Skip to main content

Birthday gift

Alhamdulillah, saya makin tua. Tua ialah ni'mat yang jarang disyukuri. Bagaimana agaknya jika semua manusia tak tua-tua.... Hmmm... bertambah teruk lah ekonomi dunia yang sememangnya tengah merudum ni. Populasi dunia akan menjangkau saiz mukabumi. Lingkup lama dah la syarikat pengeluar anti-penuaan seperti, err... saya malas nak sebut. (Tak pasal-pasal syarikat tu dapat publisiti percuma dari saya). Bayangkan pula jika saya hanya sempat muda dan tak sempat tua pula? Hmm... kesian pula kat anak-anak... Syukur pada-Mu ya Allah kerana menghadiahkan kepada hamba-Mu ini anugerah tua.

Hari ini saya dirundung migraine sekali lagi. Alhamdulillah petang dah ok. Entah kenapa tergerak hati nak semak ranking dalam google, satu aktiviti yang dah lama saya tak buat.

Wow! Terkejut sungguh saya.

hasanah-on-top-of-google-10march2009
Thank you uncle Google! My website had been ranked on top of Google using a very competitive keyword: hasanah. Click on the screenshot please!

For years, I've been struggling with the keyword 'hasanah' to be top listed in the search engine. Most of the time, if I typed 'hasanah' in the search engine, nothing else appeared except: bid'ah hasanah, uswah hasanah and Masjid Hasanah in Singapore. Masjid Hasanah is ok. Uswah hasanah is ok too. But, bid'ah hasanah? Anyway, I always pray for my parent's goodness for naming me with hasanah, which means 'good' or what I always tell my students, 'budak baik'!

Struggling to be listed on top of the search engine with good keyword is not easy especially this blog is just a sketch of the life of a single parent striving for the survival of five kids. Blog Bahasa Melayu dan saya pula jarang-jarang dapat peluang menulis. Ni tengah cuba belajar Bahasa Inggeris :p hihiiii.....

I've tried some Search Engine Optimization tips. Most are 'on site'. Only some 'off site' tips had been done. Tak sempat nak buat semua. Kerja banyak.

Considering it as a birthday gift from uncle Google. Thank you!

Hari Sabtu lepas semua pegawai desa di USM telah berkumpul di Bayview Resort di Batu Feringgi, Penang untuk berbengkel membincangkan masa depan desasiswa universiti ini sempena APEX. Apa lagi, angkut semua sekali lah. Seronok betul Ziyad sebab saya cakap, ini ialah hadiah hari jadi Ziyad! Kongsi dengan emak! Kek Secret Recipe yang saya beli malam sebelumnya dengan Naseebah saya keluarkan. Hmmm... sodappp...

Seronok betul semuanya. Berendam dua hari kat dalam kolam macam lah tak dapat bilik. Kesian kat bibik duduk termenung kat tepi kolam jaga Hajar sambil perhatikan Hanan, Husna, Ziyad & Huda menunjukkan skill main air! Kesian lagi tengok Hajar yang tertidur kat tepi kolam selepas usaha meraung-raung nak masuk dalam kolam gagal!

Semoga hayat yang dikurniakah Allah s.w.t ini akan dilimpahi keampunan, rahmat dan hasanah yang berpanjangan...
Amiin... ya Rahman, Amiin... ya Rahim...

Comments

  1. waaaaaaaaaaa....betulke sedap kek tu???hmm...sbnrnya.. kan sy ckp nk bg hadiah.. aleh2..dh sampai t.malim..bru tingat hadiah dlm beg... wahahaha...bleh lupa nk p hantar kat rumah... adoi..makin muda la tu maksudnya...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...wah birthday dr ke? selamat hari lahir yg ke ??..ke berape dr?hehe..smoge pjg umur murah rzeki disisi anak2...anyway congrats for the birthday gift from uncle google..doa2kan sy pun can be one on the top rank doc..hehehe..berangan2..hihihi..

    ReplyDelete
  3. Allah selamatkan kamu...
    Allah selamatkan kamu...
    Allah selamatkan dr Hasanah...
    Allah selamatkan kamu

    ReplyDelete
  4. ameen..semoga terus tabah

    ReplyDelete
  5. hepi belated birthday, awat tak cakap kat bayview tu...boleh ganti semasa perbentangan hehe...patutlah dapat late check-out free ekkk...

    ReplyDelete
  6. Sodap bonar cbah... rugilah tak join kami kat Batu Feringgi. Tapi, lagi rugi lah saya sebab tak dapat hadiah dari cbah hihiii...

    Azida, terima kasih. Birthday yang ke... hahaahaaa.... tak mau cakap... tak ngaku tua.... umur saya 27 tahun beberapa tahun-tahun yang lalu :p

    Anyway, good luck with madrasahati. Insya Allah, kalau content bagus, mesti boleh boom google punya.

    Ummu21, Anisah, Dr. Jasni, hmm.... tq. Nak dapat late check out free kena la ada 'soft' skill!

    ReplyDelete
  7. xpa..x dpt mkn kek tu..dpt minum green apple kasturi dah ok..puas hati..kempunan dh hilang...hahaha..niat di hati termakbul sudah...gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati..dpt minum green apple kasturi terus lari...( lari blik t.malim)..muahaha

    ReplyDelete
  8. Happy Belated Birthday Kak Hasanah.Semoga hidup sentiasa dirahmatiNYA.

    ReplyDelete
  9. happy belated b'day Dr.
    moga panjang umur. murah rezeki n dilimpahi rahmat dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera, semoga murah rezeki, dilimpahi keredhaan Allah bersama 5 cahaya mata penyejuk hati......amin. Segala ilmu bermanfaat kepada kami berpanjangan hingga akhirat....amin.

    ReplyDelete
  11. salam kak... saya dah lama jd silent reader akak. since saya mula mengandung.. sampailah anak saya sekarang ni dah nak masuk 10 bulan... tp tak pernah tinggalkan komen. hehehe.

    akak.. smoga sihat2 selalu... smoga segala yang baik akan lebih diberkati... semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kemurahan rezeki...

    akak tabah sgt orangnya... satu ayat yg cliche bagi akak, tp its the truth akak.. =)

    keep writing sis..
    keep writing...

    ReplyDelete
  12. bz yg tersangat..x cukup tido..pas exam ni sy balik ek.. see u insyaAllah..doakan sy dpmudahkan utk exam kali ni...

    ReplyDelete
  13. Cbah, tidor kena cukup. Tak payah baca buku untuk periksa, you ni dah confirm kena hantaq pi Sabah punya hihii...... Kalau tak nak pi Sabah, kawen la ngan tapai cepat-cepat, lepas tu tunjuk surat nikah tu kat kementerian. Senang je.... :D

    Tapai,
    Soalan tu, yang pertama... Kena faham konsep 1/8 untuk amil. Amil ialah SEMUA orang yang terlibat dalam pengurusan zakat termasuklah petugas kutipan dan agihan zakat. Kalau amil pengutip zakat dah ambik 1/8, habis tu, amil yang buat agihan dll tu dah 'habis bajet' la. Rasanya soalan kedua pun dah termasuk dalam ni. Untuk lebih detail, sila baca tesis saya tentang definisi amil. Tak tebal pun tesis tu, 400ms lebih je.

    Nima, Azah, AzwanRohaiza, Leen.... terima kasih.
    Saya hanya manusia biasa yang getting old....

    ReplyDelete
  14. sabah?hmm..kawin ngan org sabah je laa
    sonang corita...

    ReplyDelete
  15. sapola yg sudi?? bleh buat lagu ni..heh heh isnini ni final.. doakan sy semua..xlaratnya nk study..huhu

    ReplyDelete
  16. Cbah, tolong explain kat Tapai ni. Eh, exam macamana? Scorer ni...

    ReplyDelete
  17. Bahasa mudah? hmmm.... Bahagian amil sebanyak 1/8 tu hendaklah dikongsi secara adil antara SEMUA amil. Amil yang dimaksudkan di sini tidak semestinya hanya amil yang duduk di masjid pada bulan Ramadhan untuk kutip zakat fitrah.
    Tetapi, SEMUA orang yang terlibat dengan urusan KUTIPAN dan AGIHAN adalah amil.

    Tak paham jugak? meh baca tesis saya!

    ReplyDelete
  18. Bagus la dpt rank no.1, tapi kena jaga-jaga, rank tu boleh jatuh merudum. Saya pernah dpt rank no.1 di google, yahoo tapi tak pernah dpt no.1 di MSN.

    Pastu rank akan jatuh, naik balik, jatuh naik balik....depend pada keadaan semasa & web/blog tu sendiri. Kena selalu optimize baru dpt bertahan rank lama skit...

    TQ

    ReplyDelete
  19. tapai!!!! da cuti yey..... doc! saya mmg scorer muahahaha..... tapai pown pandai jgk.... tak semestinye org u je yg pandai.. btl x doc?

    ReplyDelete
  20. sori ustazah pasai duk parking keta antik tu lama-lama kat umah ustazah. sebonarnya keta tu duk jaga umah ustazah. ha nak makan buah pelam balikleee..

    ReplyDelete
  21. Mayor dah advanced. Orang IT pulak. Saya ni, produk negara padang pasir dua butir. Lambat-lambat nak naik...

    Tapai, tesis saya belum terbit lagi. Ingat nak convert jadi e-book dulu, tapi banyak kali dah cuba, tapi error sebab fail besar sangat. Ada teks ayat Quran pula (right-left error) Kena rujuk Mayor ni, tak tau nak buat camana.

    Cbah, jom intai d90 kat town!

    Cikgu Amri,
    Aik! Baru sehari 'berjauhan' dengan kak Ya, dah rindu ke? hihiii....
    Anyway, terima kasih sebab dah upah keta biru tu jadi pak guard kat rumah saya :) Dulu pun memang Rusydi asyik geram je tengok keta cute tu kat depan rumah. Sibuk nak beli!!! Tengok, tak payah beli pun, keta tu hari-hari ada kat rumah, dah macam harta saya hihiiii.....

    Esok mai USM bawa la pelam tu, boleh saya kenduri dengan kak Ya! Isy.... menitis air liur teringat pelam sala Perlis tu!

    ReplyDelete
  22. bolehkah org mengandung peringkat awal didatangi darah haid?

    ReplyDelete
  23. Salam Dr. Hasanah...

    Boleh tolong bagitau cara nak convert buku ke e-book. Harap dapat kongsi maklumat. syukran

    ReplyDelete
  24. usulifaqih, gunakanlah Adobe Acrobat (PDF Maker). Software tu kena beli. Ada juga software converter ke PDF yang percuma. Kena google la dengan keyword: "free pdf converter". Boleh juga lawati laman web adobe dan di situ ada link untuk convert kepada pdf secara percuma, terhad kepada 5 file bagi satu pengguna berdaftar. Boleh juga download adobe acrobat tu untuk trial. Cover tu, hihiii... saya guna Adobe Photoshop.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..mtk utk lihat teis doktr ad dmne ye,..nak lhat dfnasi amil y dktr kaji..sy sdang wt kjian mngenai dfnasi asnaf zakat..ank mude y sdg blajar mgkaji n punya cte2 y besar..harp Dr dapat beri bntuan segera,,,,

    ReplyDelete
  26. Waalaykumussalam. Helmi mana ni? Nak tengok tesis, boleh baca di library Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, KL

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum Dr Hasanah...salam perkenalan. saya noor azrina desa pelajar Dr Radiah Yusoff (HMT329)

    ReplyDelete

Post a Comment