Unstable

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 24 February 2009

Unstable

Iklan Instinct dah masuk blog ini. Nasyid Resah yang dipujuk-pujuk oleh tapai untuk saya dengar telah terpaksa saya dengar jua. Memang sedap. Tapi, makin dihayati, hati jadi semakin resah.

Ya. Resah...

Sekarang jam 12.49 tengah malam. Di luar hujan lebat dan kilat sabung-menyabung. Rumah ini, letaknya di kaki bukit yang hampir seharian diselimuti kabut dingin menyebabkan kami anak-beranak makin kedinginan. Tekak mula terasa perit. Badan seram sejuk menanti saat diisytihar demam.

Tapi kenapa pula hati yang jadi serba tidak kena. Mahu menangis, tapi air mata seperti telah kering. Mungkin ia sudah pencen, tidak mahu lagi mengairi pipiku yang makin kerepot ini. Mahu menjerit, bimbang pelajar-pelajar sembilan tingkat di atas rumah ini akan ikut sama histeria. Mahu dipejamkan mata, tapi terlalu banyak peristiwa demi peristiwa yang menyinggah di skrin mata.

Esok ada kuliah. Tajuk agak berat. Lusa pula ada ceramah. Argh! Tak prepare lagi ni. Nota untuk edaran baru siap separuh. Power point tak buat lagi. Uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

"Cut!"

Yelah, yelah... cukup lah dulu. Takut makin teruk racaunya....

--- Ops! Comment had been disabled! Jangan marah simpati!

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage