Sabatralog - Siri 1

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 7 May 2009

Sabatralog - Siri 1

Welcome to Sabah

Perjalanan ke Sabah bermula sebelum orang lain mula bergerak ke destinasi itu. Saya memulakannya dengan solat istikharah dua hari sebelum hari ekspedisi. Keputusan untuk bersama-sama kira-kira 70 orang penghuni dan kakitangan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun mengunjungi negeri di bawah bayu itu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya musafir tinggalkan anak-anak sejak Ustaz Rosdi meninggal dunia. Selama ini, ke mana sahaja saya pergi pasti anak-anak dikelek bersama. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan mereka?

"Tak apalah. Boleh..." Bibik Indon pembantu rumah bernama Hasanah (!!!) memberikan keyakinan bahawa dia boleh menguruskan anak-anak lima orang.
"Bukannya lama. Boleh aja," kata Bibik lagi.

Saya tersenyum. Senang hati saya dengan orang Jawa bernama Hasanah ni. Err ... tak boleh puji dia banyak-banyak, hihii...

Seterusnya saya menghubungi Zu, pelajar senior di Tekun. Dia sibuk. Perlu berada di Sungai Petani pada tarikh 3-5 Jun 2009. Saya hubungi pula Aini Hasanah, seorang lagi insan baik bernama Hasanah :)

"Minta maaf dr. Saya dah balik rumah," jawab Aini. Hmmm... kecewa!

Kemudian saya hubungi Mia, senior di Tekun yang Ziyad suka kacau!

"Saya nak pergi Kelantan, lepas tu nak ke Pangkor," kata Mia. Hmm.. alahai. Saya mula susah hati.

Dipendekkan cerita, selepas saya jelaskan keadaan, Mia mula tukar rancangan.

"Betul ke ni Mia?" Saya tersengeh-sengeh.
"Takpe dr. Saya pergi Kelantan pun bukan ada buat apa-apa. Nanti saya balik pagi Ahad, lepas tu saya jaga lah budak-budak tu," jelas Mia yang akhirnya bersetuju untuk menginap di rumah saya sepanjang saya ke Sabah.

Alhamdulillah... satu perkara dah selesai. Bibik boleh uruskan rumah. Mia uruskan hal-ehwal kanak-kanak. Jiran belakang rumah juga telah dipesan untuk tolong tengok-tengokkan anak-anak. Tapi, siapa nak hantar Hanan dan Husna pergi sekolah?

Saya berkira-kira. Hmm... siapa ye? Takkan nak harapkan Mia? Oh, tidak! Tak konfiden... Akhirnya saya minta tolong En. Rashid, jiran yang anaknya bersekolah di sebelah SK Bukit Gambir. Adat menumpang, kenalah ikut resam menumpang. Memandangkan anak dia bersekolah menengah dan perlu sampai jam 7.10 pagi, maka, Hanan dan Husna pun perlu ikut jadual itu jugalah. En. Rashid setuju untuk bantu. Alhamdulillah... selesai lagi satu urusan. Ziyad pula... alahai, segan nak susah-susahkan orang banyak-banyak sangat. Dia tu perlu dihantar dan diambil. Jadualnya tak sama dengan Hanan dan Husna. Jadinya, Ziyad saya berikan 'cuti' dua hari :(.

Pagi Hari Pekerja saya ke Pasar Bayan Baru. Segala barang basah yang diperlukan saya beli. Stok untuk seminggu! Sayur-mayur, mi, kuey teow, air soya, tahu, tauge, perencah ayam-ikan bakar, belimbing, betik, pisang, bawang-bawang, kentang, santan, ayam, ikan, sotong, udang. Semuanya RM150! Hmmm bayar je la... harga sekarang bukan macam dulu!

Balik dari pasar, saya mandi-manda dan terus pula ke Giant. Barang-barang kering pula perlu dibeli. Susu, pampers, shampu, sabun, roti, biskut dan entah apa-apa lagi. Saya tertarik dengan pasu-pasu plastik berwarna-warni yang dijual RM5.99 untuk 4 pasu. Saya ambil dua set. "Bagus juga kalau belikan untuk anak-anak. Biar perhatian mereka teralih pada bercucuk tanam a.k.a. main tanah masa saya tiada nanti. Ada juga manfaatnya!" Beberapa bungkus anak-benih bunga dan sayur serta dua peket tanah hitam saya ambil. Pulang ke rumah, memang semuanya gembira. Sibuk mereka bercucuk tanam (main tanah!). Anak jiran-jiran pun dipanggil. Setiap seorang ada satu pasu dengan benih yang diorang pun dah tak tahu apa yang disemai. Hihiii.....

Alhamdulillah... keperluan untuk tinggalkan anak-anak dapat disempurnakan. Bukan senang tau!

Akhirnya saya melangkah ke Sabah. Dengan solat istikharah, solat hajat, doa serta tawakkal saya pun salam dan cium anak-anak5 dengan hati yang tenang tapi teruja. Apa taknya, my backpack filled with my new pure black pakwe named Nikon D90!!!! huhuuu..... battery fully charged and just installed 8gb of memory card plus extra 4gb memory card as backup. Dua hari dok Sabah tembak sampai 800 shoot. Dah setengah jam upload kat laptop, tak habis-habis lagi ni! Lepas tu nak convert dari RAW file kepada JPEG pula. Adus. Bisa mabuk tengok gambar bah....

Alhamdulillah... syukur sekali lagi. Selamat pergi, selamat kembali... Yang ditinggalkan juga selamat di rumah tiada apa-apa berlaku. Perjalanan ini kuakhiri dengan sujud syukur kepada-Mu Rabb...

Terima kasih kepada semuanya. Yang dok kat rumah, yang tolong uruskan anak-anak, yang uruskan program, yang dok buat riuh dan kecoh sepanjang rihlah dan yang mendoakan dari kejauhan... Nice memory...

Artikel yang saya tulis ini ialah muqaddimah bagi Sabatralog (Sabah Travel Log) saya yang pastinya berbeza berbanding travel log teman-teman rombongan ini.

Untuk melihat foto sepanjang perjalanan ke Sabah, sila lihat gallery saya di alamat: http://www.drhasanah.com/gallery . Saya telah create album khas rihlah tersebut dan telah upload sebanyak 190 keping gambar. Ini adalah koleksi gambar terbanyak yang pernah saya upload! Ala kulli hal, masih ada 610 keping gambar lagi yang tidak diupload! Ops! Gallery itu ada passwordnya! Mahukan password tersebut? hahaahaaaa...... belanja saya makan dulu!

19 comments

  1. ooo..ingatkan bawa anak2...sian depa...tapi takpe, masa ni la ibunya nak rasa enjoy-time, ahaks! lepas tension marking paper kut hehe...

    ReplyDelete
  2. dah daftar, tapi tak leh lagi nak tgk gambo sabah bah..susah la bah..hehe

    ReplyDelete
  3. salam.. waa.. terbeliak mate tengok perkataan nikon d90 tu..dr dah ade slr!! canggih2.. ni yang jeles ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. Aini, itulah MY BOYFRIEND sehidup semati. Saya benda hidup, dia benda mati, hihiii..... Dr. Jasni, dah dapat pw, jangan lupa hutang ye!

    ReplyDelete
  5. dr.saya dah tengok semua pic termasuk ngan yang ada password sekali..jgn mara ek,

    ReplyDelete
  6. Gulp... semua? eh, album 14 tu pw lain... siti tak tengok kan....??!! Anyway, tahniah la sebab Siti le model cun sepanjang pi Sabah tu :)

    ReplyDelete
  7. hehehehe...ct tengok yang berkenaan je..jgn risau,semuanya masih dalam keadaan terkawal..dr.thank sbb banyak mempromosikan saya...

    ReplyDelete
  8. zolkifli bin yaakob18 May 2009 at 10:39

    Aduh...! Saya bei Conon ESD450. Ingat tu yang paling canggih. Tak apa, rezeki saya sekadar itu saja yang termampu.

    ReplyDelete
  9. zolkifli bin yaakob18 May 2009 at 10:47

    payah sangat nak masuk galeri tu. kena password pula? kalau payah-payah tak payah tengoklah. nak dapat password kena belanja makan pula tu. macam pemimpin negara kita, terkesek sikit, mesti ada habuan...

    ReplyDelete
  10. YB Zolkifli, itulah... lain kali semak-semaklah emel. Cuba tengok ct, habis dah galeri tu dia explore. Hmmm... saya selalu kesian kat YB. Simpati sungguh... sob! sob!

    ReplyDelete
  11. zolkifli bin yaakob19 May 2009 at 06:01

    Kalau berkesempatan dan bersimpati tu, lawati pula blog saya. zolkifli.blogspot.com Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Syabas! Macam tu barulah Apex! Tak jemu baca catatan dan bebelan seorang motivator hebat paling kelakar ni! Keep it up!

    [masih tersengeh-sengeh sebab nama saya ada dalam pos pertama En. Zol. TQ :). Err, tak nak buat zolkifli.com ke, meh saya tolong setup, tapi kena bagi pengeras la. Takat belanja makan, tak cukup maaaa]

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Terima kasih kerana bagi info tadi. saya simpati dengan Hasanah kerana kejadian kereta dilanggar. Memang susah kalau orang langgar kita. Kita tak reti nak cakap apa. Bergaduh kat jlnraya..eermm berat lak. Cuma nak tuntut apa pun tak tau. camna ya? kalau jadi kat saya, terguris hati seperti terguris kereta kita. (Kawan saya baru kelmarin di'guris' oleh kereta yang tak dia tau. Alih2, datang ke kereta..dah kena guris. Si perlaku entah ke mana. Terguris juga saya sebab kejadian sebegini boleh berlaku pada kita. WallahuAllam

    ReplyDelete
  14. dr, tak leh nak tgk gambo2 rehlah tu pun! passwordnya? ala dr ni...takkan nak kena belanja kot! belanja anak2 dah la yer. dr dah besar nak belanja aer lagi! hahaha...

    ReplyDelete
  15. Ni Fadzil mana ni? Tak join rehlah kami kan? Hihii... minta maaf noooo....

    ReplyDelete
  16. zolkifli bin yaakob23 May 2009 at 06:17

    assalamualaikum wbt. Dr. Hasanah,
    Migraine! Saya ingin kongsi petua menghilangkan migraine. Semasa saya mula bertugas di USM, tiap-tiap hari saya mengalami migraine. Puas makan ubat. Sembut seketika, kemudian migraine semula. Pertama elak makan coklat, soya bean. Ini kegemaran saya. Sekarang tidak lagi. Kaum lelaki, kurangkan soya bean. Tak baik untuk kelakian. Ambil halba satu sudu, rendam dalam air panas segelas. Minum bila air tu dah sejuk. Amalkan tiap-tiap hari. Atau pergi beli ingu. Minum segelas air panas yang dicampur dengan satu sudu ingu. Tapi ingu ni busuk. Sangat busuk. Paling mudah, makan spirulina. Kalau diserang migraine tiba-tiba, urut dicelah ibu jari dengan jari telunjuk. Urut keluar. Insya allah berkesan. Kalau tidak sembuh juga, hubungi saya. Sekadar berkongsi apa yang saya alami.

    ReplyDelete
  17. akum Dr... dah puas msuk passwordnya..tak leh pun... anak2 pun dah penat dok dpan skrin ni nak tgok muka dr... bila datang Johor saya belanja makan laksa johor, mi rebus muar n nasi berani gam... meh le....

    ReplyDelete
  18. Terima kasih kongsi tips tu En. Zol. Tertarik betul dengan ayat: "semasa mula bertugas di USM, tiap-tiap hari saya mengalami migraine". Kenapa ye? Kenapa USM? :) :) :)
    Tapai & the gang, dengar pesanan En. Zol, kurangkan soya bean...

    Mai nak pw? hihii..... Sila emel saya! Saya nak mi bandung johor! fuh, menitis air liur dibuatnya. Kedai kat Penang buat tak jadi laaa. Err, kalau makan nasi berani gam tu, lama-lama tak ketagih gam ke?

    ReplyDelete
  19. Cik adik ... tak dapat lagi la nak masuk tgk gambar sabah tuuu !!!!!!!

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage