq). Mmm... diulangi, ... apabila dia bersalin. Jangan ada pula yang tanya, "Kena tunggu habis nifas ke baru habis iddah?"

Baiklah, kembali kepada topik iddah untuk wanita yang hamil.

Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:
"Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka 'ajal' (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin."

Berdasarkan ayat ini, difahami bahawa tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin. Hukum ini mudah difahami kerana antara sebab diwajibkan iddah ialah untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih. Bersih dalam erti kata, tiada benih lelaki dan tiada janin di dalam rahim.

Banyak lagi dalil-dalil daripada hadis yang menyokong hukum ini, namun, memadailah jika saya jelaskan dengan ayat di atas sahaja kerana ia sudah terang, maka apa lagi nak disuluh-suluh. Simpan je torch light tu. Jimat tenaga, barulah lestari.

OK, cukup dulu. Saya ni dah tak larat tarik hidung (?). Enam orang dah rakyat dalam rumah ni termasuk bibik demam, selsema, batuk (hoh??? influenza? H1N1?? Na'uzu billah min zalik...). Sekarang giliran saya. Bayangkanlah, enam orang punya kuman, semuanya pass kat saya, adus.... Ada sesiapa nak? Saya nak bagi ni :D


SIRI ARTIKEL TENTANG IDDAH

* IDDAH
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 1
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 2
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN TIGA (IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI)
* TEMPOH IDDAH: BAHAGIAN 4 (DICERAIKAN KETIKA HAMIL)

Comments

  1. salam dr,bagaimanakah kedudukan iddah bagi wanita yang dicerai takliq talak satu ketika hamil.apakah boleh rujuk dan berapa lama tempoh rujuk.kenapa islam melarang wanita iddah diusir dari rumah suami.masihkah sebumbung sepanjang iddah?bukan dianggap zina?

    ReplyDelete
  2. salam dr, bagaimana pula tempoh edah bagi wanita yang dceraikn semasa awal mengandung dan keguguran pula semasa usia kehamilan mencapai minggu ke12? adakah edah tamat setelah keguguran atau menunggu 3 kali suci juga?

    ReplyDelete
  3. salam...
    dr saya kmatian suami 2 bulan yg lepas.dan tinggal bsama mertua.3 hari selepas suami tiada keluarga sy mengambil sy.dng alasan anak2 sy jauh hendak kesekolah dan kami di beri tempat tinggal.dan sy mula terasa bersalah apabila membaca larangan meninggal tempat tidur.apakah yg perlu sy lakukan???

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....
    Dr.,,saya telah kematian suami 16 hari yang lalu....saya kini tinggal bersama keluarga mertua memandangkan tiada ahli keluarga lain yang dapat tinggal bersama. Saya seorang isteri bekerja dan sepanjang tempoh perkahwinan saya tidak dikurniakan anak...saya terasa amat berdosa sekali bila membaca artikel dr mengenai larangan meninggalkan tempat tinggal semasa saya dan hayat suami masih ada...apa yang patut saya buat dr.

    ReplyDelete
  5. salam..
    Dr. bagaimana pula tempoh iddah jika saya ceraikan isteri saya semasa dia mengandung 4 minggu. lepas tu dia gugur. tempoh iddah isteri saya sampai bila? semasa dia gugur kami baru bercerai sebulan.

    ReplyDelete
  6. Asslam dr...sya ingin kepastian ..suami saya melafazkn cerai jika saya keluar rumah tanpa izin dia...tetapi saya dlm haid waktu itu...2hari kemudian..saya suci kemudian suami meminta rujuk dan sya bersetuju...adakah hubungan kami sah...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. apakah tempoh iddah saya jika saya keguguran

    ReplyDelete

Post a Comment