Skip to main content

Untuk awak: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 2)

OK, sambungan topik dua hari lepas. Kali ini saya akan sentuh tentang haid dan hubungan suami-isteri.

Amaran: Entri ini tidak sesuai dibaca oleh orang yang belum kahwin atau telah berkahwin (seperti saya). Hanya orang yang sedang berkahwin sahaja boleh baca!!!


+++++++++++++++++++++++++
ISTERI HAID?
+++++++++++++++++++++++++


S: ISTERI SAYA HAID, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN KE ATAS ISTERI SAYA?

J: Soalan ini sangat menarik. Terdapat satu hadis yang boleh menjelaskan persoalan ini. Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Marwan bin Ajda’ berkata, saya pernah bertanya kepada Aishah r.a.: “Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki terhadap isterinya apabila dia kedatangan haid?” Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: “Apa sahaja selain farajnya.”

Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa bergurau senda dengan isteri yang sedang mengalami haid adalah diharuskan asalkan tidak berlaku persetubuhan.


S: JIKA BEGITU, BOLEHKAH PERSETUBUHAN DILAKUKAN MELALUI DUBURNYA?

J: Persetubuhan melalui dubur adalah haram samada isteri sedang haid, nifas ataupun dalam keadaan suci bersih.

Dalam surah al-Baqarah ayat 222 ada dijelaskan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Maka campurilah mereka (isteri-isteri kamu) itu di tempat yang diperintahkan oleh Allah kepadamu.”

Selain itu, terdapat juga hadis yang melarang suami menyetubuhi isteri melalui duburnya, seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Janganlah kamu mendatangi para isteri pada dubur mereka.” (hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan al-Tirmizi).

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda maksudnya: “Terkutuklah orang yang mendatangi isteri pada duburnya.” (hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Sunan)


S: BENARKAH TERDAPAT AYAT AL-QURAN YANG MENGHARUSKAN SUAMI MENDATANGI ISTERINYA DARI ARAH MANA SAHAJA WALAUPUN DARI DUBURNYA?

J: Mungkin ayat yang dimaksudkan ialah ayat ke 223 dalam surah al-Baqarah yang berbunyi:
“Isteri-isterimu adalah seperti ladang tempat kamu bercucuk tanam. Maka datangilah ladang tempatmu bercucuk tanam itu dengan cara apa pun yang kamu kehendaki.”

Sebenarnya, yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah seorang suami diharuskan mendatangi isterinya dari arah mana sahaja yang disukainya, samada dari arah depan mahupun dari arah belakang isterinya asalkan persetubuhan itu tetap dilakukan pada farajnya. Tidakkah ‘bercucuk tanam’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut merujuk kepada faraj? Tidak mungkin seseorang dapat ‘bercucuk tanam’ dan menghasilkan zuriat jika persetubuhan dilakukan melalui dubur!


S: JIKA SEORANG SUAMI TERLANJUR MENYETUBUHI ISTERINYA YANG SEDANG HAID, APAKAH DIA BERDOSA?

J: Ya! Ini kerana dia dengan jelas telah melanggar syarak. Sebenarnya, menyutubuhi perempuan yang sedang haid bukan sahaja dilarang oleh syarak, malah bukti perubatan juga menunjukkan bahawa terdapat mudarat yang besar ke atas kedua-dua lelaki dan perempuan yang bersetubuh ketika si perempuan sedang haid.


S: APA YANG PERLU DILAKUKAN?

J: Seseorang yang telah menyutubuhi isterinya yang sedang haid dikenakan kaffarah atau denda. Terdapat beberapa pandangan mengenai denda yang dikenakan ke atas suami yang menyetubuhi isteri yang sedang haid. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa dendanya ialah memerdekan seorang hamba. Pendapat lain pula ialah bersedekah sebanyak satu dinar ataupun setengah dinar. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa memadai beristighfar dan bertaubat. Pendapat yang diterima dalam mazhab Shafii ialah dikenakan denda bersedekah sebanyak satu dinar ataupun setengah dinar.

=====================

Minggu depan Insya Allah saya akan sentuh tentang Istihadhah. Ada satu persoalan menarik yang akan dikongsi yang saya akan tulis lebih kurang:
"Aduhai isteriku, asyik istihadah"...... hihii... (provokasi murahan supaya minggu depan akan ada orang yang tunggu entri baru daripada saya)

Comments

  1. abang chik ...28 May 2009 at 08:18

    Assalamualaikum Dr Hasanah.. Berkenaan menyetubuhi isteri ketika haidh: Setakat pengamatan saya denda dgn mbayar setengah dinar(emas) adalah istimbat hukum yg dikeluarkan oleh imam Ahmad berdasarkan hadis sahih... Namun kita di nsantara ini tidak sangat terdedah dgn hukum sebegini(tak popular) Tidak dinafikan mugkin di kalangan ashab Shafi'iyyah menghukumkan demikian .. sila rujuk kitab fiqh alam Melayu seperti I'anatut Thalibin, Iqna, kifayatul Akhyar dan lain utk memastikan kewujudannya tidak ada...
    Wbpn ... abg chik bersetuju dgn Dr. tentang denda itu kerana itulah syariat yg sebenarnya berdsarkan Hadis shahih..

    ReplyDelete
  2. Satu pendapat daripada imam nawawi mengatakan sewaktu haid boleh lakukan apa sahaja kecuali faraj, yang muktamad dalam mazhab kita Syafie, ialah boleh lakukan apa sahaja kecuali antara pusat dan lutut menghendaki pada tabir atau kain.

    ReplyDelete
  3. salam dr. sy ada satu pertanyaan.boleh kah suami bermain dengan frj isteri yg haid menggunakan tangan tnpa memasukkan ke dlm lubang faraj? apakah hukum nya?

    ReplyDelete
  4. imah, isk... err... Yang dimaksudkan 'semua boleh kecuali faraj' ialah....nak bersuka-suka boleh, kecuali apa-apa yang melibatkan 'pertemuan dua khitan', atau dalam bahasa mudah, pertemuan zakar dan faraj. Er... Dari 1 sudut lg, ialah akhlak. Pada masa haid, tidak wajar suami bermain-main di bahagian sulit tu kerana tempat tu dalam keadaan kotor. Lagipun ia boleh menimbulkan keinginan pada isteri sedangkan suami 'tak boleh' nak sempurnakan. Isy.... Payah betul nak susun ayat...... Asik tulis...padam...je

    ReplyDelete
  5. aiyyyaaakkkkk....sengetla tapai nih..

    ReplyDelete
  6. Salam, ustaz.. kalau dah puaskan isteri ketika isteri haid (hanya guna jari) apakah kifarahnya?... tolong Ustaz.. rasa bersalah ni...

    ReplyDelete
  7. uwwaaa... apa soalan pelik-pelik keluar kat blog saya ni? astaghfirullah al-aziiim.

    Kalau ada ustaz-ustaz yg terbaca soalan suami konfius tu tolonglah jawabkan.... saya dah nak termuntah ni, uwweeeekkkkkkkk...........

    ReplyDelete
  8. Salam..Dr...
    Saya nak tanya...bolehkah kita memberitahu kitaran haid kita pada orang lain terutama lelaki yang bukan mahram?maksudnya tanpa apa2 niat....
    terima kasih....

    ReplyDelete
  9. Salam..Dr…
    Saya nak tanya…bolehkah kita memberitahu kitaran haid kita pada orang lain terutama lelaki yang bukan mahram?maksudnya tanpa apa2 niat….
    terima kasih….

    ReplyDelete
  10. haid saya tidak teratur,dalam setahun bulan 3,bln 7 n bulan 9 kadang tidak datang haid...saya confuse...adakah saya tidak subur or tidak sihat..dan skg(pada ketika ini) cecair y kuar adalah warna coklat pekat dan di selangi dgn cecair putih..dia keluar 7 hari dan mungkin akan berlarutan...tanpa keluar warna merah..saya confuse adakah ini darah haid dan perlukan saya berhenti solat...atau teruskan solat.harap dr dapat menjawab persoalan saya.syukran.

    ReplyDelete
  11. Salam,,,,,,,,.......

    Dr, saya nak bertanya.....
    ibadat yang boleh dilakukan ketika datang haid...........

    ReplyDelete
  12. Salam...saya nak bertanya, adakah saya berdosa bersetubuh dengan isteri saya yang datang haid sedangkan saya/isteri tak tahu yang dirinya datang haid..dan apa yang harus saya buat sekiranya perkara itu sudah terlanjur.

    ReplyDelete
  13. kenapa saya dtg haid haye 2 hari,pada hari pertama haid sy cair dan hari kedua nye seperti biasa,tp pada hr ketiga tiada terus sehingga lah boleh di kata kan haid dh abis...kenapa ye?

    ReplyDelete
  14. Berdosa tak suami geselkan kemaluannya. dikemaluan saya semasa sysaya. Sedang haid

    ReplyDelete
  15. Salam. Hal peribadi tak perlulah dihebah2kan kepada sesiapa. Tak gitu Dr?

    ReplyDelete

Post a Comment