"Alah, kena sikit je tu!" Kata pemandu Naza hitam PGU 2xxx

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 16 April 2009

"Alah, kena sikit je tu!" Kata pemandu Naza hitam PGU 2xxx

Naza-PGU

"Bodoh!" Rungut saya kepada diri sendiri.
"Takkan selesai macam tu je?" Kata-kata seorang rakan makin menggelisahkan saya.

Isy, memang saya bodoh. Tak pandai nak bertengkar bila orang langgar kereta saya. Lagi pula bila tengok yang langgar tu orang perempuan. Berumur. Mungkin sekitar 40-50 tahun. Bertudung elok. Dalam kereta dia ada beberapa lagi orang perempuan yang juga bertudung litup. Mungkin saya perlu belajar untuk jadi chengey lagi selepas ini. Perempuan... perempuan juga, tapi kalau dah langgar kereta orang, kenalah tuntut ganti rugi!

Seharian geram saya pada kejadian di Kepala Batas pada 12 April 2009 jam 12.29 tengahari tu tidak hilang. Bukanlah geram sangat pada kereta saya yang dah kemek di belakang. Tapi geram pada nilai santun dan budi yang hilang pada orang yang memandunya. Sudahlah cuai bila melanggar kereta saya yang berhenti elok di persimpangan yang lampu isyaratnya merah. Membahayakan pula anak kecil yang turut ada dalam kereta saya. Nasib baik tidak ada yang menjerit menangis-nangis, kalau tidak, haru biru saya jadinya. Bertambah geram lagi bila sepatah pun MAAF tidak keluar dari bibir orang yang melakukan kesalahan.
"Alah, kena sikit je tu..." Kata-kata yang sangat menyakitkan hati saya mengenangkan kesalahan dia dan ancaman bahaya yang nyaris menimpa anak saya.

Kejadian itu mungkin ada yang menganggapnya sebagai kecil. Cuai, merosakkan harta benda, mengancam nyawa dan tiada pohonan maaf apatah lagi menawarkan ganti rugi. Tapi kealpaan pada perkara kecil boleh membuatkan nyawa melayang! Hmm.... apalah dah jadi dengan masyarakat kita hari ini.

Lain kali kalau jadi macam ni (na'uzu billah), apa saya patut buat?


===============================
Sekiranya pemilik kereta Naza Citra Hitam PGU 2xxx ('x' dirahsiakan) ni terbaca apa yang saya catatkan, jangan marah ye. Kadang-kala bila cara halus tidak dapat mendidik masyarakat, maka kita terpaksa gunakan cara yang menyakitkan supaya lepas ini masyarakat akan beringat-ingat. Ibarat sayangkan anak, harus ada cubit-cubitannya!

==============================


OK, tukar mood pula. Mood ceria! :D

Satu bulan selepas blog ini dapat rank pertama dalam Google, saya pula senyap tak update blog. Macam-macam berlaku dalam tempoh yang sangat singkat ni. Bila banyak sangat yang berlaku, maka tak tahu yang mana hendak diceritakan dan yang mana hendak 'dirahsiakan'. Apa yang rahsia? Hihii... rahsialah. Ala kulli hal, dua perkara yang sangat menggembirakan ialah... kenaikan pangkat dan juga upgrade of third class photo+graphic kepada second class photo+graphic. Sesiapa yang tak faham tu, hihi... lupakan je lah...

Insya Allah, sebagai tanda kesyukuran sempena kenaikan pangkat pensyarah, saya akan kongsi sesuatu dengan para pembaca sekelian. Saya sudah peruntukkan sebanyak RMxxx untuk pembelian buku bagi dihadiahkan kepada 30 pengunjung bertuah dalam salah satu website saya. Apa dia dan bagaimana? Hmm... nanti dulu. Ni tengah sibuk semak tesis student PhD dan juga nak kena mula semak skrip peperiksaan akhir. Bila dah selesai semua kerja-kerja penting ni baru saya setup program kempen hadiah buku tu. Mungkin bulan Mei atau Jun nanti!

Berminat? Sila pastikan anda subscribe dengan newsletter saya untuk pastikan anda tidak tercicir menerima update tentang perkara ini.

Daftar Newsletter DrHasanah.com

Bagi peminat buku, jangan lupa intai-intai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hujung minggu ini.

13 comments

  1. lain kali sinsing lengan jer, bagi kemek sama kete dia hehe....tapi tulis ni sebenornye nak hadiah buku gak?hehe..

    ReplyDelete
  2. Isteri saya pernah terlanggor keta orang...sikit je...dan saya kena bayor kira-kira RM300...dah langgor, bayor le... :)

    ReplyDelete
  3. Salam alaikum wbt

    Tuan dan Puan dijemput ke gerai buku PTS, ruang legar bawah bersebelahan Canon, di PWTC

    Enam buah buku terbaru tulisan seorang penulis tempatan untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di gerai PTS Publication and Distributor.

    Zamri Mohamad akan berada di gerai buku PTS untuk menemui saudara dan saudari di sana di ruang legar bawah di gerai PTS Publication & Distributor.

    Senarai buku pilihan ramai. Dapatkan tandatangan penulis di gerai buku PTS Publication and Distributor.

    01. Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
    02. Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah
    03. Tip Menjadi Penulis Bestseller
    04. Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart
    05. Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
    06. Rahsia Bisnes Mamak
    07. Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas
    08. Magnet Cinta
    09. Memahami Bahasa Cinta Lelaki
    10. 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
    11. Geng Genius: Misteri Luqman

    Bagi melihat kulit buku layari www.zamrimohamad.com/buku.htm

    ReplyDelete
  4. setuju ngan tapai..sy dah penah jd supermen tahan keta yg langgar keta sy..kalau die langgar sy yg berdiri depan dia..dia bodoh..ada saksi..tgk superwomen tahan keta ritu..wawi..junior juss..hahaha

    ReplyDelete
  5. Bertudung elok. Dalam kereta dia ada beberapa lagi orang perempuan yang juga bertudung litup. Kita mudah memaafkan orang yang bertudung kerana kita mengganggap mereka tu baik... Tetapi kekadang orang yang bertudung labuh tu sebenarnya lebih menjengkelkan kita kerana apa yang dipakai tidak menggambarkan peribadi mereka yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. bagus doctor tak gaduh, yg penting selamat

    ReplyDelete
  7. u kiss u pay larrr.....mana boleh "tidak pa" betul tak Prof.

    "actually akak tengah surf pasal zakat tadi..termelekat pulak at yr blog....good info...akak enjoy reading..keep on posting. No..no...bukan bodek sbb nak buku tu..."

    ReplyDelete
  8. Salam. Sori semua sebab lambat reply. Papa Mea tak layak dapat buku free. Tak aci. Kena buat syarat macam ni. Sesiapa yang dapat Senior Lecturer tak boleh dapat buku tu.

    Hamizul, RM300... sikit tu! Tapai.... uwwwaaa... kenapa keluar cabut mencabul ni? Zamri, I wish I was there, tapi tak larat nak memandu 400km. Tunggu pesta buku mai kat Penang pula tak lama lagi.

    Naseebah, awak cuma ada anak tekak, boleh la nak eksen! Kalau orang tu langgar, habis-habis pun anak tekak tu je yang kena telan bubur! Saya ada... 5 anak + 7 anak tekak (plus mine and bibik).

    Pepcoy, yes! terima kasih sokong tindakan saya. Buat apa lah nak gaduh-gaduh macam yang Papa Mea dan Tapai suruh kan, kan.... Kak Khaty, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

    ReplyDelete
  9. Tiada sesiapa mahu kemalangan terjadi..namun kata-kata maaf itu perlu apabila kita telah melakukan kesalahan kepada seseorang..kerana tanpa keikhlasan seseorang untuk memaafkan kesalahan kita samalah seperti kita 'berhutang' sesuatu..dan yang pasti Tuhan Maha Adil. Mungkin hari ini kita melanggar kereta orang..besok orang pulak yang langgar kereta kita. Memang kita akan terasa marah..namun bukanlah bererti kita bodoh apabila mengalah..ingatlah ! yang kita tak mampu menghukum setiap kesalahan dan kecuaian manusia..

    ReplyDelete
  10. salam.memang kita kena bersiapsedia dengan tegur menegur.kalau tak ditegur tak terlintas.tak terfikir dan tak terasa yang diri bersalah .keadaan yang spontan juga perlu diambilkira tetapi kebiasaan amalan hidup akan memudahkan kita secara otomatis melafazkan apa yang dihajatkan dan apa yang sepatutnya diucapkan.tetapi kesemuanya juga kembali kepada kekuasaan Allah Taala.kadangkala ada hikmah untuk kita yang dilanggar atau yang terlanggar untuk meneruskan rencah kehidupan ini.

    ReplyDelete
  11. zolkifli bin yaakob20 May 2009 at 02:53

    Saya juga pernah dilanggar di Kepala Batas. Tempatnya di hadapan Petronas Kepala Batas. Kereta Kancil terus langgar bontot kereta Wira saya. Akibatnya terlalu terok. Pemandunya cuai. Mengantuk ketika memandu. Katanya tak nampak kereta saya. Tapi saya tak marah. Tak minta pun dia memohon maaf. Saya bersyukur kerana saya, isteri dan kawan-kawan dalam kereta selamat. Kita kena ingat, tidak semua orang Allah jadi manusia seperti kita. Sebab itulah kita kena tolong menolong, bantu membantu, saling lengkap melengkapi kejadian Allah. Hikmah dari kejadian itu, kereta Wira itu saya jual selepas dibaiki. Saya dianugerahkan Allah kereta Honda CRV pula.

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Prof..sy x-stdent arwah (Ust. Rosdi) UNIKL-MSI.
    Saya bru jer termasuk blog nie... mmg best..
    Salam takziah sy bt Prof n Ank2..

    ReplyDelete
  13. Ada orang pernah bagitau saya macam mana cara kita nak marah orang... Kita kena niat terlebih dahulu. Niat kerana Allah then fikirkan cara terbaik supaya message kita sampai dalam keadaan terkawal dan tidak melampaui batas.

    Dalam kes di atas saya bersetuju dengan Dr. Hasanah. Apabila kereta dah terdilanggar..kita terimalah takdir Allah dengan redha dan ikhlas memaafkan org tadi. Takyah gaduh2. Anyway..yg part org tu tak de santunnya..kita terima juga dengan redha..cumanya mungkin tugas kita utk perbetulkan dia. Salah satu cara maybe kita bleh cakap macam ni.. 'Takpelah kakak...mungkin dah takdir kereta saya dilanggar oleh kete akak hari ni. Tapi.. elok dan manis... kalau kakak mulakan dgn cakap mintak maaf... instead of kakak cakap alah..kena sikit jer tu '. ;-) Hehehe. Semasa cakap tu kita niat dulu nak menyedarkan dia walaupun cara cakap tu macam gaya memerli jer... Hik hik.

    Atau..kita berdoa semoga dia diberi petunjuk...

    Then..bagus tulis di dalam blog ni..sebagai pedoman utk org lain sama (atau mungkin pelanggar tadi juga klu dia ditakdirkan membaca blog ni). So..kita pon berwaspada. Apabila melakukan kesalahan dengan org..kena mintak maaf dulu..

    Sekadar berkongsi pendapat peribadi. Mohon maaf dan mohon perbetulkan jika ada yg tersalah.. TQ.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage