Skip to main content

Tukar cover e-book... eh, e-zine SetBersalin.com

Lumrah manusia memang tidak pernah berpuas hati. Begitu jugalah saya bila melihat cover e-zine Panduan Ibu Hamil yang dibuat oleh Suhaimy (jangan marah ye Suhaimy!).

Saya ustazah hihiii... jadi bila tengok cover 'woman' e-zine tu belum masuk Islam dan tak pakai tudung, saya jadi tak senang duduk :P .

Oleh yang demikian, malam ini bila anak5 dan orang gaji dah tidur, saya pun cuba buat cover saya sendiri menggunakan action script Photoshop yang saya beli daripada Nurul a.k.a. Luvleey.

Di bawah ni, ada dua cover yang saya buat dengan menggunakan design percuma yang Nurul beri. Tolong beri pandangan, cover yang mana lebih cantik dan menarik? Biru atau coklat?
[gallery link="file" columns="2"] (Sila klik untuk melihat gambar yang lebih jelas. Gambar ini saya buat dengan menggunakan Adobe Photoshop CS3 dengan menggunakan design percuma yang Nurul berikan dan disempurnakan rupa parasnya dengan action script Adobe Photoshop Nurul. Cantik sangat kan.....)

Bila bercakap tentang cover e-book atau e-zine, saya sentiasa teringat kata-kata jutawan internet iaitu Dr. Irfan Khairi yang berkali-kali memberitahu bahawa dia telah berjaya mendapat RM1 juta... diulangi, RM1 juta dengan mengambil upah membuat cover melalui website www.ideabubble.com. Lebih mengkagumkan, dia membuat kerja tersebut semasa sedang belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda di err... United Kingdom kot... dalam bidang designing.

Melihat kepada hasil kerja beliau saya sangat percaya bahawa beliau menggunakan action script Adobe Photoshop. Dahulu semasa arwah suami masih hidup, kami hampir membeli action script Adobe Photoshop pada harga USD99 (RM380?) daripada designer Barat. Hasrat ini tertangguh kerana tiada bajet walaupun tahu bahawa bisnes membuat e-cover secara sambilan sangat berbaloi.

Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa Nurul telah melancarkan action script yang saya 'gilai'. Nurul memulakan tawaran harga pada RM45 sahaja untuk 20 action script bersama berbagai-bagai bonus tambahan. Menitik air liur menengokkan tawaran tu, tapi saya tangguhkan pembelian hinggalah tamat tempoh tawaran harga pengenalan dan action script itu saya beli pada harga RM50.

Komen saya, Nurul, action script ni bessst sangat!

Sangat berbaloi membelinya... sangat murah...... lengkap dengan video tutorial hinggakan orang yang tidak pernah menggunakan Adobe Photoshop pun mampu menggunakannya.

Jangan risau jika komputer anda tiada software Adobe Photoshop CS2 atau CS3. Anda boleh download trial version dari link yang Nurul berikan.

Jika saudara-saudari ingin mendapat maklumat lanjut tentang action script untuk e-book, e-zine, e-box dan lain-lain (termasuk idea untuk buat bisnes e-cover), sila lawati LAMAN WEB NURUL sekarang. Dalam keadaan ekonomi yang semakin mendebarkan, alangkah eloknya jika anda mempunyai satu bisnes online yang boleh dilakukan secara sambilan, tidak diketahui majikan dan tidak dikenakan cukai oleh kerajaan hihiii.... Jika anda suri rumah sepenuh masa, mungkin ini peluang untuk anda cuba menambah rezeki buat keluarga.

Jadi, lawatilah LAMAN WEB NURUL untuk melihat promosi Nurul dan membuka minda anda tentang idea bisnes ini.

Eh, nanti dulu, undi dulu e-cover mana yang menarik? Biru atau coklat?

Comments

  1. Assalamualaikum Dr...tq dr...dapat tambahan ilmu lagi hari ini...Tq Dr..TQ Allah...Amin.

    ReplyDelete
  2. Kali pertama saya melayari blog ini semalam, saya sudah jatuh hati. Jelita dan ceria.... Untuk e-cover tu, saya undi yang coklat, nampak elegan di mata saya. Tak ada yang warna ungu dan pink ke?

    ReplyDelete
  3. SEdap nama2 nih..huhu..relaxkan minda dikala 3 pagi menyiapkan kerja yg perlu dihantar b4 jam 8pagi..haha

    ReplyDelete
  4. eh..bila masa plak i feeling dgr lagu tu?besajaaa...

    ReplyDelete
  5. Ummu21, terima kasih kerana faham soalan saya tentang e-cover mana yang lebih menarik. Bukan macam tapai yang selalu sangat terkeluar tajuk!
    Naseebah, cd Instinct daripada Tapai yang ditujukan khas untuk cbah dah sampai. Hantar sampai dua pulak tu. Kesian kat dia, sebab tak tahu alamat cbah, maka alamat saya yang entah dikorek dari mana terpaksa digunakan. Hmm, saya doakan semoga Naseebah dan tapai hidup bahagia hihii.... amiin...

    Tapai, hari tu saya ada bercakap dengan Ustaz Irwan Subri pasal Instinct. Dia kawan lama arwah suami. Kenal ke?

    ReplyDelete
  6. huh??...hahahaha...nak gelak...bila tah nak amik cd..nantila i balik amik..nak jumpa hajar yg dah ada banyak gigi jugak.. pasal e-zin set bersalin tu sy pilih kaler biru...cantik..coklat nampak dull..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..huhu.. dah canggih dah dr. skrg.. ada set bersalin lagi.. kalau saya, saya pilih biru.. nampak menarik dan ceria, warna coklat x berapa menonjol..k.. selamat berniaga dr.

    ReplyDelete
  8. bukan nak meniaga la :) .... tapi suka cakap-cakap pasal bersalin.

    ReplyDelete
  9. Alamak! Ramai yang undi biru! Agaknya dah tua, minat saya pada warna earth. Kira biru menanglah...

    ReplyDelete
  10. Saya suka coklat jugak. Coklat bukan warna tua, tapi warna MEWAH yang melambangkan kekayaan kerana coklat ialah warna natural alam. (ini ayat yang saya guna bila ada orang tegur saya sebab suka sangat warna coklat.... alasan untuk menafikan bahawa diri dah tua hahaahaaaa.......)

    ReplyDelete
  11. hahaha..saya suke warna biru..tp bleh jerk gunakan yg mana2 satu nanti mengikut kesesuaian minisite.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih catzer. Nampaknya kena ambik yang biru lah jugak sebab ramai yang sokong. Tapi saya tetap suka yang coklat...(rich color, not old fashion one)

    ReplyDelete
  13. betul ler dr hasanah sy pun suka colour coklat.walaupun sy ni x muda sangat tapi x la tua jugak.yang sedang2 umur saya ni. warna coklat ni nampak elegan.

    ReplyDelete
  14. saya pn suka warna coklat gak...tapi kalau ada hijau ( wran teratas dlm senarai wrna) lagi best kot dr.. hehehe. untuk Tapai TQ coz dapat gak bahan untuk bagi kat anak murid..

    ReplyDelete
  15. saya warna coklat melambangkan kesederhanaan dan low profile tapi sangat bertentangan dengan business marketing yang memerlukan penonjolan dan imej terang agar mata mudah tertarik..dari jauh dah nampak. Kadangkala kita tidak dapat menselarikan antara yang kita minati dan yang kita mahu orang lihat.pendek kata warna coklat atau warna earth dah macam camouflage..orang tak perasan.

    ReplyDelete

Post a Comment